tata 2006..

12.30.06 (7:21 am)   [edit]
selamat hari raya qurban..
selamat tahun baru..
aku mencari ketenangan jiwa di utara..
see yah next year.. insyaAllah.. ;)

0 Comments

faham

12.29.06 (10:20 am)   [edit]
jika kita mengharapkan orang lain faham kita.. kita hendaklah berlaku sama terhadap orang lain.. mengharapkan diri difahami dengan membenarkan orang faham diri kita.. saling faham memahami.. dalam masa yang sama jangan terlalu mengharap semua orang akan faham cara kita.. bila dan faham jangan assume kita boleh puaskan hati semua orang.. be nice to everyone but u cannot pleased everyone.. aku tak mengharapkan orang paham aku sebab kadang-kadang aku sendiri malas nak paham orang yang tidak membenarkan orang faham diri die.. so biarlah waktu merawat semuanya dan just le it go.. learn to forgive and forget.. -aku yang tibe-tibe emo sorang-sorang-

4 Comments

cinta lagi..

12.28.06 (3:18 pm)   [edit]
Zainal Abidin - Pantun (OST Filem Cinta)

alam hanya sementara
buana biru belentara
salah orang nampak ketara
kalah kita tak bersuara

laut biru bertukar warna
rumpai karang tidak bernyawa
udang berarak tidak bermaya
imbangan alam dah tiada

c/o:
tidak terkata rasa sayangnya
bumi dipijak rasa bahangnya
tidak terkata, tidak terkata
kalau boleh bersama kita pelihara
dunia bahagia hidup baru selesa
lambat ia binasa hidup lebih lama
hidup lebih lama.. yeyaa..

dulu ikan senang dijala
penyu singgah berduyun-duyun
kini sudah menjadi bencana
usah dibawa turun temurun

apa ada harus dijaga
hasil bumi berkurang pula
senang kita senang sekarang
esok lusa padah bermula

c/o:
tidak terkata rasa sayangnya
bumi dipijak rasa bahangnya
tidak terkata, tidak terkata
kalau boleh bersama kita pelihara
dunia bahagia hidup baru selesa
lambat ia binasa hidup lebih lama
hidup lebih lama.. yeyaa.. lalalala hey..

0 Comments

2007

12.27.06 (6:12 pm)   [edit]
"jika kita menghabiskan seluruh hidup mengenang kisah silam dan mengkuatiri masa depan, kita tidak mempunyai hari ini untuk disyukuri"

salam tahun baru untuk semua untuk beberapa hari lagi.. salam 2007.. tak sampai sebulan lagi muncul tahun baru hijrah lak.. persiapan untuk satu permulaan yang baru sepatutnya dah lama siap.. tinggal bersedia untuk melaksanakannya.. setahun lagi akan berlalu dan muncul tahun baru.. kemana aku? masih disinikah? atau ada tempat lain yang mengalu-alukan aku? mungkin perlu bertahan dan memperbaiki apa yang boleh dibaiki.. meningkatkan apa yang patut dipertingkatkan.. mengenepikan apa yang tidak perlu dan mengambil perhatian kepada yang perlu.. cakap banyak tak gune.. lets actions speak louder than words..

0 Comments

selasa..

12.26.06 (12:03 pm)   [edit]


busuk-busuk yang tido dengan busuknyer..

isnin.. eh selase rupenyer.. kepenatan temankan mamarazzi sorang tu amek gamba tunang seorang kawan balek umah je pengsan.. bangun balek kol 2 pagi pastu tido balek kol 4.. makanya kelambatan ke opis.. pastu pagi-pagi kene marah ngan pakcik guard yg garang itu kerana park kat dalam lebih dari 2 hari.. siap ugut jgn komplen kalau kene clamp.. yerla pakcik saye salah.. tapi saye tak amek paking orang.. kot yer pun cakap la lek lok.. kita ada budi bahasa.. ni klo org tua tak hormat orang mude cemane orang mude nak hormat orang tua.. eii sib baik orang tue.. eii marahnyer aku kene marah nih.. daripada aku terkeluar cakap kurang ajar aku blah je.. pagi-pagi dan ruin mood orang.. sampai opis lambat ade org perli 'eh dah ade kete pun dtg lambat ke?' oo takleh ek datang lambat klo ade kete? saya sangat emo.. jangan nak kasi emo lg saye arini..

4 Comments

meri kerismes

12.23.06 (5:57 pm)   [edit]
3 plan wekeend ni terpaksa dibatalkan.. plan ke jb cancel sebab banjir teruk, ke ipoh ke majlis pertunangan inaz pun tak jadi sebab xde teman, plan melawat wawa and her new born baby pun kensel sebab die dah balek kelantan.. 2 plan lagi not sure cemane.. maybe nak dok umah je.. penat sangat sepanjang minggu berjalan dengan anak ikan, rase nak tido je keje.. sok nak mandikan anak ikan tu plak.. dah kotor.. kalau setiap senin cuti kan best.. ehe..

