permintaan..

09.30.06 (10:16 am)   [edit]
Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Allah menjawab.., akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

4 Comments

pertama kali

09.29.06 (4:53 pm)   [edit]

amek dari blog orang.. aku cuba menjawab seingat boleh.. hehe

First time, aku berpuasa

kalau tak silap seawal darjah satu.. sebab ayah janji kalau penuh puasa die akan kasi duit raya ikut hari.. sehari seringgit.. RM30 sangat banyak bagi seorang pelajar tahun 1.. leh simpan dalam tabung.. memang agak sengsara berpuasa bila mengingatkan perjalanan pegi dan balek sekolah dengan beg yang berat.. dalam perjalanan pulang asyik terbayang air oren seposen yang selalu dibeli on the way balek sekolah.. sampai rumah pengsan atas lantai yang sejuk.. hehe.. sweet plak teringat zaman berpuasa masa kecik-kecik..

First time, aku berpuasa penuh
kalau tak silap masa darjah satu gak.. berjaya tamat dengan cemerlang..

First time, aku berpuasa jauh dari family
mase masuk sekolah asrama penuh di labuan.. time bukak pose cam nak nangis je bile teringat lauk kat umah.. lame-lame dah oklah.. seronok lak.. sbb buka pose awal.. hehe

First time, aku bayar zakat fitrah sendiri
setakat ni ayah masih bayarkan

First time, jatuh sakit semasa berpuasa
tak ingat lak bila.. tapi selalu la.. cuma masa darjah dua terpaksa bukak puasa sehari sebab demam.. itupun dengan keizinan ibu..

First time puasa sebagai seorang isteri
blom lagi maa..

First time puasa sebagai ibu
pun belum lagi maa..

First time puasa di oversea
belom pernah lagi.. nak gak rase cemane ek.. hehe same je kot..

First time bukak puasa kat ofis
tahun lepas.. almost everyday.. sebab ade bos yang kejam..

First time berpuasa terlupa sahur (tahun ni)
baru ari ke-6 puasa.. lom lagi terlupa sahur.. hehe

tapi honestly bulan puasa tahun ni akunyer tekak lom lagi teringin nak makan ape yg best dijual di pasar ramadhan.. demam kot.. ermm ntahla.. banyak sangat menerima kabar berita tidak gembira.. semoga hari raya nanti banyak berita2 gembira.. :)

1 Comments

hari ke-6

09.29.06 (7:20 am)   [edit]
kita hanya mampu merancang.. Tuhan menentukannya..
perlu bersedia menghadapi kejutan dan dugaan dalam hidup..
bersiap menghadapi kemungkinan yang tak terjangka..
bertindak mengikut profesionalisma dan kematangan diri..
yang melibatkan diri, keluarga, kerjaya dan masa hadapan..
rezeki ada dimana-mana.. bumi Tuhan ini luas..
selagi kita bergelar hambaNya.. selagi kita tak melupakanNya..
Dia akan mendengar doa hambaNya yang beriman dan bertakwa..
semoga kita semua tabah menghadapinya..
selamat hari Jumaat...

0 Comments

hari ke-5

09.28.06 (10:52 am)   [edit]

arini sampey lambat 10 menet dari semalam..
malam tadi tido beberapa jam awal dari semalam..
pagi tadi bangun awal 20 menet sebelum alarm berbunyik..
peningkatan dalam hidupkah itu? hehe..
ehh ari kelima dah pose.. kejapnyer.. hikss..
meraselah raye tak lame lagi..
suke hati sebab baju dah siap.. kaler ijo ade 2 kot..
maroon.. merah.. lagi kaler ape lupe dah..
seminggu nak balek nanti baru nak pk ape nak kene shopping sakan.. hehe
kesejukan opis masih ditahap peti sejuk..
kol 430 ni aku nak cabut awal.. ade hal perlu dibereskan..
tekak makin sakit.. mata makin pedih..
asek komplen je kan? tp aku bukan bebel kat orang pun..
taip kat sinih je.. sape nak bace. bace je.. hiks..

0 Comments

rabu.. hari ke-4

09.27.06 (11:34 am)   [edit]
sahur mamai.. nasik mcm tak masuk ke tekak..
lepas subuh, tido barang 30-45 menet, bgn balek, mandi segala bagai..
ke opis seawal 8.00 pagi..
on pc.. mende yang harus on adelah..
Gtalk, Spark (office intranet messenger), Windows Media Player, nxAdStudio, Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Mozilla Firefox, Suitcase
sakit tekak.. mata kepedihan..
sejuk kalah petiais.. baju dah 3 lapis.. campo selendang lagi..
tibe-tibe ade selambak keje masuk dalam kotak kerja..
klik sane sini.. hilang busan japs.. hik..
nak wat keje sat na..

