sms..

05.01.07 (2:05 am)   [edit]
perbualan sms dengan adik ditranslate ke BM..

adik: thanks mem! aku baru dpt sms ko.. sorry td DIGI takde line
aku: ko duduk tepi gunung mane?
adik: ntahla kat sini semua line DIGI xde.. ramai yang couple dah break
aku: siannyer.. alaa carik jek awek lain.. soh derang pakai CELCOM.. wakakakaka

opss.. iklan ini tidak dibayar siarannya.. sekian..

0 Comments

hiks..

04.28.07 (4:19 pm)   [edit]
happy besday to cik eton.. dah suku abad yer? dah bley kawen dah tu.. hiks.. aku takde komplot menepung tawar ko semalam.. tp komplot kat opis tu aku terpakse.. hiks.. komplot nak tuleh ape jek kat atas kek tu.. neway selamat tua lagi setahun.. semoga dimurahkan rezeki da tercapai segala cita-cita dan impian..

0 Comments

kehilangan..

04.28.07 (4:01 pm)   [edit]
buat seorang teman yang telah kehilangan adiknya khamis lepas.. takziah..
semoga tabah menerima perkhabaran yang mengejutkan itu...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
aminn..

0 Comments

awek cun

04.26.07 (11:28 pm)   [edit]


kembali kepada hobi..

10 Comments

kelaka..

04.26.07 (10:39 am)   [edit]



aku gi tengok sebab tensen tahap gaban.. ketantruman level ke doblas.. so i need samting funny to watch.. so by recommendation dan komen positif dari rakan-rakan sepermainan.. maka tanpa banyak alasan dan soalan, off we went to the mines last night.. full house.. sib baik dah book.. rabu malam.. so rm6 je.. sengkek pun bleh je gi.. demi menonton wayang.. member aku cakap kelaka gile cite ni.. tapi mmg betul.. start title sequence je aku dah nak tergelak cane? pi keje pagi ni pun dok senyum lg.. sampai mcm tu sekali lawak citer ni or adekah aku terlalu tantrum, so any lawak would do, am i? walaupun citernyer tak logik.. who cares.. que haidar tak sangke leh belakon citer lawak.. so klo nak saje-saje fun.. gi la tgk.. jangan meletakkan harapan tinggi sangat ko gelak guling-guling sampai depan screen.. sekian.. :)

0 Comments

jangan ada benci..

04.25.07 (3:59 pm)   [edit]
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak- kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
 
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!

0 Comments

...

04.23.07 (12:05 pm)   [edit]
idle.. until futher notice.. don't ask!

0 Comments

hehe..

04.18.07 (8:23 pm)   [edit]


kelaka..

1 Comments

tipu je..

04.18.07 (11:21 am)   [edit]
Pernahkah anda berperasaan suka kat seseorang tapi perasaan tu tidak lebih daripada hanyalah suka? Setiap hari anda ingin tahu keadaannya dan apa yang dipakainya hari ni. Anda pun pasti dia pun memberikan respon yang baik terhadap kemesraan anda. Kurang bicara tapi bila terserempak anggukan atau berbalas senyuman cukup difahami sesama sendiri. Ada chemistry orang kate. Tapi cannot go beyond that. Ada persamaan dari segi kesukaan dan pendapat tentang beberapa perkara. Tapi ada beberapa perkara lain anda dan dia seperti langit dan bumi. Bila anda teringatkannya anda tersenyum. Hati anda akan berasa tenang. Dia sebagai suntikan semangat tanpa sedar. Hanya itu, tidak lebih. Anda berniat baik yang pastinya. Tiada hidden agenda.

3 Comments

teka teki

04.17.07 (6:28 pm)   [edit]
malas nak apdet.. tapi nak kasi korang teka-teki.. ade yang dah dengar kot, ade yang tau jawapan, yang lain cuba asah minda anda.. hiks

1. Kalau kapal terbang masuk gua, dia kuar kat mane?
2. Dalam banyak-banyak kain, kain ape paling berat?
3. Lagu apa semua orang di seluruh dunia boleh nyanyikannya?
4. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apa beku bila dipanaskan?
5. Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
6. Kenapa cekgu sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
7. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
8. Air ape paling berani?
9. Ayam ape berkaki 7?

