why me?

09.30.07 (1:09 am)   [edit]
Aku hangin. Gara-gara menginstol CS2 ajuinc aku sakit. Semalam aku dok carik crack untuk Illustrator CS2. Rupanya serial yang aku donlop itu mengandungi sejenis virus kepala trojan yang sangat jahat. Inesen sangat masa mendonlop serial itu. Huhu. Makanya ajuinc aku turn off dengan sendirinya tanpa signal. Siapakah aku tanpa ajuinc? Siapakah aku tanpa internasi? Siapa? Siapa?

6 Comments

yey!

09.28.07 (9:06 pm)   [edit]
Hoyeh! Berjaya mendesign banner baru sempena raya. Sempena Ramadhan takde ke? Tibe-tibe sempena nak raya plak ade. Nampak sangat sakan nak raya. Apa nak jadik ngan korang nih ek? Haha. Hijau mata memandang. Aura pink ketepikan kejap. Pas raya boleh pakai balik. Nape hijau ek? Kalau raya mesti hijau. Tahun baru cina mesti merah. Deepavali oren tak pun hijau gak. Aku try buat kad raya pakai kaler selain hijau. Tapi macam tak best lak mesti kene ade unsur hijau di dalamnyer. Mungkin sebab daun ketupat kaler ijau. Lemang kaler hijau. Lampu raya takde plak kaler hijau. Mesti warna warni. Ermm..

Tadi aku bawak file dari office nak bukak kat pc rumah. Higher version so aku uninstall Illustrator CS aku sebab ade installer CS2 dan CS3. Aku pilih CS3 sebab update la sket kan. Lame dok tunggu pc tua ni load. Sekali kuar satu window ade butang cancel je. Aku tunggu lagi. Tak jalan. Rupanyerhhhh die cakap pc requirement aku rendah. Aku malas nak baca. 512 RAM ke atas. Arkk.. Dem. Lalu aku install je CS2. Ade hati nak install CS3. Huhu. Mase belajar dulu banyak duit nak upgrade pc. Sekarang ni dah keje nak harap aku beli mouse pun berzaman. Monitor 15 inch aku ni pun tahun 2000 punye. Sekarang ni duit guna untuk benda lain lak. Untuk mekap, air minum ikan, makanan hamster, bil-bil, utang belajar dulu, baju-baju keje dan sebagainya. Haha.

Aku tatau ape salah blog aku sampai keen block kat opis. Nanges. Time ngantuk aku takde tempat nak mengadu. Takde peluang aku nak post 4-5 kali entry sehari. Huhu. Oh ya esok adalah HARIJADI AKU dalam kalendar Islam. 17 Ramadhan. Kalau korang nak tau besday kroang dalam bulan Islam sila pegi ke website ini . Aku lahir dalam bulan posa rupanya. Bestnyer. Nape mak aku tak namakan aku Ramadhani. Huh sedapnyer name itu. Oh ya jugak. Arini besday adik lelaki aku no 6. Happy besday. hadiah? Tunggu duit raye kang. Kalau adelah. Hehe.

8 Comments

16 Ramadhan..

09.28.07 (7:58 am)   [edit]
Macam tak caye je aku boleh terbang pulang minggu depan. Seronok? Orang gile je tak seronok. Anak perantauan time balek berayela paling syok sekali. Time masih ada hanya satu destinasi je pilihan untuk bercuti raya dikampung. hehe. Best. Best. Sebagai seorang perempuan bizi nak raye mesti lebih dari lelaki. Bab makanan kitela yang bertanggungjawab menguruskan. Nasib baik yang ada ramai adik beradik perempuan. Samat hari raye. Eh awal lagi ke?

6 Comments

baiii..

09.26.07 (12:08 pm)   [edit]
Krisdayanti - I'm Sorry Goodbye

sebelum bertemu denganmu hidupku bahagia
semenjak bertemu denganmu ku makin bahagia
semakin lama aku semakin tahu tentang engkau
sedikit kecewa ternyata engkau tak baik

pertama-tama semua manis yg engkau berikan
membuat aku merasakan cinta sebenarnya
semakin hari semakin terungkap yg sesungguhnya
ku makin kecewa ternyata kau penuh dusta

reff:
maafkan ku harus pergi
ku tak suka dengan ini
aku tak bodoh
seperti kekasihmu yg lain

terima kasih oh Tuhan
tunjukkan siapa dia
maaf kita putus
so thank you so much
I’m sorry, goodbye

seribu cara kau membuaiku dengan puitis
maybe kau lupa bahwa aku pun juga manusia
yg punya mata, punya hati, dan perasaan
maaf aku pergi dan takkan untukmu lagi

p/s: dengan bangganya aku nak gtau aku tak ngantuk arini.. sebab pagi tadi sahur aku minum neskepe.. tapi aku nak tido gak kang semenet due.. haha

2 Comments

penipuan..

09.26.07 (10:42 am)   [edit]
Aku ade satu crite. Dah lame aku nak tulis kisah ni tapi tak tertulis pasal aku malas. Lagipun aku tengah geram dan marah sangat time tu. So risau aku mencarut yang pelbagai. Disebabkan aku dapat satu email pasal credit card fraud so aku nak tulis gakla pasal pengalaman aku.

Sebelum ni aku pernah dapat email pasal kes penipuan kredit kad nih. So aku alert la jugak sket. Lagipun aku susah sket nak caye orang. Tapi kadang-kadang lurus bendul gak kalau orang tu very cinvincing bercakap. Bahaye! So nak dijadikan crite call pertama aku dapat adalah cuti raya tahun lepas. Sorang minah ni call kate dari syarikat perlancongan nak bagi VIP card untuk 300 pemegang kad kredit bertuah sahaja. Bunyi belakang cam bising gile. Cam tepin kat tetengah orang shopping. Pastu asyik suruh aku kuatkan cakap je. Derang kirenyer on the way nak courier kad tu kat umah aku la. Dalam hati aku terdetik dah eh cemane derang ade details pasal aku. Kalau ade takkan alamat pun tak tau.