0 Comments

ermm..

12.22.06 (2:48 am)   [edit]
esok hari jumaat yey!..
lame tak excited hari jumaat..
td kuar ngan awek gi jumpe pakwe..
sambil kelas tuisyen di atas jalan raya..
plan ke JB batal.. banjir.. kene sewa sampan or bot.. sebab makin teruk katenyer..
saye mengantuk sejak 2 jam yang lalu kenapakah saye tak tido lg?
layan lagu felix dan lagu shannon..
dah 2 hari berjimba-jimba diopis.. bos balek kampong sampai tahun depan..
yey tikus-tikus mula berkeliaran.. hiks..
cuti lagi sampai senin.. mau ke mana ya?

0 Comments

lagu bikin hepi..

12.22.06 (1:18 am)   [edit]
Shannon Shah - Bila Engkau Jauh (OST Filem Cinta)
 
Sedapnya hati tidak jemu
Tak sabar bermanja
Hanya sehari tak bertemu
Macam selamanya
Rindukan tawamu
Yang menyegarkanku

c/o
Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Aku bermimpi
Riang terbang
Pagi sampai senja
Cinta dihati

Sudah kembang
Untuk engkau saja
Tidur atau jaga
Rindu sentiasa

c/o
Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Aku tak pernah bercinta
Sampai terbalik seluruh duniaku
Hanya satu yang kupinta
Jangan tinggalkan daku

Aku merayu oh kekasih
Belailah hatiku
Bilaku layu lagi sedih
Curahlah kasihmu
Kau dakaplah aku
Sembuhkan piluku

c/o
Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Jika kau rasa sepertiku
Bila aku jauh
Biarlah dua jadi satu
Bersama selalu
Hanya kau dan aku

0 Comments

Felix - Aku Pencintamu

12.21.06 (3:33 pm)   [edit]
Aku masih di sini kekasih
Telah lama ku simpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti

Cinta ku masih lagi di sini
Masih berbunga menantikanmu
Walaupun harumnya hampir hilang
Tapi ku tetap pencinta yang setia

Dan aku masih lagi di sini sayang
Masih setia menanti dirimu
Kerna kita pernah sayang menyayang
Ku harap cinta mu tak akan pudar

Dan ku masih menanti dirimu
Masih segar menanti segalanya
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Akan hancur hati ku kerna kamu

Aku masih di sini sayangku
Walaupun kau hilang kian lama
Telah cintaku jadi begini
Betapa aku pencinta yang setia

Dengarkan kasih
Lagu ku ini
Kerna diriku
Pencintamu

p/s: lagu ini tidak ditujukan buat sesiapa.. i peminat felix.. hehe

1 Comments

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

12.21.06 (10:44 am)   [edit]
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji  akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

1 Comments

nakal nih..

12.20.06 (5:54 pm)   [edit]


cubaan untuk melarikan diri..
tapi tak muat sebab kepala besar..
laporan disediakan oleh ija..

7 Comments

ermm..

12.18.06 (10:03 pm)   [edit]
ketika aku dilanda sesak pikiran memikirkan masalah dunia aku lebih suka tidur.. tapi apabila terjaga esoknya masih kena memikirkan dan meyelesaikan masalah tersebut.. i have to face it.. tapi at least aku lebih waras menghadapinya dengan fizikal dan minda yang tenang..

3 Comments

jumaat datang lagi..

12.15.06 (4:11 pm)   [edit]
jumaat datang lagi.. kejap je rase ketibaannyer maybe sebab isnin lepas cuti.. sejak due menjak ni kehidupan menjadi bertambah sibuk dengan aktiviti semasa dan pekerjaan dipejabat.. blog pun kurang berapdet sejak tiba-tiba jadi penjual minyak wangi.. imitation tau jangan tanyer ori ke tak.. sasah la harga murah tu.. sejak minggu lepas jugak mengisi malam selasa dan khamis dengan aktiviti main badminton.. awek pun dah mula teruja kembali mengajak menonton wayang.. keje freelance pun ada 2-3 project kene selesaikan termasuk designkan kad kawen untuk kakak sulung yang akan berkahwin bulan mac tahun depan.. tiket pun kene beli awal.. perhatian dan kasih sayang juga perlu dibahagikan buat cumi dan ciki juga my new lil nemo.. ada pelan dan bajet perlu dirancang menjelang tahun depan.. ada perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuka mata untuk alert.. ada keberanian yang perlu dipertingkatkan dan ketabahan hati menerima apa juga dugaan juga perlu ada.. malam ni ada BBQ office lepas office hour.. makan lagi? waduh waduh.. rabu depan lak ada christmas party office.. makan besaran lagik.. oh ya nak gtau saje.. takut ada yang silap sangka.. awek yang selalu aku maksudkan adalah seorang kawan yang rapat.. aku masih seorang gadis yang normal.. jangan ada yang silap sangka ek.. oklah.. selamat berhujung minggu dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.. selamat hari jumaat..