Jawapan: Minggu depan

3 Comments

jumaat..

04.13.07 (7:08 pm)   [edit]
make it short and simple..

* aku pow sorang awek ni banje tgk wayang bulan depan since banyak citer bes.. 2 movie tau.. sebab die kensel janji nak tgk wayang minggu lepas.. tak pernah aku pow orang lagi nih.. mrase jd org pertama.. jahat tak?

* sejak aku bela hemster disember lepas.. sekarang ni asyik meletop je... 6 ekor.. 6 ekor.. 3 ekor.. 4 ekor.. 5 ekor. dalam mase terdekat ade lagik nih.. banyak dah kasi orang.. ade yang siap kene makan ngan kucing lagi.. ade yang melarikan diri merayau-rayau dalam rumah.. ade yang jumpe balek.. tapi blom ade yang mati dalam jagaan aku kecuali yang melarikan diri.. sape nak sile booking

* lately malas nak menaip entry.. xde yang menarik pun.. kalo citer pun nobody's care.. macamla aku sorang je kat dalam dunia ni ade masalah..

* kisah opis macam biaserla citer lame.. kisah aku pun mcm tu gak.. tayahla nak tau.. kisah lain pun same je.. lainla kalau aku cakap aku bukak company ke.. aku dilamar orang ke.. aku melancong ke luar negara ke.. atau aku tiba-tiba jadi jutawan ke.. tu baru menarek..

3 Comments

perjalanan...

04.13.07 (1:08 pm)   [edit]
Demi masa yang kita lalui
Perlu dihargai jangan ia dibaziri
Kehidupan yang kita kecapi
Kurniaan Ilahi
Perlu ia disyukuri

Kadangkala kita tak menduga
Ujian berlaku tiap masa


Kuatkanlah usaha
Jangan mudah putus asa
Berserah padanya

Kau pastikan berjaya
Mengharunginya dengan
Penuh keyakinan

0 Comments

cinta mati..

04.13.07 (12:56 pm)   [edit]


siann..

1 Comments

geget belakang

04.12.07 (6:35 pm)   [edit]

teh: backbite tu ape maksudnyeh
aku: backbite tu gigit belakang
aku: cam vampire
aku: opss.. larikkk

backbite - cakap belakang

1 Comments

rabu..

04.11.07 (10:33 am)   [edit]

jika hatimu sepi, bayangkanlah kegembiraan
jika jiwamu resah, buangkan keresahan itu
andai kau tak dapat apa yang kau mahu, ingatlah Allah selalu..

mood - 01%
fizikal - 20%
mental - 65%

0 Comments

Manterra - Bengang

04.10.07 (5:46 am)   [edit]
Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Telah aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan meneggelamkan
Keakuan... aaa... aaa

Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya

Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan

1 Comments

movie lagi..

04.09.07 (9:45 pm)   [edit]


jalan citer agak hampeh.. jgn expect perang macam lord of the ring.. yang aku leh kasi banyak bintang adelah set background, props dan pakaiannyer..

0 Comments

ahad..

04.08.07 (10:12 pm)   [edit]


cube teka makanan apekah ini? hiks.. ni la makaroni bakar yang tak menepati kualiti sirim.. sebabnyer? tawar sket,. dan err. cam tak cukup air kot.. err.. cane tah.. 1st time wat pakai resipi orang kasik.. nanti nak try lagi.. selamat menjamu selera..

2 Comments

friday..

04.06.07 (5:22 pm)   [edit]
Don't seek out other people's faults and backbite about them, especially while forgetting your own faults.

1 Comments

marina's wedding

04.04.07 (1:42 am)   [edit]


kenduri kawin marina di pontian ahad lepas.. penat sangat sampai lupe nak apdet.. kisah selanjutnya sila rujuk sini

4 Comments

another movie

04.03.07 (12:15 am)   [edit]


sweet.. 8/10

4 Comments

seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community !

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com