So minah tu cam dapat bace kemusykilan aku maka die cakap kami ade alamat cume nak pastikan betul ke tidak je. Die cakap sekarang ni kat mane? Aku cakap kat kampung kat Srawak. Die pun cam diam.. ermmm.. Aku pun cam dah syak something. Sebelum die mintak lebey-lebey aku matikan tepon camtu je. Seharian aku off. Malas nak layan. Aku ni susah sket nak tolak permintaan orang. So baik aku ignore je.

Pastu beberape minggu kemudian ade orang call lagi. No tepon yang lebih kurang. Aku angkat je sebab takut bank call or sesape yang aku kenal call. Situasi yang same. Bunyi bising. Kejap dengar kejap tak. Tapi lelaki lak yang call. Aku cam biaser la matikan je tepon tu. Bile on balik ade 3-4 misscall dari nombor yang berlainan tapi lebih kurang je dan ade satu nombor hanphone.

Aku masih sabar lagi. Beberapa hari lepas tu die call lagi. Aku buat benda yang sama. Sampaila satu hari die call time office hour. Aku dah tau dah derang ni menipu. So aku nekad nak sound die sket. Kali tu lelaki yang call. Very convincing. Aku antara 300 yang bertuah. Die siap ulang. 'Yang bertuah sahaja yer cik'. Bertuahnyer aku.

Aku pun layan la. Mule-mule die confirmkan name penuh aku. Aku mengiyakan. Pastu die tanyer kad aku visa ke masterkad? Aku jawab semua. Die tanyer expiry date kad kad tu. Ini cam dah nak buat transaction je ni. Pastu die tanyer kad aku mule dengan nombor **** or ****. Aku jawab tipu. Pastu die mintak 4 nombor belakang kad. Aku dan panas nih. Aku cakap kenape nak kene bagi? Die kate nak pengesahan je. Aku cakap kalau dah ade maklumat semua tu nape tak pos je kad tu? Die cakap company saye ade nombor telefon cik dan nama sahaja. Aku cakap aku takkan bagi sedigit pun nombor. Mane boleh bagi. Bank pun suruh pegi bank kalau berurusan. Ni senang-senang je awak nak bagi free dengan telefon je. Mamat tu pun cakap 'sukati cik lah'. Bleh plak jawab gitu. Die cakap terima kasih and kasi salam. Sejak aritu dah tak call sampai sekarang ni.

Aku rase ramai dah kena nih dengan pengalaman yang berbeza. So hati-hatila jangan mudah kene tipu.

6 Comments

Berprasangka baik terhadap wanita lambat berkahwin

09.25.07 (3:00 pm)   [edit]
BERKAHWIN lambat atau tidak berkahwin langsung bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita. Perkara itu kerap dibincangkan dari semasa ke semasa kerana timbul keresahan di kalangan sesetengah pihak mengapa keadaan sebegini berlaku.

Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan pa-da 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda iaitu 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.

Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin dengan 68.5 peratus daripadanya adalah wanita.

Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita.

Pada 1991, lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun). Pada tahun 2000 pula, lelaki (28.6 tahun) dan wanita (25 tahun).

Fenomena berkahwin lambat ini memberi tekanan yang lebih besar terhadap wanita berbanding lelaki. Ini disebabkan sikap sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan insan lain.

Ada pelbagai kes dan peristiwa yang membabitkan wanita bujang ini, termasuk dengan janji manis untuk mencarikan pasangan atau berjanji untuk berkahwin yang akhirnya berakhir dengan tragedi penipuan, penderaan, perkosaan dan sebagainya.

Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita yang lanjut usia, tetapi masih bujang dengan ungkapan andartu (anak dara tua) dan andalusia (anak dara lanjut usia), di samping cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka.

Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional.

Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini.

Mereka termasuk kepemimpinan negara, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan masyarakat turut menyuarakan kebimbangan terhadap kadar wanita membujang yang semakin meningkat. Pelbagai cadangan diberikan termasuk menubuhkan agensi mencari jodoh dan poligami.

Yang pasti antara kebimbangan yang diutarakan ialah golongan ini terjebak dengan pelbagai gejala maksiat, ditipu atau diperdaya dan menghadapi tekanan jiwa.

Di antara faktor yang disebut oleh sesetengah pihak terhadap fenomena wanita hari ini yang lambat berumah tangga ialah revolusi pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan kriteria yang terlalu ideal terhadap calon sua-mi.

Faktor lain ialah tiada desakan berkahwin oleh keluarga, kepuasan dalam kerjaya yang menganggap perkahwinan satu kongkongan dan terpengaruh dengan kisah keruntuhan dan penderaan dalam rumah tangga.

Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.

Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang...” – (Surah ar-Rum, ayat 21).

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Wahai sekalian pemuda (pemudi)! Sesiapa di kalangan kamu hari ini sudah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana yang demikian itu mampu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan...” – (Hadis riwayat Mottafaq’ Alaih).

Ayat al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.

Manusia sama sekali tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya upaya dan barulah bertawakal kepada-Nya.

Daripada kita menuduh atau membuat andaian sendiri terhadap fenomena lambat berkahwin ini atau memandang serong terhadap golongan wanita itu adalah lebih baik sekiranya:

- Ada satu badan, unit atau individu yang bersesuaian, sama ada dari jabatan kerajaan atau NGO mengkaji dan membuat analisis yang lebih tepat dan bersepadu terhadap faktor yang memungkinkan berlakunya fenomena ini. Seterusnya, mencadangkan langkah berkesan untuk mengurangkan fenomena ini.