1 Comments

jumaat..

12.15.06 (11:07 am)   [edit]

This is for JUJUS from eton

1. Give me a nickname and explain why you picked it.
Sentap.sbb kengkadang ayat kau menyentapkan dan menyengalkan.hik
sentap gak ngan ayat kau.. ops

2. Am I lovable?
yup.bakal jadi nenek pun.hik
aku bersalah ke kerana mereka terlanjur awal.. huhu

3. How long have you known me?
since kat MMU.beta kot.nearly 6 years.

4. When and how did we first meet?
err terlibat dlm aktiviti kat MMU kot.rase nyer la.hik

5. What was your first impression?
garangnyer die ni.takot nak tego
ko pun takut ngan aku ke? hahahahaha..

6. Do you still think that way about me now?
oo baik budaknyer.fani sentap plak tu. *matike mak?hik
aww.. terharu aku ko kate aku budak baik..

7. What do you think my weakness is?
diam bile org buat kau sedih atau marah
ko tak tengok lagi aku tantrum..

8. Do you have a crush on me?
crush kat cik kelis kau jer
ah yeke? my lil nemo.. sampai hati ko tak crush ngan aku..

9. Would you kiss me?
laga2 pipi jer
ahh.. jage jage retak lesung pipit kite..

10. What makes me happy?
anak2 kau,cik kelis,family,friends,hero es,peter petrelli,lost,the 440

11. What makes me sad?
peter petrelli mati takpun kawen ngan org lain (logik tak?)
ah.. kalo peter mati aku tak nak tengok heroes dah..

12. What reminds you of me?
makanan,recipe,kucen,hams ter,cupcake,sinful food
banyaknyer nok.. mesti ko sentiasa ingatkan aku.. hiks

13. If you could give me anything what would it be?
berkongsi segala sinfull food ngan kau.hik
sentiasa rase bersalah kat perut la camni..

14. How well do you know me?
quiet well kot

15. When's the last time you saw me?
pagi tadi mase brekfes kat pantry

16. Ever wanted to tell me something but couldn't?
aku nak curik cik kelis kau.ops
malam ni aku parking dalam rumah..

17. Do you think I could kill someone?
kau bunuh aku kot kalo aku curik cik kelis kau.haha
jgn la wei.. aku takmo jadi pembunuh..

18. Describe me in one word.
sentapbutfani (1 word kan?)
ok diterima..

19. Do you think our friendship is getting stronger, weaker, or staying the same?
stronger

20. Do you feel that you could talk to me about anything and I would listen?
yes

21. Are you going to ask me back and see what I say about you?
u already did.thanx bebeh

0 Comments

jual minyak daa..

12.12.06 (1:20 am)   [edit]
1st Grade Branded
PerFUMEs 99% From Belgium FOR SALES!!!!!


- serious buyer only! 1st grade imitation
- tiada sample bau disediakan, packaging sama cam ori
- tempahan anda akan dipos kerumah dalam masa seminggu selepas bayaran dibuat melalui maybank2u
- untuk tempahan sila emailkan ke ajurina@gmail.com (nama penuh, brand perfume dan jumlah serta alamat rumah anda)
- selepas membuat tempahan email anda akan direply dan no akaun maybank, nama dan email akan diberikan untuk urusan bank-in/transfer melalui maybank2u
- harga adalah termasuk kos penghantaran, sebarang pertanyaan sila ajukan ke alamat email di atas



view compete list

3 Comments

ermm..

12.11.06 (11:29 am)   [edit]

today a friend said to me 'u seems a tough women with a soft spot'..
really?

0 Comments

buang masa..

12.10.06 (7:38 pm)   [edit]

terlebih dulu nak warning entry dibawah berunsurkan emosi dan tidak sesuai bagi mereka yang tidak berfikiran terbuka (terbukakah aku?) dan juga tidak sesuai bagi mereka merasakan perkataan 'maaf' itu adalah sangat mahal.. aku cuba nak couldn't careless dan lantakla kau.. tapi ada manusia yang suka buat percikan-percikan api.. walaupun sikit tapi irritating dan menyakitkan hati.. aku rasa aku berhak nak beremosi kerana manusia yang suka membuat silap paham ni patut disentapkan dengan ayat bagi derang sedar.. aku tak kata aku betul.. tapi couldn't u just let it go dan buatla kerja kau sendiri.. jangan buang masa nak mempertahankan kebetulan diri yang ntah betul ke tak..