"It's very important that you have very clear aims in life. You got to have something to fight for, something that makes you go on. That way, you can never be broken if you ever lose something or someone that you love and cherish dearly."

4 Comments

hiks.. :)

09.27.06 (9:27 am)   [edit]

Irwansyah ft. Acha - Pencinta Wanita

kutemukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku

kurang lebih yang seperti dia
kuharap dalam cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku


reff:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
dan cintaku ternyata
yang kumau hanyalah dia

0 Comments

3 ramadhan..

09.26.06 (9:21 am)   [edit]

"Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri"

beberapa hari kebelakangan ini menerima berita dan keputusan yang kurang menggembirakan.. juga rancangan yang kurang menjadi.. semoga di bulan Ramadhan ini saya dapat mengajar diri supaya lebih tabah dan cekal menghadapi dugaan dan ujian kecil dalam hidup..


updated version: guess who?

8 Comments

salam ramadhan :)

09.24.06 (12:31 am)   [edit]

mana mungkin aku ketinggalan buat entry untuk awal ramadhan ini.. hiks.. alhamdulillah ada ramadhan lagi buat kita tahun ni.. suasana ramadhan yang berlainan barangkali tahun ini.. memang lain dari ramadhan yang lepas.. banyak yang akan berbeza.. harapan ramadhan tahun ini berbeza juga semestinya.. insyaAllah.. tahun kelima berpuasa di cyberjaya.. tahun lepas di selayang.. alhamdulillah tahun ni berada di suasana ramadhan yang enak.. cuaca yang tidak panas.. terawikh di malam pertama disurau mmu seperti zaman study dulu.. alangkah indahnya.. selamat berpuasa untuk semua umat islam diseluruh dunia.. sempena bulan puasa ni jugak aku nak mintak maaf kepade kawan-kawan semua.. andai ada silap salah selame ni.. ade yang terkasar bahasa, terkutuk, keji, umpat segale bagai.. maafkan aku yer.. i always wanted to be happy whatever given to me.. nak jadi manusia paling gembira di muka bumi ini.. sentiasa berfikiran positif dan dijauhkan segala benda yang boleh membuatkan aku sedih.. semoga ramadhan kali ini boleh buat kita tersenyum sentiasa... semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita esok hari.. :) kepada eton.. aku mendoakan agar ibu anda selamat dioperasi.. semoga keberkatan ramadhan mempermudahkan segala urusan anda.. :) tabahkan hati anda ya..

3 Comments

hurmm..

09.22.06 (9:31 am)   [edit]


Maaf, 8207091***** yang dimasukkan tidak tersenarai dalam calon rayuan panggilan temu duga KPLI dan j-QAF Ambilan Januari 2007. Belum ade rezeki lagi nak jadi cikgu. Takpelah lain kali try lagi

4 Comments

sewel..

09.21.06 (1:59 pm)   [edit]

this is a song lalalala.. elmo song...
lalalala lalalala elmo song.. (i like it)
lalala lalalala (do you think he wrote this alone?)

lalala lalalala (catchy)

he loves to sing... lalalala.. elmo song... (hohoho sing it)
lalalala lalalala elmo song..
he wrote the music.. he wrote the words
that's elmo song..

(wow that's great, i wish i had a song)


tibe-tibe berangan bangun pagi dikejutkan anak kucing comel..
die kuis-kuis tangan aku..
cium pipi aku.. gigit kaki aku...
wahh alangkah indahnya idop..
hehe..
eton.. pinjam bibah semingguu....

4 Comments

pagi khamis..

09.21.06 (10:50 am)   [edit]
apabila ucapan 'good morning' pada pukul 9.55 pagi dipejabat kepada seorang opismate yang baru sampai disalahertikan sebagai memperli kerana kelewatan sampai dipejabat.. baik aku bukak media player dan dengar lagu sambil membuat ads.. lalallalaaa

0 Comments

renungan..

09.20.06 (9:26 pm)   [edit]
"Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal... Memahami orang lain dan menerima keberadaannya tanpa mempersoalkan "Kekurangannya"

"Sebagaimana diri kita, demikian pula makhluk lain, sebagaimana makhluk lain, demikian pula diri kita. Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka, tidak seharusnya kita saling berselisih, "Kulihat saudaraku dengan mikroskop kritik dan kubilang sungguh jahat saudaraku itu, kulihat lagi ia dengan teleskop hina dan kubilang alangkah kecilnya ia, kemudian kupandang ia dengan cermin kebenaran."