- Masyarakat dapat memainkan peranan positif dengan menjauhkan pandangan serong dan bersangka baik terhadap golongan wanita yang lambat berkahwin. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan, selain membujang.

Sebagai manusia kita tidak boleh menafikan ada insan yang ditakdirkan berkahwin pada usia muda, lewat atau langsung tidak sempat berkahwin kerana dipanggil pulang awal menghadap Allah.

- Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung akan hikmah dan kebaikan dalam perkahwinan. Seterusnya pada usia yang sesuai, contohnya, apabila anak gadis memasuki usia awal 20-an, ibu bapa harus berusaha menjodohkan anak perempuan masing-masing.

Sabda Nabi maksudnya: “Kanak-kanak itu disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh daripada kelahirannya dan diberi dengan nama yang baik-baik, dan dihindarkan dia daripada perkara yang memudaratkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pendidikan akhlak, apabila sampai umurnya sembilan tahun hendaklah diasingkan tempat tidurnya. Apabila dia meningkat ke umur 13 tahun hendaklah dipukul bilamana dia meninggalkan solat dan puasa, dan apabila sampai umurnya 16 tahun, eloklah bapanya mengahwinkannya.” – (Hadis riwayat ibnu Hibban; lihat buku karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan bertajuk Tarbiyyatul Aulad jilid 1).

- Wanita sendiri harus mempelajari dan memahami hikmah atau kemuliaan di sebalik perkahwinan. Antara kelebihan itu ialah:

Menjauhkan diri daripada zina, maksiat dan fitnah. Sabda Rasulullah, maksudnya: “Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat (demikian) akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Ada banyak kelebihan dan pahala menjadi seorang isteri. Sabda Nabi maksudnya : “Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” – (Hadis riwayat Ahmad).

Zuriat penyambung perjuangan – perkahwinan adalah satu ibadat yang darinya akan menghasilkan zuriat penyambung perjuangan dan warisan.

Dapat meningkatkan kematangan, di samping meringankan bebanan. Ia juga membantu dari sudut fizikal, minda dan jiwa pasangan suami dan isteri.

Bagi wanita bujang yang berusaha tetapi masih belum ditemukan jodoh disarankan supaya:

- Bersangka baik terhadap Allah dan melihat masa bujang sebagai masa lapang yang dianugerahkan oleh Ilahi.
- Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.
- Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.
- Memelihara diri daripada maksiat dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat. Contohnya, menghadiri kuliah agama, menjadi ahli mana-mana persatuan yang berdaftar dan menawarkan kegiatan kemasyarakatan atau nahi mungkar.
- Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.

- PENULIS adalah pegawai latihan dan sumber manusia dan boleh dihubungi di wanitajim0@yahoo.com

p/s: saje je ni nak share..

11 Comments

erkk..

09.25.07 (9:12 am)   [edit]
yerkk.. buruk plak rupe banner sempena bulan ramadhan ni.. blasah jek la.. since sementara je.. nanti akan kembali pink.. ahahaha..

penyakit biasa tetiap pagi menular.. secara saintifiknya.. selepas makan memang akan ngantuk sebab proses pembakaran makanan memerlukan tenaga yang banyak untuk digest.. so kene makan makanan yang kurang memerlukan tenaga untuk memecahkan makanan kepada tenaga dan haba.. makan nasik salah satunya memerlukan banyak tenagaa untuk proses pembakaran.. so nak makan ape sahur? haha.. (sila abaikan sekiranya fakta melencong)

ape ni? ari-ari posa citer pasal ngantuk je.. citerla pasal harga hayam naik ke.. pasal kes culik rogol bunuh ke.. pasal gosip ke.. pasal menu-menu bes time bukak posa ka.. tapi aku malas nak citer seme-seme tu.. sebab aku NGANTUK!!

so nak ilangkan ngantuk mari layan lagu nih.. ahahaha.. paham-paham sendirik ek..

Unknown - Kamek Sayang Gerek Kamek

dari pertama kali kamek nangga kitak dolok
sik pernah kamek sangka kita jadi camtok
kitak ngan kawan kitak kamek ngan dak ijal
terpikat nangga muka kitak alu madah ngan ijal

kebetulan juak ijal gerek kawan kitak
kamek sik madah suka dolok nanyak nama kitak
siney kitak diam, alu nya madah di bintawak
sik mok perasan dolok maklomla orang kacak nak

sik lamak kak ya lalu bas kamek datang
no telepon ada lalu telepon kitak petang ya
kelaka punya kelaka kita suka sama suka
sik tauk mek waktu ya perasaan kamek cinta gilak ngan kitak

serious menar kamek waktu ya
malam nuntun apek nengar sidak mukak crita
kamek bergerek dengan bidadari dari syurga
mintak-mintak cinta kita kekal selamanya

boh kawen dolok dia gik maseh nunggu
boh kawen dolok dia gik nak merayu
boh kawen dolok dia gik maseh nunggu
boh kawen dolok dia gik nak merayu

bila nang ok kita slalu lepak dibah belakang SP nang ok
sampey kinek tok kamek maseh ingat eh
setiap kali limpas sia kamek mesti ingat kita ilek sama-sama
kamek orang minum kitak orang besusei
ingat sik usup slalu terjun dalam sungei

lucu menar eh
baju lebor lao masok lam bas
kamek ngaco bisin-bisin kitak agik manas

orang manyak madah kita nang padan
tapi kitak lebih banyak kawan laki dari ompuan
manyak gilak nengar crita kamek sik tahan
kamek coba balas dendam alu keluar ngan ompuan

kitak sik tauk papa diam rumah syikin telipon
alu kitak pegi pasar nemu kamek ngan nurul
kamek ngaku salah kamek
balas dendam sekda bukti
baruk nek tuk kamek nyesal
cinta kitak sekda ganti

boh kawen dolok dia gik maseh nunggu
boh kawen dolok dia gik nak merayu
boh kawen dolok dia gik maseh nunggu
boh kawen dolok dia gik nak merayu

hancur ati tok bila nengar kisah pasal kitak kinek tok
kitak sik kedak marek
mala tukar-tukar gerek
pedih agik bila kamek tauk banyak dari sidak kawan kamek

kempang ati bagi kamek kitak masih belom ada orang ganti
kamek akan tetap nunggu gik nunggu sampey tok ari
agik belom kawen agik belom belaki

boh kawen dolok dia gik maseh nunggu
boh kawen dolok dia gik nak merayu
boh kawen dolok dia gik maseh nunggu
boh kawen dolok dia gik nak merayu