ok aku buang masa beremosi kat sini tapi maybe ape yang aku nak sampaikan boleh bagi pengajaran mana-mana part yang korang suka.. bukan aku nak tanya sape sokong aku atau pihak satu lagi..tapi aku rasa aku tidak bersalah secara langsung.. mula-mula aku memang nak let it go.. tapi ntah kenapa tahap kesabaran aku tergugat apabila ada lagi orang cucuk-cucuk ni.. aku tak suke cari gaduh dan tak pernah nak marah-marah orang tak tentu pasal.. walaupun prinsip aku diam adalah lebih baik.. tapi kali ni rasanya aku takleh nak diam dah..

ok.. kisahnyer bermula bila ada member forwardkan link sebuah blog production animasi siri orang melayu kita yang buat yang baru siap satu season akan ditayangkan diRTM tak lame lagi.. kisah papan tanda yang dianimasikan.. ok sebelum tu aku nak bagitau aku graduate dari multimedia universiti dalam multimedia kreatif majoring in film and animation.. masa second year project aku buat satu animasi motion graphic bertajuk 'migration', kisah papan tanda yang mengapgredkan diri mereka kepada yang lebih baik.. xde strong storyline melainkan 1-2 minit animasi pendek untuk mendapat markah supaya aku boleh naik ke level seterusnya.. sekarang aku bekerja sebagai seorang pereka grafik disebuah syarikat swasta.. selepas graduate aku tidak berniat untuk menyertai mana-mana production house baik video, filem atau animasi.. mungkin kerana trauma keje teruk menyiapkan final year project 'origami animation' membuatkan aku tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang animator.. buat masa ini..

apabila melihat sebuah produksi animasi siri daripada anak-anak malaysia lagi-lagi dari graduan mmu aku sangat teruja dan teringat kembali second year project yang pernah aku buat.. yeap idea yang sama mengenai papan tanda.. macam best sgt kan idea tu? ya aku tau dan pernah tengok animasi sorang senior (tandania creator tu lah) yang pernah ditayangkan kat kiteorg masa foundation year.. honestly memang aku berminat dan nak tau cemane derang kembangkan idea ni menjadi sebuah siri animasi.. walaupun aku dah hilang minat menjadi animator.. tapi minat aku terhadap animation masih belum hilang.. dan aku pun gatal tanganla komen dalam blog tersebut..

ajurina@gmail.com said...
i did this for my second year project.. same idea..
November 30, 2006 1:34:00 AM PST


sebagai seorang yang waras.. apakah yang anda faham dengan statement aku tu?

Anonymous said... <-- dahle pakai nama anonymous.. takde name ke?
Ye keee ... tak silap idea ni timbul semenjak adanya kenderaan dan jalan2 di dunia ini, lama dah! Lagipun idea yang mcm ni jugak timbul kat MMU pada tahun 2001 dibuat oleh Pengarahnyerrr sekarang, bole cek rekod kat MMU laaa kot
kalau tak yakin!
<-- elleh ingat aku ade mase ke nak pi cek? aku pun study mmu maa..
Sajerr jerr sebab tak suka org lain amek credit org lain!
eh.. ade ke aku cakap aku nak kredit?
November 30, 2006 2:59:00 AM PST

Tandania Creator said...
second year? what year? i'm first batch MMU. Dan saya jugak buat idea ni masa second year (1999). Rasanya MMU yg first ada course animation nih. apa-apapun, tuhan bagi idea bukan kat kita sorang. Maybe in one time, ada 3 juta orang lain dapat idea yang sama. So, depends kat org yang terima ilham ni untuk buat apa dengan ilham tu. kalau ilham ni datang kat seorang petani, so, apa petani tu nak buat? just borak kat kedai kopi je la kan? bila idea tu datang kat u masa u 2nd year, then u use the idea for your porject. untuk I, I sgt appreciate the idea dan i simpan until i can do something good for it. u get my point kan? you can claim your work as yours but never claim the idea as your. itu hak tuhan. tak perlu kita merebut yang SATU.
p/s: kalau nak untung gak, have u register your work with badan harta intelek? Kalau blum, u're too late, sebab kita dah registar.
November 30, 2006 4:09:00 AM PST

wah-wah siap cakap lagi nak rebut-rebut ni.. aku rase ni dah komen silap sangka yang sangat melampau.. dah register hak milik ko nape nak bising-bising lak ingat aku nak rebut hak intelek?

