tahniah!

12.16.11 (12:01 pm)   [edit]
syabas kalau anda melawat sini mengharapkan ada nota yang saya akan tinggalkan untuk kamu.. well.. i am writing it now.. for you.. thanks for your loyalty, i hope i will stay longer so i can write everyday for you.. thanks!

0 Comments

sesal

06.29.11 (11:55 am)   [edit]
Kalau tak punya rasa menyesal bukan manusia namenyer tu. I understand kalau rasa menyesal tentang perkara yang kita buat tidak baik dan tidak mendatangkan faedah, maka berubahlah kepada sesuatu yang lebih baik, dan jika ianya sesuatu yang kita tidak suka, buatlah sesuatu yang kita bahagia dengannya, jika ia adalah sesuatu yang kita telah bosan dengannya, maka tidak salah untuk mencuba sesuatu yang lain.

Dan jika penyesalan itu tidak dapat dilakukan apa-apa lagi, makan hiduplah dengannya. Terimalah keputusan yang dibuat itu seadanya dan cuba berfikiran positif. Olah keputusan tersebut supaya ia tidaklah seteruk mana. Walaupun sekelumit rasa penyesalan itu masih ada, lama kelamaan rasa sesal itu akan hilang juga.

1 Comments

duhh

06.02.11 (11:58 am)   [edit]
what ever happen to your pathetic little life.. do not blame other people.. do not blame the past

1 Comments

pftttttttttt

05.30.11 (3:44 am)   [edit]
today.. until now my mood is totally ruined
left my phone at home.. not my fault
in the office, few things unstatisfied me..
tiga hari cuti dah huru hara..
next week my off day will be only one day..
dannnnnn aku assigner tiga kali lagi?
ada sapa-sapa volunteer untuk dilempang?

0 Comments

hilang minat

05.29.11 (11:49 am)   [edit]

suatu ketika dulu.. lebih kurang setahun lepas..
keterujaan terhadap sesuatu tempat ini overflowing..
dipupuk dengan janji ringgit, jawatan dan keselesaan..
dikaburi dengan kebaruan yang akan lama juga akhirnya..
dan demi melarikan diri dari kancah kesedihan kehendak dunia..
aku cuba bersembunyi disini..
ditempat yang akan ditemui juga aku akhirnya..
ditempat yang jika tidak dicari akan terjumpa juga aku akhirnya..
kerana aku suka disini..

apa masalahnya?
suasana sudah tidak sehappy dulu..
kemesraan sudah tidak sejujur dulu..
hormat sudah tinggal kurang daripada suku..
suara sudah beku..
kedegilan macam batu..
bercakap dengan kamu baik cakap dengan kayu..
sebab tu ada yang memilih untuk jadi bisu..

aku cuba..
bersuara walaupun tak didengari..
beridea sebab cuba untuk memberi respon..
membutakan mata dengan perkara remeh..
memekakkan telinga dengar perkara yang tak perlu..
dan menumpukan perhatian hanya kerana tanggungjawab terhadap kerja..
tidak lebih daripada itu

sumpah.. aku pun dah hilang minat..
apa yang aku cakap buat aku penat..
pagi sampai petang baik aku kerja, kerja dan kerja..
personal problem? ada aku kisah?
hati dah tak bersatu? wh should i care?

ada yang akan berkata..
tahan sajalah.. tempat lain sama juga
mungkin ada yang akan berkata..
carilah tempat yang lain.. yang memenuhi citarasamu
aku sendiri berkata..
apa yang aku tunggu?
kerana apa yang aku beri telah lebih daripada sepatutnya..

0 Comments

sakit gigi lahhhhhhh

04.29.11 (12:43 pm)   [edit]
Sejak due menjak ni gigi kerap berdengung. Makan manis salah, makan panas salah. Daripada info yang aku baca, gigi ngilu sebab salah berus gigi atau kerap sangat berus gigi. Ehhh.. aku salah berus ke? Mungkin jugak sebab ada gigi berlobang. Eishhh.. ngilu aihhh.. adoii tolonggg!

0 Comments

tah..

04.27.11 (1:07 am)   [edit]
Letih bila dua minggu berturut-turut dapat cuti sehari je. Bulan 6 kang aku nak volunteer buat jadual. Aku nak rasa susah sangat ke buat jadual tu. Kalau aku rasa susah baru aku pass kat orang lain.

0 Comments

hate?

04.09.11 (8:49 am)   [edit]
I've always wondering how does it feels to be hated by others. To be a leader you have to prepare for it. I think I did it today. At first I felt like shit, but realized after that I've already did it even though I hate it. I've enough to be likable and my sarcasm level is increasing.

0 Comments

amin..

04.05.11 (11:12 am)   [edit]
ingin berjaya!

0 Comments

takkan abis

03.24.11 (9:36 am)   [edit]
Dalam 2-3 hari ni beberapa kali mak aku call. Selalunya dia akan call 2-3 kali seminggu. Dalam hari ni je 3 kali die tepon. Sekali tu sebab aku tak angkat. Tadi die baru call lagi. Kali ni ayah aku yang bercakap. Selalunya kalau dia guna ayah aku mesti isunya yang aku lemah sangat nak dengar daripada dia. Ayah aku cakap 25-27th ni ada career fair kat PWTC which aku tau lama dah. Tak silap aku bulan April. Ya aku lupa mak aku baca surat kabar dari page depan sampai last. Takde satu hurup pun yang tinggal. Sebab aku tak berani nak betah cakap ayah, so aku iyakan je. Aku cakap aku keje aritu dan memang aku nak pegi pun.

Bapak aku siap cakap berapa job yang ditawarkan.. apa company yang participate. Siap suruh aku bukak website dan daftar. Aku dengar-dengar suara mak aku menyampuk. Memang sah dan betul die gunekan ayah aku untuk cakap dengan aku pasal tu. Aku cakapla.. mak nak carik keje gak ke? Saje nak wat lawak walaupun hati ada sedikit panas. Aku cakap mak boleh la jadi agensi carik keje. Pastu bole plak die buat lawak.. agensi carik jodoh bole gak. Berdas-das aku kene. Tapi aku steady je. Dah biasa!

1 Comments





seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com