18 Comments

senin..

09.24.07 (11:06 am)   [edit]
ngantuk dan malas super hebat..
duhh..
dah tak layak dilempang lagi nih..
hantar balek umah bagi die tido je..

4 Comments

gerhana

09.24.07 (9:05 am)   [edit]
semalam mimpi gerhana.. rupanya baru ingat arini heroes season 2 kuar.. haha

3 Comments

dulu dan sekarang..

09.21.07 (11:02 am)   [edit]
- mase aku darjah 1 dulu kueh karipap 10 sen sebijik.. pastu naik 20 sen sebijik.. taun lepas masih ada jual kueh 3 bijik seringgit.. semalam kat pasar ramadhan harga kueh-kueh 5 bijik dua ringgit.. taun depan mungkin kueh harga 50 sen seketul..

- kain baju pasang makin murah lak.. tapi harga upah makin mahal.. kat jalan tar ade kain pasang rm10 sepasang.. silap-silap nanti 3 pasang rm10 je.. macam harga kain tuala good morning je..

- dulu mase kecik-kecik mak janji tamat posa hadiah rm30.. seringgit sehari.. gigih penuhkan posa sebab rm30 tu sangatlah banyak dan terasa kaya.. bukak angpau raya dapat rm50 pun dah cam nak pengsan.. bebudak zaman sekarang ni siap nak hadiah henpon sebijik, keta sebijik, percutian 3 ari 3 malam di luar negara..

- dulu mak sebok-sebok order kueh raya, ada yang buat sendiri.. kamila 3 beradik pompuan la yang buat tu.. mak beli bahan jek.. sekarang ni... daripada beli bahan sampaila buat kami plak yang kene.. dah tu masing-masing dah keje.. adik aku seminggu lepas dah sound sediakan bajet utk kueh dan kek raya.. huhu..

- dulu ade orang bagi duit raya... sekarang ni.. aku lak kene bagi duit raya.. pengsanla camni.. huhu.. dulu letak duit 50 sen bebudak tak kisah.. sekarang ni letak duit seringgit pun kate kedekut..

- dulu mase sekolah rendah kami dan semua sepupu perempuan rajin beraya keliling kampung.. tak kisahla kenal ke idak.. sekarang ni dah anak dara.. mak dara pun ada.. jiran sebelah umah selangkah je dekatnyer pun segan dah nak pegi.. sorang tunggu sorang mai umah.. last-last tengok je rancangan kat tv.. kueh raya pun basi..

- dulu sangat gigih pos kad raya.. sekarang ni dah canggih pakai SMS or e-card sahaja.. taun lepas ade ke orang pos kad raya kat aku? ermm sat nak ingat.. huhu

2 Comments

seminggu berpuasa..

09.20.07 (9:56 am)   [edit]
hari ini hari ke lapan berpuasa.. macam biase la.. alhamdulillah masih sihat.. tiada kelaparan yang melampau atau kehausan yang merobek tekak.. tapiiiii.. tekak dah rasa hangat.. pedih.. mata pun dah pedih.. tula makan lagi askrem time bukak posa.. tak mampu rasanya nak demam dalam bulan posa nih.. opis pun sejuk kalah petiaias.. nak pasang unggun api kang kene marah ngan bos..

menurut firasat aku.. harini bakal mengantuk sebab semalam tido kol doblas lebey.. takpe.. ramai offer tolong lempangkan.. takpun aku buat macam biasa.. tido barang semenet dua.. pastu mesti duduk balek ke tempat dengan senyuman kelegaan.. haha

lagu raya dah berkumandang sana sini.. termasuk dalam mp3 list aku.. hehe.. ok mari bekerje.. semoga ramadhan kita kali ini penuh makna...

Kupohon Restu Ayah Bonda

Duhai Bonda..
Duhai Ayahanda..
Dengarlah Rayuan Anakanda
Yang Jauh Dimata

Tanpaku Sedari..
Airmata Kumengalir..
Terdengar Ayat..
Seruan Takbir

Betapa Daku Gembira
Jika Disamping Keluarga
Dipagi Mulia
Hari Raya..

Kanku Sujud Dikakimu
Bila Kita Bertemu
Kanku Cium Tanganmu
Kupohon Restumu
Oh Maafkan Daku
Kesalahan Diriku

Walau Jauh Dimata
Namun Kau Tak Dapat Kulupa
Doaku Sepanjang Masa
Agar Kau Bahagia

Kupohon Restu Darimu
Oh Ayah Dan Ibu
Agar Tercapai Citaku
Membela Nasibmu

p/s: kenapa manusia lebih menghargai sesuatu yang dia telah kehilangan? ermm..

3 Comments

eh?!