Anonymous said...
Assalamualaikum.
Saya minat dengan idea ni, tandania. Bila orang lihat papan tanda, mesti ada yang teringat dengan animasi yang kamu semua buat. Tahniah. Ada beberapa soalan yang ingin saya tanya. Boleh jelaskan kenapa bangunan persekitaran bengkang bengkok (distort) bersama dengan orang yang nampak straight/solid ? is this relevant to ur design sense ? because what i learn in university, MMU - if we create a new world (cartoon), the 'living things' must suit style with environment which all make sense, make it sound like it belongs to the world. aku suke design character korang, tapi background distort, character solid, colour background dull, colour character vibrant, macam tak blend. Anyway, good luck with Tandania. :)
- budak MMU.
November 30, 2006 10:42:00 PM PST

tandania creator said...
my fren anonymous,
komen yang bagus. inilah komen yang dicari-cari selama ini. topic tentang design dan artistik value takkan habis jika dibincangkan. apapun saya akan explain kat sini. bila kita memikirkan tentang macamana nak achieve unity, then kita perlukan sesuatu untuk mengikat kesemua  elemen menjadi satu. flat color yang di apply ke semua objek ialah satu ciri yang mengikat keseluruhan elemen yang  ada dalam satu scene. these flat dan solid color berlandaskan konsep tanda yang jugak menggunakan flat color. kalau  awak perasan, dan saya sure awak perasan, most of tanda dalam dunia ni mempunyai kaler yang flat. Ia bukan macam paintings atau photo yang sangat bertekstur. main color untuk kebanyakan tanda biasanya color yg striking. sebabnya, tanda dicipta untuk amik attention org supaya melihatnya. so, kita apply kat main characters. sebab kita nak diorang jadi attention, bukan the background. kalau character ngan bacground sama level kalernya, character akan tenggelam.design world yang agak distort jugak disebabkan kitorang nak asingkannya dengan character. kaler world sumenya pastel, but kelemahan dengan background yang flat kaler nih, untuk sesetengah shot yg close up to background, die akan nampak too flat. apapun, sume design base on ciri2 tanda, simplicity & flat color.
December 1, 2006 1:12:00 AM PST

yeah.. itula yang komen korang cari..


ajurina@gmail.com said...
i just said i did it.. i didn't said i want a credit for it.. did i? did i claim it as my idea.. takde kan? the work itself dan belong to MMU.. bila i tengok this article i teringat project yang i buat 2 years ago..
please don't get me wrong.. saye just nak menyatakan we have the same idea.. and i am very excited when you have it extended to become a tv series.. don't be too emotional. come on.. we studied in the same university.. i have no intention pun nak rebut hak intelek this idea.. sekarang pun i am not in this line (animation) anymore.. well anyway good luck.. hope to see more on this.. :) be profesional..
December 2, 2006 6:56:00 PM PST

Anonymous said...
gotta agree with ajurina,
she didnt claim anything,
more of a FYI rather than I DID THAT!
stop beeing too defensive
other than that all the best
December 3, 2006 8:29:00 AM PST

Tandania Creator said...
yeah. kelemahan writing...we cant see the facial expressions of the person and also the voice tone. sebab tu novel sangat panjang. sumtimes, it spends 2 pages to describe 1 simple thing.
December 3, 2006 5:39:00 PM PST

why nak complicated kan ayat yang memang dan simple.. nak bandingkan dengan novel plak.. i am not a novel writer..

Anonymous said...
try do the same with other professionals or other professional entity, especially on the issue of "I did this before time ..." (of course in writing also) ... then see whhether they'll be defensive or not! On another note, even if it's not in writing, I'm still not sure they'll be ok with it ... tambah2 pulak, a one liner ...! Takde aper, cume suka gaduh2 jerrr ... hehe!
December 4, 2006 2:09:00 AM PST

Anonymous said...
so you choose to be like them rather than accepting ones critism?
or just a plain simple statement which could have mean anything?
and yes we are defensive but ones u added the !! it implies ur screaming and beeing rude
again good luck cause with your attitude ur gonna need it
by the by ur actions are kinda foolish cause let me tell u this, the person that started this comment was intrested in knowing more on ur cartoon, and u just drove her away... smart move people...smart
December 4, 2006 4:24:00 AM PST

Anonymous said...
It's the attitude that get people where there are ... people grow with challenges in front of them and people get stuck if let others fools them around ... interested and fooling around with people's hard work is two different thing ... i like these people's attitude, they got one! By the way, Im in finance and legal but always a fan of the field, that's all!
p/s Then again, a one liner always sound harsh, try to be clearer ... that's probably the lesson!
heh.. mane ko dapat ayat ni? one liner always sound harsh? the real lesson is don't assume!
December 4, 2006 4:59:00 AM PST

yuyu said...
i did't see there is any words picturing 'fooling around with people hard work' in the first comment.. probably you are fooling around with your own words mr anonymous.. now you're teaching lesson here? better get back to your machine and concentrate on your animation.. there will be tons of critics you'll face later..
December 4, 2006 8:16:00 AM PST

