rabu pagi..

05.31.06 (9:56 am)   [edit]
harini terasa aneh..
manusia tak seramai semalam di terminal ketika pergi membeli sarapan..
juga officemate yang macam berjanji semuanya lambat walaupun jam menunjukkan pukul 9 pagi..
kemanakah mereka semalam? menonton wayang? ermmm aneh.. hehe
harini memilih utk mengunyah kuih di depan pc..
tiada nasi lemak untuk bersarapan hari ini.. tukar angin lak..
sebab enchek teh bakal mengajak lunch tengahari nanti lantaran pekerjaan yang di tahap cetek air di pejabat.. bosan..
tibe-tibe terasa hidup ini aneh lagi.. nak tengok wayang.. tapi macam seme tak available untuk diajak.. oh ya.. gaji tak masuk lagi.. patut muka monyok je.. dan aku sploh kali cek balance maybank.. selalunyer aku dapat dulu.. tapi alhamdulillah bulan ni duit ade banyak baki lagi untuk meneruskan kehidupan.. da vinci code, mi3, pseidon, over the hedge.. x-men3.. ermm.. kalau leh jalan kaki ke mines dah lame aku buat.. xpelah.. bittorent kan ade..

mode hari ini: seperti ingin bercakap dengan kucing..

10 Tabiat Yang Merosakkan Otak

*1. Tidak mengambil sarapan pagi*
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

*2. Terlebih makan*
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

*3. Perokok
*- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. Ha.. selalu makan kat gerai-gerai.. malaun perokok ni mmg tak kisah org keliling.. leh pendek umo aku..

*4. Penggunaan gula yang berlebihan*
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

*5. Pencemaran udara
*- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

*6. Terlebih tidur*
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Sekarang ni paling lame tido pun 6 jam je.. lebihnya sambung mimpi diopis..

*7. Menutup muka ketika tidur*
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. (wohoo.. ni tebiat aku nih.. )

*8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
*- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

*9. Kurang berimiginasi*
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

*10. Jarang berfikir*
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. Tapi aku rase macam aku terlebih berfikir lak..

1 Comments

here i am..

05.31.06 (2:15 am)   [edit]

blog dan aku tidak dapat dipisahkan.. begitu juga aku dan perasaan.. dan aku cuba menghargai perasaan yang diberikanNya.. terima kasih Tuhan atas ujian ini.. dan aku mampu menghadapinya.. because i am a strong girl..  walaupun ada rekah retak disatu dua bahagian..  enough of the heart broken thing.. bahagian yang pecah berderai harus dibuang.. supaya serpihan kaca tidak melukai bahagian yang lain.. beberape menjak kebelakangan ini aku cuba mencari diri sendiri yang hilang entah ke mana.. alhamdulillah berkat sokongan teman-teman.. insyaAllah aku belajar untuk melupakan dan memaafkan..

walaupun dah lama memblog kan diri.. bersama suasana baru ini terasa agak janggal.. keputusan aku.. untuk beralih.. mula-mula beralih tempat mengadu.. kemudian beralih ape lagi? membina hidup baru? kerana sejarah hidup telah ditompoki dengan perkara yang tak larat nak dikenang kembali.. ? mana sifat optimis aku yang dulu? ada.. masih ade lagi.. dan aku percaya i'll survive.. dan diharap dengan tempat baru ini.. aku lebih tabah.. meluahkan isi hati seperti dahulu.. dengan selesa.. bergaya dan berjaya..

permulaan hari ini dimulai dengan baik.. bersarapan bersama teman di tempat biasa.. lambakan kerja dipejabat ditahap yang memuaskan.. cuba mengisi idea baru dengan template ads.. dan lewat tengahari ada kerja ringan yang perlu diselesaikan.. dan petang itu dalam masa sejam membuat keputusan 2 orang daripada group kami perlu dipilih untuk mengisi group lain.. dan salah seorang yang bertuah itu adalah aku.. pasti aku rindu dengan usik tawa mereka.. ermm... yang penting auntie mari dan troli ajaibnya tetap masih dapat kucapai..

satu perasaan baru muncul dalam diri.. perasaan yang hadir beberape hari kebelakangan ini.. ermm biarlah rahsia.. lagi? menyampah aku.. sebenarnyer perasaan cuak dan gentar menghadapi drive test khamis ni.. perasaan yang terakhir kali muncul setahun yang lepas ketika menghadapi presentation terakhir FYP.. good luck untuk diri sendiri.. mode bertenang perlu dipertingkatkan mulai sekarang..

2 Comments

usah ditanya lagi..

05.30.06 (10:22 am)   [edit]

kenapa saya memindahkan blog kesayangan saya? usah ditanya.. biarlah rahsia.. untuk menyedapkan hati semua pihak dan saya sendiri cukupla sekadar saya mengatakan saya memerlukan tempat yang lebih peribadi.. :)

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Lagu: Melly Goeslow
Lirik: Siti Nurhaliza


Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlalu
entah siapa yang tahu

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
takkan tugumu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

0 Comments

seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community !

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com