09.19.07 (5:14 pm)   [edit]
hari ini adalah hari rabu..
satu mejik telah berlaku kepada diri saya..
kerana tidak perlu menampar diri sendiri..
setelah disiasat rupanya saya telah ketiduran awal semalam

yey arini ada orang ajak menjoin makan mekdi berjemaah..
berbuka puasa bersama awek-awek dan jejaka-jejaka..
mekdi mana? mana-mana jek la..

satu berita gembira telah dikabarkan..
maikel skopil is back in action..
tak sabar nak balek rumah mendonlop episode 1..

cam berminat nak beli hosting..
hosting and domain free aritu dah ilang pi mana tah..
kate free..
so plan cam nak beli taun depan..
senang sket nak host image..
skg ni pakai geocities jek.. leceh..

2 Comments

ZzzZzz

09.18.07 (12:57 pm)   [edit]
saya sangat mengantuk sehingga ingin menampar diri sendiri..

5 Comments

arkkk..

09.17.07 (1:17 pm)   [edit]
menci tau bile penat-penat edit image kat photoshop.. time nak save die cakap not enough memory (RAM).. *&^&^%^%$%$#% <-- ini bukan mencarut..

6 Comments

seken day..

09.14.07 (9:05 am)   [edit]

cun gilak!

ari kedua..
pagi tadi sahur air kosong dan karipap je sebab beberapa menet lagi nak abis waktu.. alarm henpon aku bunyik sampai abis bateri tapi aku tak sedar-sedar.. pagi ni mai keje seawal 7.30.. ramai tak datang lagi dan aku ngantuk sangat dan selsema hebat.. tido jap..

The Lima  - Separuh Masa

Dulu kan dah diberitahu
Jangan menggangu dihujung minggu
Nanti dia akan tahu
Rasa engkau dan aku

Kita suka sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Kerana kita sudah punya
Teman istimewa

* Hanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta
Lebih daripada itu

Hanyalah kekasih separuh masa
Dari isnin sampai jumaat saja
Jangan pula kau mengharap
Perhatian selalu denganku

Jika kau tak terima khabar
Erti dia ada disini
Jangan gatal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja
Itu sudah sering ku dengar
Dari dia yang masih tidak tahu
Adanya dirimu
Ooooo.....

*Hanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta
Lebih daripada itu

Hanyalah kekasih separuh masa
Dari isnin sampai jumaat saja
Jangan pula kau mengharap
Perhatian selalu
Ooo.....

Ku akui ada sesuatu antara kita
Tetapi ku buat seperti biasa

* Hanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta
Lebih daripada itu

Hanyalah kekasih separuh masa
Dari isnin sampai jumaat saja
Jangan pula kau mengharap
Perhatian selalu
Dariku......

1 Comments

macam-macam rasa..

09.13.07 (3:07 pm)   [edit]
arini 1st posa.. terasa aneh sikit dan missing something.. lama pastu baru aku sedar rupanya takleh makan.. so takdela cawan teh kat tepi aku utuk dihirup.. ke toilet  mungkin kurang jugak sebab takde mende nak dikeluarkan.. kalau tak 24 jam minum je keje.. milo, teh, air kosong, jap gi ngantuk minum neskepe plak.. leh gadoh air-air tu dalam perut..

semalam ada gegaran hebat kalau pak ngah tak gtau umah die gegar sampai die larik terjun apartment umah die kompem aku tatau ade gempa bumi petang semalam dalam kol 7 lebey gitu.. kami sedang berada di atas jalan raya time tuh mungkin tak rasa gegar.. kalau rase pun mungkin aku pk kereta-kereta yang sangat laju untuk pulang kerumah kerana bini menunggu.. pastuh pagi ni ade gegar lagi lam sebelom kol 8 pagi.. orang lain dah lintang pukang larik turun bangunan kami lek lek kewl je dok lam opis cam takde pape berlaku..

arini sgt ngantok.. takleh nak wat ape selain layan je..

buat seorang teman yang putus tunang.. semoga anda menerimanya dengan tabah.. dan semoga berjaya dalam kehidupan yang akan datang..

0 Comments

babad..

09.13.07 (11:13 am)   [edit]
status gmail babad: ~kita nk lunch apa arinih weh?

ajurina: lunch kat mekdi
babad: apa nk jadi ngan ko nih.. kan bulan ramadhan bulan yg mulia ini, kita diwajibkan berpuasa
ajurina: nape? xmo ke
babad: ish ish ish
ajurina: jgn jual mahal babad
babad: br tgk status aku, dah xtahan dugaan.. ish ish..
ajurina: iksh iksh manade.. aku duga ko je.. ko yg tak tahan dugaan soalan aku.. iksh iksh ape nak jadi nih?
babad: ecececeh kaver baik lak..
ajurina: kene la berbaik dalam bulan posa nih
babad: padahal, tgk status aku, trus trbayang mekdi
ajurina: takla.. mule2 aku terbayang kepsi
babad: aaa sudah
babad: wwahahahahahahaha bodo...
babad: wahahahahahahahahaha
ajurina: eh.. makan kepsi leh bodo ke
babad: aaaaa sudah ju.. sudah aku nk kerja..
babad: ko nk g mkn kepsi..silakan
ajurina: okla bad aku lepaskan ko kali ni
babad: kimsalam sikit kat kawan ko yg glemer itu
babad: eh ko turut glemer
ajurina: sapekahhh?
babad: xperlaa
babad: sampaikan salam aku untuk org2 glemer di sii
ajurina: ecececece.. waalikumsalam
babad: untuk pemegang carta top 40 tblog dan aie, si ikon dunia hiburan
ajurina: wahahahhahaha sudahla bad.. pegila kau dgn mekdi kau

p/s: ayie.. bad kem salam kat ko..

0 Comments

posa eh?