Anonymous said...
Im not animatorlahhhhh, not even in the field, dont know how to animate pun, it's just that I have friends doing it and I loved it ... kalau yeee pun, bacalah my p/s ... here I throw it here, "Then again, a one liner always sound harsh, try to be clearer ... that's probably the lesson!" ... meaning that I do acknowledge that there is misunderstanding due to the "one liner" from ajurina which secara "tak sengaja" sparks the whole thing ... sebab ni blog, kalau di ruang chat mungkin tak timbul sbb bole clarify ... hehe! Patutlaaaa UN busy, org memang suker perang laaa sekarang ... siap ada ugut2 siot, eeeee takutnyer!!! ... Mr Anonymous Bin Nostradamus
December 4, 2006 11:02:00 PM PST

aku rase yang ko la orang yang suka buat UN busy.. suke berperang

zalee said...
weh weh..apa gaduh2 nih. buat keje untuk budak2, korang pun mcm budak2. humm... tapi btul gak ek. kalo korang matured sangat pun, jadi boring gak. oklah..keep on gaduh!
December 4, 2006 11:06:00 PM PST

aku said...
maaflah ajurina, masa first baca comment u pon, i dah tak sedap hati jer... sebab minda i cerna sebagai u kata begini:
"Ek eleh.. program tv ni aku buat masa second yer jer.."
Krew tandania plak, gua tau ler lu bengang.. sebab itu hasil kerja lu.. gua yang takde pape ni pon rasa semacam jer.. ni kan plak tuan punya hasil kerja... tapi be professional la... untuk memotivasikan lu.. try search di google rakaman perbualan telefon antara customer tmnet (chinese) dengan staff tmnet (indian). selambe badak jer staff tu layan chinese yang macam nak makan orang tu... heheh
//mungkin ajurina agak terkilan sebab orang lain buat duit dengan idea yang sama... ;)
statement ni merupakan fitnah.. kenape aku nak kisah die buat duit dengan idea ni.. helloo.. animasi ni belum lagi masuk RTM.. kalau aku nak buat duit sama pun aku dah bukak production house sendiri..
//i'm not the animator, bleh lihat blog saya yer..
kalau ko bukan animator sebok2 kat sini kenape?
December 9, 2006 5:11:00 AM PST

again ada orang yang tak berkenaan lak nak campur tangan.. pastu tuduh melulu..

aku said...
ops.. lupe lak my profile tak leh view.. ni alamat blog aku: aku-san.blogspot.com atau mudahnya enaku.com
December 9, 2006 5:12:00 AM PST

ha ni lagi nak publisiti murahan..

ajurina@gmail.com said...
i did this for my second year project.. same idea..
November 30, 2006 1:34:00 AM PST

maybe aku patut gantikan ayat diatas dengan
'i did this masa project second year, pasal papan tanda jugak, tapi i buat buruk gile.. simple je.. dapat C+ je tau' atau

'eh cantikla.. i pernah buat animation ni dulu mase zaman study.. tapi i rase u buat lagi bagus dan cantik'

mungkin kalau aku tak dikenalkan dengan link blog tu mesti mende ni tak terjadi.. atau kalau aku pakai ayat sangat jaga hati diatas derang akan jawab dengan budi bahasa yang elok.. if you want cheap publicity? u've got it.. silelah lawat blog ni yer tuan-tuan dan puan-puan.. tandania.blogspot.com

secara waras aku beranggapan meraka ini mulanya silap paham.. kalau setakat nak mempertahankan hak intelek tu aku paham sangatla.. memang perlu dipertahankan.. so kenape nak jadikan mende ni satu isu.. animasi korang pun blom kuar RTM lagi nape nak berlagak sangat? takleh ke jawab secara elok.. welcoming your wannabe fans.. ni fans pun blom tau lagi ade ke tak.. and u just drove away a few people yang baru nak get interested in your animations.. aku boleh accept yang korang terasa terancam dengan statement aku yang tidak berintonasi dan tak berfacial expression tu.. tapi pelakon-pelakon tambahan yang batu api dan suka percik-percik api tu bagi aku tak perlulah kan? did my comment sound harsh atau mengancam periuk nasi mereka? anda fikirkanlah sendiri..

THE REAL LESSON IS DON'T ASSUME!
you're right reza..