0 Comments

abc..

09.20.06 (2:37 pm)   [edit]
A - Age right now?
24 dah

B - Birthday?
9th july

C - Car(s) you drive?
naik public transport je

D - Dog's name?
tak bela hanjeng

E - Easiest person(s) to make you laugh and smile?
friends

F - Food you eat most?
roti

G - Any encounter with ghosts?
ada beberapa cerita mistik

H - Hungry?
baru lepas lunch

I - Interesting facts about yourself?
hitam di luar pink di dalam

J - Jumped in a pool with all your clothes on?
not yet and never

K - Kissing with eyes open or closed?
donno and not yet

L - Last time you did something "bad"?
bad? ermmm

M - Most memorable moment you can think of right now?
tko gathering at putrajaya last sunday

N - Nicknames you have?
aju, juju, jue

O - Operations?
not yet

P - Person you last talked to on the phone?
teteh

Q - Quote that you feel represents you right now:
tak kenal maka tak cinta.. dah kenal tak semestinya bercinta..

R - R you allergic to anything?
liars

S - Song you last sang out loud?
tak bisakah - peterpan

T - Time you woke up?
7 am pastu tido balek

U - U like to sing soft or loud?
ikut suka aku..

V - Vegetables you hate most?
tauge!

W - What are you most afraid of?
dark

X - X bfs/gfs?
adelah..

Y - Year of birth?
1982

Z - Zodiac sign?
cancer

3 Comments

...

09.20.06 (11:10 am)   [edit]
n
e
u
t
r
a
l

ngantukssZzzZzzzZZZzzzz.......

0 Comments

selasa..

09.19.06 (10:31 am)   [edit]


dari sudut gelap sebuah pondok buruk ada pemandangan yang indah dan hijau yang mampu membahagiakan hati yang duka.. hati yang sunyi atau hati yang pernah dikecewakan oleh hidup..

kredit untuk gambar: dOme

2 Comments

kecewa..

09.19.06 (12:48 am)   [edit]

aku kecewa sangat..
kecewa dengan keadaan sekeliling yang tak mampu aku nak betulkan..
kecewa kerana aku tidak mempunyai kekuatan untuk luahkan..
kecewa sehingga rasa nak nangis pun ada..
kecewa yang tak patut untuk dikecewakan.. sebab bukan masalah aku pun..
cuma masalah sesetengah manusia yang bermasalah..
atau akukah yang bermasalah mengecewakan diri sendiri?
aku rasa tidak...
aku rasa sedih sangat..
sedih dengan keadaan yang menghimpit diri.. bagai ditelan mati mak.. diluah mati bapak..
sedih kerana mereka tidak mampu untuk merasai kesedihan aku..
sedih sehingga tak tercakap dengan kata-kata..
sedih yang tidak patut disedihkan.. kerana kesedihan ini boleh dielakkan..
patut ke aku sedih?
aku rasa pun tidak..
wahai Tuhan..
berikan kekuatan untuk aku mengharungi hidup ini untuk hari esok dan seterusnya..
karena..
hati ini telah letihhhhhh....

0 Comments

yes monday!

09.18.06 (5:45 pm)   [edit]
selamat menyambut Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..
oh ya kalau yang bertanya dah ganti puasa ke belum pastikan yang bertanya tu dah abis ganti yer.. hehe
saya? alhamdulillah.. mengharapkan puasa penuh tahun ini..
pekerjaan di pejabat ditahap yang memuaskan.. saya berasa agak kurang sihat hari ini..
penat semalam pun masih terasa.. weekend ni dah takleh nak jalan-jalan sangat dah sebab start posa..
teringat tahun lepas ketika berbukak puasa depan pc di tempat keje lama.. huhu
cepatla pukul 6.15.. tak sabar nak balek ni.. tak larat.. huhu


0 Comments

sunday

09.18.06 (1:38 am)   [edit]

mega gath yang seronok tapi penatss..
at least ahad minggu ni aku cuti jadi surirumah kejaps..
mencuci mata bertemu dan berjumpa kenalan yang hanya berbual secara virtual..
thanks kepada yang memberi kerjasama dan make it fun and enjoy.. :)
bateri saya sudah low.. kene recharge full battery untuk ke pejabat esok memulakan rutin weekdays..

0 Comments

09.15.06 (11:14 am)   [edit]

dah beberapa kali aku menghadap kotak ruang entry ni tapi belum mempunyai kekuatan untuk menekan butang 'publish'.. kehilangan kata-kata.. ladang lalang semakin menutup kecerahan matahari.. tapi aku masih tinggi untuk menyelak dedaun tegak tinggi lalang daripada menutup pandangan mata.. hehe.. harapnya kali ni tersiar jugak entry ni yah..

pekerjaan dipejabat ibarat pasang surut air laut.. ketika tiada pekerjaan banyak kutu dah aku bunuh.. itu pun aku biar beberape ekor hidup sebab nanti kalau bosan takde kutu nak dibunuh.. maka pura-pura bz kekonon sedang mencuci pinggan...

uwaaaa.. ade keje dalam artworkbox.. nanti sambung.. tuttttttttttttttt.............................

ok sambung...
sempat buat ammendment je ads pagi tadi.. dengan meeting segala bagai.. nasib baik bukan keje urgent.. maka sempat tak lagi membebel di tengahari jumaat ni menunggu makanan kiriman sampai.. lagipun lalang dan membiak pesat.. kene remove lalang yang buruk yang dah tak ijau.. biarkan yang masih lawa dan hijau.. siap ade bunga lagi.. sikit masa lagi ada babak guling-guling atas rumput ala-ala filem hindustan..

banyak mende terjadik sebenarnyer lately.. ada kisah tutt tuttt.. kisah dot.. dottt.. kisah sencored.. dan ade kisah yang tak perlu ditulis disini.. biar waktu merawat segalanya kerana saya ini seorang pelupa.. esok ko curik pen aku.. 2-3 ari kemudian aku dah tak ingat kewujudan pen itu.. banyak temporary file aku dah buang.. clean segala obselete and duplicate file.. supaya system berjalan dengan lancar.. mengatur semula jadual kehidupan yang forever shuffle dan repeat.. habis samakan hidup dengan computer because half of my day mengadap mende ni.. sebab itu perlukan lalang yang hijau untuk mengkaver kerosakan mata..

minggu lepas.. eh 2 minggu lepas kot.. menonton wayang bersama elmo kak syikin dan melal.. monster house.. kewl sangat citernyer.. seram yang menarik.. cuma hangin sket beberape ketul mamat yang mungkin silap masuk wayang.. atau feeling-feeling filem tu kisah fanni dari awal sampai abis.. part yang tak funny pun gelak irritating.. aku pun feeling-feeling jerit 'hey.. funny sgt ke?" atau "helooo ko silap masuk wayang ke?"

dah jumaat dah.. my fav day.. lagi 10 hari nak puasa.. sib baik dah abis ganti suma posa.. alhamdulilah.. bersedia menghadapi bulan yang menduga mental dan fizikal.. cuti pun dah apply.. meraselah cuti lama melawat kucing-kucing kesayangan selama 2 minggu.. penat ah tulis.. nanti sambung lagi..

eh statement berani mati: dalam diam aku mencintaimu.. hehe

3 Comments

saya..

09.13.06 (11:07 am)   [edit]


eh motif letak gambar ni? hehe

8 Comments

uwaaaaaaaaaaaaaaa...

09.10.06 (1:16 pm)   [edit]

apa yang anda rasa bila entry yang anda taip panjang berjela kalah novel 400 muka surat reload page baru kerana anda terclick link yang rakan anda bagi?

.......................... (hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini)
titik... 

9 Comments

lawak pagi..

09.06.06 (10:28 am)   [edit]
Antara sebab-sebab ada yang tidak mengibarkan jalur gemilang..

Encik K (bukan nama sebenar) - operator pengeluaran
satu bendera rm10. kalau isi minyak rm10 dalam moto kapcai saya, boleh 5 hari ulang alik gi kerja tu.

Ajib - kerani am
saya terpakse ubah gaya hidup saya dengan tak keluar makan tengah hari, alih2 awak suh beli bendera? boleh kenyang tak ni?

Daud - pekerja sukarela
saya carik bendera palestin atau lubnan. tapi tak jumpe. awak ade jual?

Puan Ani - suri rumah
saya dah kibar dah. tapi semalam tercabut kena tiup angin. malas la saya nak beli lagi. baik saya beli gula.

Ramu - pengumpul setem
tahun lepas saya kibar pasal dapat bendera free. ini tahun saya takde dapat bendera free. so saya tak kibar.

Udin sireh - pelajar
minyak turun baru bendera naik!

Ait singh - pekerja kontrak
i am from nepal.

Aku - keje makan gaji
sebok dok tengok perkahwinan datuk k siti.. mawi ina.. gossip artis.. lupe nak beli bendera..



www.tranungkite.net

3 Comments

tak larat..

09.05.06 (6:27 pm)   [edit]
dah lame aku tak membebel tanpa noktah.. banyak mende nak dibebel tapi bebel banyak-banyak tak gune gak.. kalau dah bebel jadi kebiasaan dalam hidup tak sedar pun terbebel.. paling-paling pun membebel dengan diri sendiri.. at least salah satu cara nak meluahkan perasaan.. ada beberapa perkara aneh berlaku sepanjang hari ini.. boleh dikatakan aneh gak la.. ntah maybe aku yang aneh atau saje nak menganehkan lagi keadaan.. perkara aneh pertama kejadiah tertumpah air teh panas di tangan.. sakit la sebenarnyer tertumpah air panas ni.. tapi aku dengan berlagak macho wat-wat takde mende yang berlaku selambe masuk pantry amek kain lap.. terus lap meja.. comot kucing kuning comel keychain kat henphone i tau.. balek ni terpakse mandikan ia.. pastu gi cuci tangan yang panas dan pedas diair paip.. panas lagi.. masukkan tangan dalam peti ais plak.. sejuk sket.. balek ke meja.. bubuh losyen banyak-banyak.. beberape menet kemudian.. lega... macam xde pape yang berlaku.. wahh.. mujarab la losyen nih.. hehe.. perkara aneh kedua adelah.. eh fanni lak nak citer.. lantaran tahap kebusanan yang melampau maka harini lepas buat ammendement surf segale bagai.. bace gosip terhangat dipasaran.. sambil meneguk air teh o plak.. batuk-batuk kurang tidak seperti malam semalam yang hebat bagai nak tercabut anak tekak.. sekali sekala kering gak anak tekak ni.. sambil minum sambil surf.. tibe-tibe.. &&^%^%#$#@@^%& ;&#...... siaran tergendala sebentar.. nak tau ape jadi? tak pasal-pasal monitor kacak aku kene sembur ngan air teh ala-ala kene jampi gitu.. mesti korang geli kan? terus kene samak monitor ni.. haha.. xdela aku lap jek la sampai bersih.. yang paling fanni.. sib baik tak kene jiran sebelah depan dan belakang.. kecuali kamal.. 'eh ju ape ni basah2 ni?' hahahhaa.. ok perkara aneh ketiga adelah.. arini saya tidak memasang mp3.. eh aneh ke? mmg aneh kerana saya kurang kepeningan kepala.. mungkin kerana mood so-so.. yelah sangat dengan masalah gaji yang tak settle-settle lagi.. pening kepala pk.. ade lagi perkara aneh yang lain berlaku tapi tak ingat lak nak citer.. guruh masih berbunyik di luar sana.. keadaan kesihatan masih terganggu.. beberape keje amal perlu disettlekan jugak.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari ini dan seterusnya.. :)

0 Comments

hitam putih yang comel

09.05.06 (11:49 am)   [edit]


kecomelannyer tiada bandingan..
jika saya kesedihan sila kasi saya gambar kucing comel banyak2 tau..

1 Comments

dugaan..

09.04.06 (11:07 pm)   [edit]
satu-satu sakit melanda..
xpela.. dugaan..

0 Comments

weekend paling bosan..

09.03.06 (10:49 pm)   [edit]
kepada weekendku yang busan..
terima kasih kerana membusankan diri ini..
terima kasih kerana menemani aku..
seperti wekeend-weekend yang lepas..
oh weekend..
weekend akan datang ceriakan diri aku..
walaupun aku hanya dirumah..
walaupun hanya golek ulang-alik atas katil..
walaupun ditemani ajuinc..
kau tak bersalah weekend..
aku perlu berada dirumah..
kerana dilanda kegatalan pada anak tekak..
esok xde weekend lagi..
kerana isnin susah mengambil alih..
weekdays yang belum menjanjikan tiada kebusanan..
anyway terima kasih weekend..
jangan serik membusankan diri ini..


0 Comments

cahaya cinta siti

09.02.06 (2:40 pm)   [edit]



Datin Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta oooo....

Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
Hingga ke alam syurga
Sayangi daku..


sila klik untuk download lagu

4 Comments

cemburu?

09.02.06 (12:56 am)   [edit]
kenape cemburu itu mesti ada?
kenapa iri itu harus ada?
kenapa tidak puas hati itu kini ada?
kenapa? kenapa?
arghh tidakkk...
sejak bila?

1 Comments

another awek semekom

09.01.06 (7:13 pm)   [edit]


kepada cik farisya yang membaca blog ini.. disini saya siapkan vector seperti yang dijanjikan lame dulu.. hehe sorry lambat..

2 Comments

seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community !

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com