09.13.07 (1:39 am)   [edit]
fakta menarik: 1st entry dibuat di rumah sewa baru.. sakai jap.. haha

macam best je orang dok citer pasal pengalaman posa masa kecik.. aku? takde yang menarik sebab saya anak yang skema sejak kecik.. tak pernah ponteng sebelum akhil baligh.. eh xde ek? tibe-tibe teringat pernah tonggang air sejuk lepas balek sekolah kat dapo.. tak kantoi pliss sbb mak saye sangat percaye kepade saye seorang anak yang baek.. alamak kantoi lak.. time tu kecik lagi.. darjah bape tah.. tak tahan sgt sebab jalan kaki balik sekolah.. on the way terbayang-bayang lak sirap sejuk.. tapi bila dah masuk asrama makin baek.. alhamdulillah sampai skg ni.. hehe..

1 Comments

adilkah?

09.12.07 (1:54 pm)   [edit]
Kenape orang selalu kata kehidupan ini tidak adil? Adil yang bagaimana dikehendaki? Tuhan yang mengatur kehidupan manusia. Apakah mereka bermaksud Tuhan tidak adil? Mungkin untuk kata-kata yang lebih sopan patut gunakan ayat 'tidak bernasib baik' atau 'kurang bernasib baik'. Ada yang mengatakan bahawa sangat tidak adil bagi yang memiliki kekayaan tanpa usaha, memiliki kecantikan dan keindahan rupa, memiliki kasih sayang yang banyak. Tidak adil juga yang sentiasa mendapat peluang tapi tidak dihargainya. Tidak adil yang mempunyai ramai peminat, disukai ramai kerana apa yang dia ada. Walau apa jenis ketidak adilan yang berlaku kepada anda, carilah keadilan dan letakkan diri anda dalam adil. Yang penting berlaku adil kepada diri sendiri.

Cis.. kalau cakap pasal benda yang serius ayat aku terus jadi skema.. Salam Ramadhan semua..

p/s: rumah aku dah ada Streamyx.. yey!.. pesta donlop akan bermula..

4 Comments

patuhi jalan raya.. di bulan Ramadhan

09.12.07 (11:45 am)   [edit]

sila klik untuk lebey jelas..

2 Comments

hahahaha..

09.11.07 (7:12 pm)   [edit]

siapa..
sejambak mawar merah...
harum dikamar hatimu...
hingga diriku disingkirkan..
(jangan caye!)

5 Comments

yang tersirat

09.10.07 (11:18 am)   [edit]
Hidup penuh dengan perkara yang mengejutkan dan yang mungkin kita tidak sangka. Tidak akan meriah hidup tanpa cabaran dan dugaan. Jika dugaan tidak diturunkan kepada diri kita, mungkin dugaan kepada rakan atau orang disekeliling kita. Secara tidak langsung menduga kita untuk respon dan dan bereaksi terhadap perkara tersebut. Kita boleh memilih untuk tidak melibatkan diri dengan tidak mengambil tahu akan perkara tersebut. Boleh memilih untuk terlibat sama, atau hanya menjadi pemerhati bebas. Input tersebut boleh dicerna, dihadam atau digunakan dimana yang perlu.

Adakah anda seorang yang sentiasa berada disisi rakan anda ketika dia mengalami kesusahan? Sanggupkah anda menjadi pendengar setia rakan anda yang ingin meluahkan masalah? Patutkah anda dijadikan teman ketika dalam kesusahan? Atau anda seorang sukarelawan yang membantu dimana saja bila-bila masa walau apa masalah yang dihadapi rakan anda? Atau mungkin juga sikap anda bak menuang air di atas daun keladi? Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. You don't give a damn about it. Well you choose what you want to be. Cuma dalam apa jua hal kedua-dua belah pihak hendaklah adil.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, aku nak mengambil kesempatan meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang membaca:

- pembaca setia blog aku, terutama yang dilinkkan di blogroll di sebelah.. kau tak bangga kalau ade orang cakap bace blog kau macam baca utusan?
- rakan sepengajian di MMU, samada yang masih berhubung atau jarang atau memang dah lama tak bersua muka.. aku tau ade yang baca tanpa meninggalkan komen.. apa jadi kat aku korang akan tau dengan baca blog ni
- rakan chat, samada yang telah bersua atau belum.. samada yang telah lama tidak chat online atau yang dah lama aku ignore.. sorry for that
- anonymous.. merujuk kepada sesiapa yang aku tak pernah kenal tapi baca blog aku.. samada terjumpa link time nak search lagu.. atau blog jumping
- rakan officemate.. blog ni dah tiada rahsia lagi.. ade yang tau.. baca jek la kalau rajin.. aku takde gossip terhangat dipasaran nak ditulis.. cuma bebelan tanpa perasaan yang kadangkala tak menarik langsung

Mungkin aku pernah termengata sesiapa kat sini pastu sembunyik keyboard. Ade yang kecik ati ke pasal aku tak update blog atau ade yang menyampah sebab aku taip entry dalam bahasa sarawak. Lagi menyampah asyik tulis entry lirik lagu pastu suke copy paste mana-mana artikel menarik sebab dan takde idea nak buat entry ape. Mintak maaf le.

Ramadhan ni bersama hosmet saye bercadang nak makan buka puasa simple je. Leh caye ke? Satgi pegi pasar malam semua nak beli. Sahur baru masak, masak? Leh ke bangun awal tu? Takpe dah berniat dah tu kire okla. Nak bukak puasa skali sangat dialu-alukan. Semayang terawikh kat mane plak masjid terdekat?

Oh ya sebelum balik bercuti raya aku kene give away anak-anak hamster tu kat orang. Nanti aku cuti raya 2 minggu takde sape nak jaga. So sape yang berminat aku kasi free dengan cage die sekali. Sayang sebenarnya nak lepaskan tapi tak baik menganiaya mahkluk comel kan?