11 Comments

12.10.06 (5:02 pm)   [edit]


cemane boleh pileh nak tonton citer ni?
wah.. ni merupakan entry ulasan filem yang pertama officially aku buat.. cemane boleh menonton filem ni? mestila recommended by cik atun.. katanya best filem ni.. penuh dengan falsafah cinta.. teh kata plak kisah ni agak tidak menepati expectation dia.. maka aku pun menonton sendiri dan membuat ulasan sendiri mengenai filem ni secara pandangan peribadi diri ini.. hehe.. filem ni dikatakan mempunyai kisah cinta yang menarik.. mempertaruhkan tema besar cinta sebagai jalan cerita filemnya.. sambutan sangat mengalakkan sebab phone book pun dah penuh.. maka aku dan dua orang teman lagi gamble je pegi kalau ada seat kosong.. kalau tak dapat seat, tengok citer lain pun ok je.. tapi nasib baik ada seat 5 dari depan.. puas hati gak dan selesa menonton.. panggung penuh dengan orang melayu kita yang menyokong filem melayu kita.. tahniah.. untuk diri sendiri juge.. hehe.. so ini ulasan peribadi daripada aku sendiri.. so pendapat takde betul dan salah kan? ni adalah ulasan penuh.. so kalau anda rasa nak tau sendiri kisahnya pegila tonton dulu baru baca dan bandingkan pendapat aku dan pendapat anda sendiri.. hehe

1st impression..
actually nothing much gak yang aku tau pasal filem ni.. tengok poster nampak menarik.. releks dengan background putih.. selalunyer poster movie black background.. warna yang digunakan pun nampak tenang nak sejuk.. mula-mula ingatkan poster drama siri baru atau novel baru.. pasangan pelakonnya pun well-known, gabungan pelakon 3 generasi..

kisah cinta..
filem ni kreatif dan unik.. bukan macam filem cinta yusof haslam.. bukan macam cinta kolestrol razak mohaideen.. bukan jugak macam filem yasmin ahmad yang penuh kontroversi.. jalan cerita keseluruhan filem bertemakan cinta.. cinta dunia.. cinta sesama manusia.. lima kisah cinta yang takde kaitan secara langsung cuma berlaku di kawasan yang agak berdekatan.. walaupun filem ni berlangsung selama 2 jam tapi aku rasa sekejap.. mungkin sebab ada banyak cerita nak dihayati dalam satu masa.. jalan cinta pun tak meleret.. takde la slow sangat sampai bosan.. penonton dijamu dengan dialog-dialog cinta.. something untuk difikirkan dan difahami.. nisbah kekuatan antara 5 kisah cinta agak sama.. mungkin yang paling menarik bagi aku kisah cikgu elyas dan rubiah.. agak menyentuh jiwa dan unik.. takde watak penjahat dalam citer ni.. walaupun khilaf dikira watak jahat sebab kekasih yang meninggalkan teman wanitanya yang telah megandung.. ending ade yang happy dan ada yang anda fikirkan sendiri..

kisah 1 - cikgu elyas, bekas cikgu dan rubiah seorang janda ditinggalkan suami
cikgu elyas yang mempunyai penyakit alzhimer, penyakit nyanyuk dan pelupa singgah dikedai laksa rubiah asyik bertanyakan ah chong baiki jam.. mula-mula nampak macam orang normal.. lama kelamaan sikit sebanyak penonton mula didedahkan dengan keadaan sebenar cikgu elyas.. lakonan rahim razali dan fatimah abu bakar sangat natural.. aku suke.

kisah 2 - dyan dan dhani, adik beradik
adik beradik yang mempunyai cita-cita yang berlainan, si kakak yang bercinta dengan suami orang, berjaya dengan karier dan mahukan adiknya menjadi sepertinya.. tp end up jadi pelukis jalanan.. lakonan nanu dan que haidar sangat berkesan..

kisah 3 - haris, arkitek dan airin, isteri
rumahtangga yang dibina bertahun lamanya berakhir dengan perpisahan kerana kehadiran cinta lain dalam hidup mereka.. lakonan rashidi dan rita biasa-biasa je.. suka sangat dengan adegan haris dengan anaknya dipejabat.. lakonan kanak-kanak tu sangat berkesan..

kisah 4 - azlan, pemilik syarikat majalah dan azura, pembantu kedai buku
azlan yang jauh cinta dengan pembantu kedai buku, seorang yang romantik tapi takutkan publisiti.. jalan cerita kisah cinta ni agak lemah dan kurang diingati..

kisah 5 - arianna, gadis yang datang ke kl mencari teman dan taufik, penulis artikel
arianna yang datang ke kl mencari kekasihnya khalif dan meminta bantuan seorang penulis artikel lurus bentul, taufik.. lakonan syarifah amani selamba dan berani seperti yang biasa kita tonton dalam gubra dan sepet.. cuma lakonan pierre andre agak lemah.. intonasi suara flat.. mungkin nak hayati watak seorang lurus bendul..

lagu..
soundtrack dan lagu pun menarik.. semua lagu slow dan releks..

so?..
so sape yang suka tengok drama yang difilemkan silelah menontonnya di pawagam berdekatan anda ek.. kenapa aku cakap macam drama? sebab filem yang bertemakan cinta ni mempertaruhkan kekuatan jalan cerita cinta sebagai misi utama filem.. kawasan lakonan area kuala lumpur je.. kl sentral, centarl market dan beberapa kawasan sekitarnya.. cinematografi sangat menarik.. lighting pun sama.. so bagi yang sedang bercinta.. atau yang bakal bercinta.. tengokla antara 5 cinta tu yang mana anda pernah lalui.. berapa ramai orang yang sanggup berkorban nyawa demi seorang adik? mampukah anda menghadapi kekecewaan sebuah kebahagiaan yang anda telah lama bina dan hancur sekelip mata? adakah anda cukup kesabaran menjaga ibu bapa bila derang dah tua nanti tambahan pulak yang mempunyai penyakit? adakah anda seorang yang obses terhadap cinta sehingga sanggup mengadaikan maruah diri? dan sejauh mana kejujuran anda terhadap seorang wanita yang anda kata anda cintai? tanya diri sendiri..

interesting quote:
cikgu elyas - isteri bukanlah hak milik.. tapi adalah satu anugerah..

2 Comments

hurmm..

12.09.06 (11:19 pm)   [edit]
kepenatan melanda weekend ini.. sejam main badminton.. 2-3 hari terasa kepenatan.. yelah jarang bersukan.. sekali pulun main.. amek ko.. rase penat bajak sploh petak sawah.. selsema dan demam baru baik.. tp pening-pening terasa.. risau low blood pressure.. kene pi cek dokter nih.. kang penyakit lame muncul balek.. dah ngantuk ni.. kene tido ni.. nite..

0 Comments

biasa dan tak biasa..

12.08.06 (12:01 am)   [edit]

kepejabat seperti jam biasa menaiki kenderaan kebiasaan..
ngantuk jugak seperti biasa di awal pagi..
tengahari tido disurau macam semalam.. dah biasa..
hujan petang seperti biasa walaupun tak sekerap biasa..
petang balek ke rumah.. makan..
main batminton tak seperti kebiasaan.. tapi akan menjadi kebiasaan..
tidur awal... biasakah?

0 Comments

coming 2007..

12.07.06 (1:17 am)   [edit]


new obsession: new tv series 'Heroes', latest episode 11, 12 and will be continue on 22 january next year.. so called x-men plus the 4400.. more details please read www.heroestv.com and reza's blog

kinda tired and a lil bit lazy lately.. i don't know what i've eat or do, loosing my energy easily.. maybe i've missed my supplement since last month.. fever attacks again on and off.. probably because of the monsoon season.. 2007 is coming soon.. in a few weeks.. a few public holidays also hit this december.. maybe i need no unpaid leave this month.. oh ya.. on the 27th of december will be one year i have work here.. still contract basis.. donno till when but i do hope i'll get a permenant one.. alhamdulillah a few things run smoothly.. i ask Him that every day.. mom always call to ask any updated news.. and also my jobless brother asked the same question every call.. i've try my best to help but hope and wait are always dissapointing.. ermm..

3 Comments

rabu dah?

12.06.06 (12:32 pm)   [edit]
hari ni ngantuks yang amats..

1 Comments

what the?

12.04.06 (9:42 am)   [edit]
one message from myspace inbox..

assalamualaikum ajurina
hi really I HAVE NOT been on my dean like Im surpose to but now Im trying harder because I want to find me a wife maybe you can help me assalamualaikum


haritu jobstreet.. now what? agen cari jodoh?

10 Comments

lalang?

12.04.06 (1:51 am)   [edit]


gambar sekadar hiasan..

hiks.. sentap ade org offer jual racun lalang.. baru ku sedar bahawa blog ni lame dah tak apdet.. well.. for the last couple of days i am quite 'busy' with 'things' need to have my attention including works.. since when? hehe.. sejak sedar.. no matter what happen.. kalau kita ikhlas bekerja.. insyaAllah Allah akan murahkan rezeki kita.. that is so true friends..

nothing much happen lately.. cuma agak emosional dengan sikap manusia-manusia yang berlagak hebat dan rude.. tak profesional langsung.. kalau aku panjangkan lagi kat sini memang aku lak yang tak profesional kang.. kalau nak lama dalam industri belajar memberi respon kepada komen negatif dan positif.. jangan berlagak hebat.. idea tu dah kepam.. after 7 years baru nak market? u claim what you said is for the sake of malaysian animation industry? think of it again kalau macam tu respons kepada kritikan.. you do not have respect to your spectators.. kalau macam tu tak kemanalah idea ko tu.. lets see what happen after your series aired on TV..

congratulation to my ex-collegue, suhana.. she is married today and i can't attend her wedding.. nun di yong peng sane.. but i've call her last nite to wish her.. ermm.. other than that i have no mood to elaborate here.. tired all day doing weekend chores.. i wish something will lighten my day tomorrow.. enough for tonite. got to have some sleep..

p/s: my cumi and ciki is getting bigger.. hohoho..

1 Comments

seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community !

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com