duh..
game itew..

Ini adalah game itek (farm frenzy) screenshot curik dari blog ngah.. since ramai yang tanyer game apekah? so nak main gak sile amek kat sini dan menyahut seruan Ngah bermain game ini. Lepas main ni kalau ketagih sila salahkan Ngah beramai-ramai. So play at your won risk! Ahaahahaha
apakah?
muzik-muzik 2007
Kategori Etnik Kreatif & Irama Malaysia
01) Samudera / Johan Nawawi / Ahmad Fedtri Yahya / Nora
02) Joget Cinta Sakti / El Widyan / Al Walid & Fajrul Norman Rashid / Haziq & Rosma (yang aku nak terpilih)
03) Nazam Asmara / S. Atan /Siso / Nas Adilla
04) Seteguh Cinta / Hafiz Hamidun / Ito Lara / Waheeda
05) Lagu Penglipur Lara / Julfeqar / Umar Kudat / Farawahida
06) Kasihnya Balkis / Adnan Abu Hassan / Moharis Yaakup / Aishah
07) Suryakanta / Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya / Zehra Zambri
08) Joget Gadis Melayu / Pak Ngah / Siso / Syura
09) Dirgahayu / Radeen Sri / Hairul Anuar Harun / Ramlah Ram
10) Istimewa Tiada Dua / Hazami / Hazami / Hazami & Nice
Ramalan menang kategori: Samudera - Nora
Kategori Balada
01) Bisakah / Aubrey Suwito / Tessh R.S. / Siti Nurhaliza (yang aku nak terpilih)
02) Izinku Pergi / Azlan Abu Hassan / Sulu Sarawak / Sahri
03) Harapan / Hazami / Hazami / Fazli Zainal
04) Sejuta Nafas Cinta / Hazami / Loloq / Fazli Zainal (yang aku nak terpilih)
05) Andainya / Hadi Hassan / J. Looi / Nieyl
06) Mahakarya Cinta / Audi Mok / Mohd. