salam aidilfitri..

10.20.06 (1:23 pm)   [edit]
sekejap je bulan ramadhan dah nak berakhir.. syawal menjelang.. raya pun datang.. balek kampong dah jadi adat dan tradisi.. at least kepulangan kali ni excited sebab nak menyambut raya.. opismate pun ade beberapa orang yang dah mencutikan diri pulang beraya.. lagu raye sane sini.. yang ada datang pun sekadar memenuhi majlis dan memeriahkan suasana nak raya.. mood kerja dah tak hirau dah.. yang penting aku excited nak terbang pulang esok.. thehehe.. entry ni akan menjadi sangat panjang kerana saya mungkin tidak akan menulis sehingga sekembalinya aku disini.. hehe.. motif simpan stok blog?

so.. macam biaserla sempena nak raye ni harusla tulis entry berilmiah sket.. oleh kerana harini last day keje.. so leh la buat-buat tak malu bermalas-malasan.. depa pun paham.. rasenyer nak cabut awal sket arini walaupun tak cukup hours.. umah nak kene kemas.. petisias nak kene buang mane yg patot.. kang balek je sini dah tumbuh kebun buah-buahan dalam peti sejuk cane? daptla makan buahan free kan? pastu nak kene kemas bilek dan pack barang mane yang patot dibawak.. maklumla nak cuti lame kan? 2 minggu.. so entry kali ni nak membuat sedikit ucapan sempena hari raya hikss.. ramai ni nak tujukan ucapang..

kepada ibu bapa dan adik beradik serta saudara dikampung..
tunggula kepulangan anakmu ini dari perantauan.. cewah macam lagu raye lak.. membawa kiriman dari kolompo.. penat tau shopping aritu masih terase.. kalau flight delayed tu sediakan makanan dalam kereta kot berbukak dalam kete balek umah jem segale bagai.. hikss.. adik-adikku.. cat umah lek lok.. kalau kaler cam tadika aku pengsan dulu depan umah.. beskut2 raye bape balang dah buat? ke tunggu aku balek? hahaha.. mau pecah rekod buat beskut raye suruh tetamu amek sendiri kat dapo.. duit raye tahun ni aku bagi tanpa sampul la ek.. hehe..

kepada housemateku awek semekom..
melal, elma, kak syikin, ija dan bekas hosmet teteh.. aku nak mintak maaf le kalau ade silap salah terkasar bahase terover gurau yang keterlaluan dan yang sewaktu dengannya.. kot ade makanan dan minuman yang termakan didapo dan petiais.. harap dihalalkan.. terima kasih kerana menjadi awek-awek rumah yang baik dan kewlness.. muahss kat korang.. balek tu kang jgn lupe bawak kueh mueh.. kite wat open house.. hiks.. hati-hati kepada yang memandu balek kampung tu yah..

kepada hopismate sii..
eton, sue, kunta, anuman, farah dan senots group.. ideas dan cubes.. maybe ada beberapa orang yang tahu kewujudan blog ini.. so kat korang selamat hari raya aku ucapkan.. arini agak sunyi sepi sket sebab ramai yang merayakan diri ke kampong.. semua buat keje sendiri je.. design kad raye atau chatting segale bagai.. suke keje ngan korang yang sporting2 belako.. dan kepada yang tak dapat gaji lagi tu.. semoga tabah menghadapinya.. yang drive balek kampung lek lok bawak kete.. balek kampung dengan selamat dah kembali bekerja dengan selamat juge.. ampun dan maaf anda ada silap kata terkasar perlakuan selama bekerja dengan korang..

kepada rerakan sepermainan..
rerakan mmu cyberjaya mahupun melaka.. yang bekerja disekitar cyberjaya putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya.. yan, pidut, baguk, bombe, reza, izar, jaja, joy, syikin, inaz, marina, aleen, serai yang masih dimmu, jet dan ramai lagi yang tak tersebut namenyer.. keje lek lok.. kalau ada walimatulurus jangan lupa dijemputin.. aku nak mintak maaf kalau terserempak dimana-mana buat tatau.. atau aku mmg tak perasan.. tersombong atau terlupa jemput ke majlis makan-makan.. sorry yer.. aku tak berniat,, balek kampung beraye lek lok yer.. kepada ibu melor bersama husband dan baby barunyer.. selamat menyambut aidilfitri bersama ibu mertua.. kepada wawa si ibu mengandung juga kepada azzah dan nadia yang jauh nun diperlis.. kirim salam kat keluarga dikampung dan sambutlah raya dengan berhikmah..

kepada rerakan virtual tokeikedai online
esp enchek tokei dan krew-krewnyer.. selamat hari raya maaf zahir dan batin diucapkan.. terima kasi kerana menyokong tko dan kedaikad aku selama ini.. nanti kite wat gath raya besar-besaran lagik ek.. semua musti pakai baju raye.. kepada yang pernah jumpe dan tak pernah jumpe tu sorry kalau tersombong ke silap ckap ke pape lah kesalahan ek..

kepada kekaseh awek gelapku.. hehe
drive balek raye lek lok.. jangan racing atau merempit.. kem salam kat femily.. datang kuching nanti aku bawak ko jejalan mana sempat aku tau je pasal aku pun dikira tourist gak.. hehe.. sama-sama kita melancong ke kuching ek.. thehehe..

kepada rerakan ex-schoolmate
walaupun korang tak bace blog ni.. aku nak gak kasi ucapan.. semoga kita boleh bersua kembali bila-bila masa.. rindu la kat korang.. kot ade yg dah kawen ke... dah ade anak.. ntah2 ada dekat-dekat sini je.. tp tak jumpe..

kepada rerakan virtual yang pernah bersua atau tidak
termasuk rerakan blog.. yang setia membaca catatan merepek meraban aku yang ntah tunggang langgang ayat dan bahasa.. harap dimaafi andai ada tulisan yang menyingung perasaan atau tersilap taip.. aku hanya insan biasa.. kepada cik nun yang berada di singapore.. selamat hari raye tau.. jemputla kerumah.. hehe.. juga enchek yuyus.. semoga selamat drive balek kekampung dan juga kembali ke sini.. enchek redzuan juga tidak dilupa.. hari raye makan kerepek berpada-pada.. hehe.. kepada rerakan ym, msn, gtalk, myspace, frenster dll.. banyak sangat nak senaraikan nama kamu.. maaf andai tak sempat nak berkenalan atau sembang-sembang beramas mesra. ad eyang siap tak ingat name tu sorry.. hehe

perghh.. banyaknyer ucapan khas.. ade sesape lagi missing tu harap maaf.. tak larat nak ingat satu-satu.. hiks.. so ala-ala berucapan panjang ni? motif taip blog seharian? hehe.. kate nak simpan stock kan? so kalau tak larat abis bace pun sambung la pas raye kang.. pas raye? hurmmm.. banyak mende nk pk selepas raye ni.. dan sepanjang raye pun aku dok pk gak lagi kang.. dalam sekelip mata aku dapat satu peluang keemasan yang aku sukar nak menolak sebab aku dah mendapatkannya dengan cara yang amat mudah dan bernasib baik.. dah dapat kenape tak nak pulak? ermm.. kene pk masak semasaknya demi masa depan..

oklah itu je kot aku nak tuleh.. panjang sangat dah.. so selamat kembali ke kampung ya? juga selamat kembali ke sini.. umur panjang lepas raye kite jumpe lagi la ek.. SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR & BATIN.. muahhss..

6 Comments

hapdet raye..

10.18.06 (3:21 pm)   [edit]

tak aci je eton je wat.. hehe.. oleh kerana tahun kedua menggunakan wang sendiri untuk persediaan raya so sakan sikit jek la tahun ni sebab tak gune wang mak bapak.. instead.. hanya belikan kerongsang dan butang baju melayu utk adik-adik.. dan pelikat utk ayah..

baju raye: dah siap jahit 3 pasang ade kat kampung termasuk satu kain orang kasik.. hehe.. stail aku, beli kain awal tahun.. hantar jahit.. pastu time nak dekat raye kompem dah siap.. so tayah risau baju tak siap jait.. sepasang lg beli kat sini jait kat sini gak..
tudung raye: adela beli bape lai.. tak ingat baju kaler ape.. so aku beli tudung kaler hitam.. nah.. match semua baju
kasut raye: blom beli.. pakai yang ade je kot..tak pun pakai sipar jepun je.. musim jerebu org tak nampak ape pakai kt kaki.. hehe
duit raye: tak tukar duit kecik lagik nih..
kad raye: aku pos kat sorang je tahun ni.. yang lain-lain aku kasi ekad je.. hehe
zakat: ayah dah bayarkan untuk satu family.. tahun depan nak baya sendiri lah..
biskut raye: Mrasa beli sebalang dari eton, sebalang dari syikin.. xbleh bwk banyak-banyak nanti senget kapal terbang..
tiket raye: bulan ogos aritu dah beli.. naik air sirap.. kompen delay tu kang.. tu pun pegi balek dah rm400 lebey.. uuuu

pengajaran: jangan berbelanja lebey.. simpan duit utk raye tahun depan lak.. hehe

9 Comments

nice story..

10.18.06 (1:30 pm)   [edit]
Why do we read Quran

Why do we read Quran, even we can't understand not even a single
Arabic????

This is beautiful story

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern
Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early
sitting at the kitchen table reading his Qur'an.

His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in
every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just
like you but I don't understand it, and what I do understand I forget
as soon as I close the book.What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and
replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a
basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he
got back to the house.
The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster
next time," and sent him back to the river with the basket to try
again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he
returned home.
Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to
carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of
water.
You're just not trying hard enough," and he went out the door to
watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show
his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water
would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he
reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the
basket was different. It had been transformed from a dirty old coal
basket and was now clean, inside and out.


"Son, that's what happens when you read the Qur'an.
You might not understand or remember everything, but when you read it,
you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."


Jazakallahukhairank athira... .

2 Comments

pantun malas sembahyang..

10.17.06 (9:36 am)   [edit]
Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh
lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai
menangis keluar air mata darah
 
Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
 
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
 
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
 
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
 
Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
halang!!!

1 Comments

21 ramadhan..

10.15.06 (12:48 am)   [edit]

khas untuk pembaca blog aku.. sorry la tahun ni tak sempat nak print out.. tak sempat dah nak pos lagi segale bagai.. so aku kasi digital ekad jek la ek.. hiks.. samat ari raye..

wahhh.. 21 ramadhan dah.. pintu pagar rumah kaler hijau dah terbayang-bayang depan mata.. dah leh layan lagu raya skg ni.. anyway tahniah untuk mama melor kerana selamat melahirkan seorang baby perempuan seberat 3.72kg yang comel lebey kurang kol 6 pagi tadi.. bersamaan 14 oktober.. wah tahun ni mama melor beraye dengan dua orang baru ya.. pastu tunggu giliran sape lak pasni..

4 Comments

aidilfitri kali ini..

10.13.06 (3:51 pm)   [edit]

aura-aura raya dah terasa.. lagu raya sane sini.. dah beberapa hari kebusanan di opis a.k.a peti sejuk.. dah tak perlu la aku nak cakap simptom-simptom lain yang terjadi kat kami dalam sini.. ngantuk tayah citer.. sempat aku lena barang sejam kat surau.. hehe.. so lepas sket la rase ngantuk yang amat.. pekerjaan di opis juga seperti biasa.. di tahap bosan otromen taro.. enchek akema dah balek kol 1 td.. ketua die yang baik itew memberi permisi balek awal sebab xde keje.. lgpun die nak lik kajang.. esok sabtu.. sabtu lagi satu aku dah ade kat umah.. mak call pagi tadi cakap jgn terkejut balek kang umh kaler mcm tadika.. haha.. cam biaserla adik aku pesan beli itu ini.. lom shopping raye lagi ni.. since menghadapi kemungkinan yang membahayakan lepas raya.. maka have to cut off some of my wish list.. hoho.. dah kol 3.. lagi 2 jam bley balek dah.. hehe.. ape je aku buat arini? cit cat, surf sana sini, tulis blog, bace blog, delete emel bla bla bla.. huh.. sib baik arini dah jumaat..

3 Comments

aku suke.. hehe

10.13.06 (10:34 am)   [edit]
21 Reasons Why Best Friends are Better Than Boyfriend or Girlfriend

1. You don't have to call them every day, just to let them know you're not fighting

2. You don't have an anniversary-you just sort of "became" best friends.

3. When someone calls your girlfriend or boyfriend your "partner" it makes you think of marriage. When they call your best friend our partner, it's more like cops.

4. You never have to touch your best friend when it's hot outside, but you can still huddle close when it's freezing.

5. Your parents usually like your best friend.

6. Your best friend doesn't care if you get fat, you're ugly, or if you get a ard haircut.

7. You don't have to get jealous of "girls only" night or "guys only" night -- You're part of it!

8. You can laugh at your best friend with no consequences.

9. You can burp or fart in front of your best friend on any occasion.

10. You can plan on still having a relationship with your best friend in 20 years.

11. Never in your life will you need "space" from your best friend.

12. Your best friend won't be mad if you want some time alone, and will only ask you "what's wrong?" once.

13. Your best friend is someone you get in trouble with; your boyfriend or girlfriend is someone you get in trouble with if you get in trouble.

14. You don't have to get dressed up to go anywhere with your best friend.

15. You're allowed to have multiple best friends.

16. No one ever spreads rumors or talks about you and your best friend's relationship.

17 .Borrowing any amount of money from your best friend is okay, no questions asked.

18. Your best friend will never refer to you as "the ball and chain," "the old lady/man," or "the whip."

19. No one is ever trying to fix you up on blind dates for a new best friend.

20. It doesn't matter what your "other" friends think about your best friend.

21. Your best friend is the first person you call when you get a new boy friend or girl friend, and when you break up with them.

5 Comments

huk..

10.12.06 (9:46 am)   [edit]
Berita Kematian

Mentari pun akan musnah, katanya,
Dan setiap gugusan bintang,
Akan terpecah dan bertebaran hilang,
Dan seandainya aku hidup untuk berjuta tahun lagi,
Maka aku akan dapat menyaksikan bintang-bintang itu
terpadam,
Satu demi satu,
Bagaikan lampu-lampu kalimantang,
Jauh di pekan pergunungan sana...
(Atau salju yang berguguran, mencair di tepi jalanan sunyi...)

Aku memberitahunya,
Walau sehingga saat itu tiba,
Kegelapan yang kekal,
Dan tiada lagi bintang yang bersinar,
Aku akan terus hidup,
Dan akan tetap mencintainya,
Tetapi dia memberitahu ku,
Bahawa tidak ada sesiapa pun,
Yang dapat hidup sebegitu lama...

Kami berdiri kaku,
Memandang lembah dan mentari yang jatuh,
Dan di dalam hati,
Aku tahu aku tetap mencintainya,
(Walaupun tidak ada lagi salji yang gugur),

Dan bila dia menghilang,
Seluruh lembah menjadi gelap dan sunyi,
Dan aku terasa lesu,
(Yang ada hanya hembusan sejuk dan kabus tebal),
Di dalam usia yang bagaikan sudah menjangkau ribuan tahun...


John Norafizan
Penulis : Sempadan Tanpa Seri (Creative Enterprise 2003)
Tunjukkan Aku Satu Bintang (Creative Enterprise 2005)

0 Comments

hehe..

10.11.06 (10:38 am)   [edit]
semalam selasa, 17 Ramadhan adalah ulang tahun kelahiran saya ke-25 dalam tahun Hijrah.. terimas kepada elma, melal, kak syikin, ija, yanie, atun, jaja, milo, kak jue, teh, kek wer, kunta, anum dan sue yang memeriahkan majlis berbuka puasa semalam.. dengan menunyer laksa sarawak, puding roti, puding marble, sagumata ikan, ayam masak merah, nasik himpit, putu piring, air oren dan honeydew.. sorry kepada yang tak terjemput dan girls only.. hehe.. aku tau pasni mesti reza tantrum.. nanti raye wat kat umah eton lak.. kite serang umah die lak..

11 Comments

easy vs difficult

10.11.06 (10:14 am)   [edit]
Easy is to get a place is someone's address book.
Difficult is to get a place in someone's heart.


Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes


Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue


Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound...

Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness

Easy is to set rules.
Difficult is to follow them...


Easy is to dream every night.
Difficult is to fight for a dream...


Easy is to show victory.
Difficult is to assume defeat with dignity...


Easy is to admire a full moon.
Difficult to see the other side...


Easy is to stumble with a stone.
Difficult is to get up...


Easy is to enjoy life every day.
Difficult to give its real value...


Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise...


Easy is to say we love.
Difficult is to show it every day...


Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself...


Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them...


Easy is to weep for a lost love.
Difficult is to take care of it so not to lose it.


Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action...

Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt...


Easy is to receive
Difficult is to give


Easy to read this
Difficult to follow


Easy is keep the friendship with words
Difficult is to keep it with meanings.

0 Comments

berpijak dibumi nyata..

10.09.06 (6:13 pm)   [edit]
seorang teman memberitahu bahawa saya seperti tidak berpijak dibumi yang nyata.. wow agaknya keadaan berjerebu yang agak teruk menyebabkan saya tidak nampak jelas mana permukaan bumi untuk dipijak.. terima kasih juga kepada dia kerana mengingatkan saya bahaya berada jauh dari permukaan bumi.. kerana dikuatiri hilang terus atau terjatuh sakit menghentam permukaan bumi.. ouch that must be hurt..

2 Comments

oh suhaila..

10.07.06 (8:30 am)   [edit]


awek semekom yang ke-5.. merangkap opismate.. nak berkenalan? hehe dah berpunyer yer..
nilah keje aku ketika kebosanan di opis ditahap 7 petala langit..
it's ok kalau still berkaitan dengan grafik..
well.. sedar tak sedar dah hari ke-14 berpuasa.. dah setengah bulan dah..
tak lame lagi raye.. hehe.. raya??? dalam keadaan jerebu ni? kueh raya pun berjerebu..
anyway thanks kepada kengkawan yang concern pasal kejadian pekerjaan saya..
kalau lepas raye aku still nek bas gi keje kol 8 pagi.. semuanya oklah tu..
kalau aku tak balek raye lame.. paham-paham jek la ek..

12 Comments

sila jawab

10.05.06 (9:50 am)   [edit]

Ada sebatang pokok, bila hujan beberapa helai daun tumbuh, bila musim luruh angin menjatuhkan daun-daunnya..
Jika anda diberi pilihan, mana satu anda pilih.. HUJAN, ANGIN, MUSIM LURUH, DAUN atau POKOK?

14 Comments

life is tough..

10.05.06 (9:43 am)   [edit]

late payment..
unknown deductions..
rumors..
here comes the worst part..
they gonna terminate our contract real soon..
hurmm..

0 Comments

aaa?

10.04.06 (12:02 pm)   [edit]
hambar.. busan..
ngantuk.. malas..
tensen.. bengong..
sejuk.. lapar.. haus dahaga.. opss
sape-sape yang baik ati..
hulurkan la bantal.. heheh

0 Comments

day 9

10.02.06 (11:20 am)   [edit]
Tuhan menguji.. takkan berhenti..
hanya satu ku pinta.. sama setia bersabar..

3 Comments

berjaye..

10.02.06 (1:49 am)   [edit]
hehe.. yey.. aku berjaya menginstall wordpress.. blog baru yang bakal menjadi my new obsession. hiks.. perancangan awal untuk menempatkan blog mengenai kerjaya dan hobi.. adekah aku akan meninggalkan tblog yang akus etia sejak dua tahun lalu? hehe.. wait and see lah yer..

1 Comments

ku harap cinta..

10.01.06 (9:21 pm)   [edit]
Noewseeheart - Ku Harap Cinta

Kuharap... kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi


Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan

( korus )
Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta


Saujana - Sendiri

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri

1 Comments

seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community !

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com