7 Comments

get some sleep

09.07.07 (10:59 am)   [edit]
From here to there to everywhere
And back to Union Square
Where do I get some sleep?
Anywhere the sleep dust lies
It decorates your eyes
Where do I get some sleep?

Stranded in June
Whistling the same old tune
But I do believe I might be having fun
I believe I might be having fun
Impeccably dressed in your second hand vest
We were waiting for the taxi to come

Putting on my daytime eyes
A good enough disguise
Until I get some sleep
Reading out the horoscopes
And using up our jokes
When do we get to sleep?

Stand on the moon
Find the light of my living room
Yes I do believe I might be having fun
I believe I might be having fun
Tune into the station
Make a dedication
This is going out to everyone

This is going out to everyone
This is going out to everyone
Something in the phrasing was quietly amazing
We were waiting for the chorus to come
This is going out to everyone
This is going out to everyone

From here to there to everywhere
And back to union square
Where do I get some sleep?
Anywhere the sleep dust lies
It decorates your eyes
When do I get some sleep?

Stranded in June
Whistling the same old tune
Yes I do believe I might be having fun
I believe I might be having fun
Tune into the station
Make a dedication
This is going out to everyone
This is going out to everyone
This is going out to everyone
This is going out to everyone
Going out to everyone
This is going out to everyone

- bic runga -

click here to listen to the song

3 Comments

7 je..

09.07.07 (10:48 am)   [edit]
*oleh kerana kena tag oleh palie luccadijiwa, maka saya copy paste balik soalan yang pernah saya jawab.. hehe

7 weird things about me.. weird ke? macam alien? maybe la..

- boleh memasak sambil chatting (berlaku kat rumah sewa lame)
bilek aku dan dapo dekat dan bertentangan.. so kalau aku rase ade citer best or gossip, time aku masak pun aku boleh layan.. time tengah tunggu masak aku masuk bilek sambung chat, sedar tak sedar dah 2 menu siap, tapi selalunyer masak bile tak melibatkan ayam or ikan or udang.. satgi bau pasar borong lak kebod aku ni.. hangus? ermm adela sekali.. hehe tp masih boleh di makan.. DON'T TRY THIS AT HOME!

- baca dr belakang ke depan
baca majalah aku akan belek bahagian belakang dulu, nape tah tak taula.. selalunyer melibatkan buku yang nipis, tapi kadang-kadang novel pun aku bace ending dulu.. tak kisah spoil.. sebab aku rase kite akan lebih excited nak tau kenapa mende tu boleh terjadi so kite akan bace sampai abis

- cakap laju
yeke aku cakap laju? maybe excited bercerita or aku nervous.. hiks.. selalunyer dalam tepon la.. sebab aku nak keep it straight to the point sebab bil berjalan woo..

- muka merah
aku sensitif dengan suhu panas dan sejuk, mase duduk hostel dulu hari-hari orang akan tanyer 'wei apsal muke ko merah?' secara saintifiknyer aku pun takleh jelaskan cemane boleh jadi gitu, mungkin sebab banyak kapilari darah dibahagian muka.. ataupun aku sangat pemalu orangnyer sampai muke pun merah.. tapi skg ni dah takde orang tanyer sebab dah tak merah dah kecuali aku sgt marah or malu.. hiks

- ulang lagu sama sampai muntah
bila ada satu lagu yang aku suka sangat aku boleh ulang lagu tu seharian, seminggu sampai aku jemu dan muntah bile dengar balek

- kadang-kadang heartless
aku jarang excited or melompat kegembiraan bila ade orang cube nak suprisekan.. so don't try la

- tak pernah ingat besday
weird ke? aku rase weird sebab orang lain berie ingat besday kengkawan, aku nak bagi adiah? woo tak gigih sangatla.. maybe aku bagi time dah belated or dah dekat tarikh besday orang tu the nexy year..

5 Comments

listening for the weather

09.06.07 (3:35 pm)   [edit]
So I'm listening for the weather to predict the coming day
Leave all thought of expectation to the weather man
No it doesn't really matter what it is he has to say
'Cause tomorrows keep on blowing in from somewhere

All the people that I know in the apartments down below
Busy with their starring roles in their own tragedies

Sunlight sends you on your way
And those restless thoughts that cling to yesterday
Never be afraid of change
I'll call you on the phone
I hate to leave you on your own
But I'm coming home today

And this busy inner city
Has got nothing much to say
And I know how much you're hanging round the letterbox
And I'm sure that as I'm writing
You'll be somewhere on your way
In a supermarket checkout or the restaurant

I've been doing what I'm told
I've been busy growing old
And the days are getting cold but that's alright with me

Sunlight sends you on your way
And those restless thoughts that cling to yesterday
Never be afraid of change
I'll call you on the phone
I hate to leave you on your own
But I'm coming home today
Yes I'm coming home today

I've been doing what I'm told
I've been busy growing old
And the days are getting cold but that's alright with me


Sunlight sends you on your way
And those restless thoughts that cling to yesterday
Never be afraid of change

- bic runga -

4 Comments

gaji oh gaji

09.05.07 (7:00 pm)   [edit]
Gaji oh gaji. Orang lain dah abis membelanjakan gaji tapi aku belum gaji lagi. Gaji lambat ke awal ke same je. Awal gaji awal abis. Lambat gaji lambat abis. Bil-bil yang patut dibayar ade ke kire gaji awal ke lambat? Tapi bila belum gaji bising. Dah gaji diam la kan. Ahahaha. Yang bestnyer jumlah duit aku tak berganjak banyak sejak Jumaat lepas. Weekend makan free (gath). Hari-hari biasa masak dirumah. Tadi lunch ada orang belanja. Itu namanya rezeki murah walaupun gaji lambat.

Puasa dah nak dekat. Lagi seminggu lebey. Sib baik utang semua dah bayar. Tahun ni puasa tempat baru. Raya masih ditempat wajib yang sama. Kecuali aku kene beraya kat rumah mak mertua which is not gonna happen this year. Sebulan lagi boleh balik. Yey

Tadi sempat berbahas dengan seseorang tentang satu topik yang agak sensitif. Buat aku terfikir ada kebenaran dalam kata-katanya. Penantian itu memang menyiksakan. Tapi bila penantian itu berbaloi, siksa pun jadi suka. Haha. Aku bukan mengelak cuma prepare to be better.

2 Comments

kau auraku

09.05.07 (12:29 pm)   [edit]
Malam kehadiran cinta sambut jiwa baru
Telah lama kutunggu hadirmu disini
Namun hanya ruang semu yang nampak padaku
Meski sulit harus kudapatkan

Kerinduan yang mendalam terbitkan hasratku
Sambutlah tangan ini terima janjiku
Rasakan cinta yang tulus lewat aliran darahmu
Menyatu seiring dalam kasih

Reff :
Kau auraku
Oh pancarkan sepercik harapan
Datanglah merasuk menjelma
Meleburkan cinta
Kubawa kau terbang
Menembus awan yang beriring
Kembangkan senyuman
Bagai bunga .. bawa keindahan

Tak dapat kusangkal adanya dirimu
Yang selalu menaungi
Pikiran batinku ingin miliki hatimu
Takkan pernah terlepaskan
Kupersembahkan semua padamu

Reff :
Kau auraku
Oh pancarkan sepercik harapan
Datanglah merasuk menjelma
Meleburkan cinta
Kubawa kau terbang
Menembus awan yang beriring
Kembangkan senyuman
Bagai bunga .. bawa keindahan

- ada band -

0 Comments

tag diri sendiri

09.04.07 (10:43 am)   [edit]
walaupun melal tak tag aku tapi aku dapat rasekan die tag aku.. ahahahaha

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
yus, amad, sya

2. YOUR MAIN RINGTONE?
harry potter since last 2 years

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
tido dah sebab ujan lebat

4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
8 orang aweks dan sorang jejaka, tgk fireworks, di cyberjaya

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING NOW?
black

6. THE LAST THING U DID?
sarapan di pantry opis

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
keys, money and handphone

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
orange

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
cukup untuk makan seminggu sebelum dapat gaji, huhu

10. HOW'S LIFE?
so far just okey

11. YOUR FAVORITE CITIES?.
my hometown

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
kalau belum gaji dok umah je

13.WHEN THE LAST TIME U MEET UR MOM?
last june

15. WHEN DID THE LAST TIME U TALKED TO UR PARENTS?
yesterday

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
yus

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
at home, masak

18. THE LAST SURPRISE U'VE GOT?
last august, an optimus prime

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
cds

20. WHO IS YOUR BEST FRIENDS?
everybody

21. WHO IS UR BF/GF
everybody

22. WHAT DO U FEEL NOW?
feeling of tuesday morning in the office

23. WANNA SHARE WIT WHO?
sape nak?

24. WHO KNOWS UR SECRET?
myself

25. THEY KEEP UR SECRET?
of course

27. ARE U ANGRY WT SOMEONE?
not yet

28. WHAT DO U ORDER AT MCD?
chicken foldover

29. THE LAST TIME U FEEL SO SAD?
yesterday, sebab kene tunggu beberape hari lagi baru dapat streamyx

30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
lebih sihat daripada hari ini

sebelum aku lupe aku nak tag kat sesape yang nak tag diri sendiri.. tiada paksaan.. kalau leh wat aku kasi adiah misteri.. ahahahaha

6 Comments

updates..

09.03.07 (11:44 am)   [edit]
Oh mata saya bengkak. Ada orang perasan walaupun saya telah mekapkan. Semalam ketika hendak tidur mata saya super gatal lalu menggosok mata dengan hebat. Kesannya? Pagi ini mata bengkak. Tangan kanan saya juga sakit kerana penat membakar ayam dan udang BBQ. Tangan kiri juga sengal kerana lense digicam enchek dome sangat berat. Giga gath kali ni memang best. Dapat tiset free. Makan kek. Gelakkan orang main kayak. Amek gambar pakai kemre hebat enchek dome punyer (www.digitaldome.org)



Saya mengantuk. Seharian penat bergumbira bersama kengkawan disambung pada malamnyer pula menonton bungapi bersama awek-aweks. Gambar? Tak sempat nak snap sebab kemre pun tiada. Huhu. Penonton tak seramai malam sebelumnya. Mungkin ramai yang membatalkan niat untuk menonton kerana setengah jam sebelum bungapi dibakar hujan renyai-renyai sejak siangnya.

Oh ya hari ini talian internet akan dipasang setelah mengomplen hangin dengan hebat. Satu lagi kemajuan selepas mendapat sebuah TV dan dapur gas. Haha. Yeyeyeyeye!

Oh ya entry merdeka saya telah lupa post Khamis lepas. TAHNIAH MALAYSIA ATAS KEMERDEKAAN TAHUN KE 50. Semoga kekal merdeka sampai bila-bila dan diberkati dunia dan akhirat. Dikurniakan keamanan dan kesejahteraan.

Walaupun kecik hadiah itu sangat bermakna. Yang penting dia menepati janjinya :).
Awek itu tak marah seperti yang aku fikirkan. Rupanya dia bizi amat.

Saje nak update kan TV series yang digemari.
Prison Break - Season 3 coming this September 17
Heroes - Season 2 coming this September 24
Lost - Season 4 coming Feb 2008 end 2010 (arghh lamenyer lagi)

Wishlist:
Bourne Ultimatum (Matt Damon)
The Invasion (Nicole Kidman)
Spongebob Squarepants The Movie
Rattouille

'Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan'



7 Comments

seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community !

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com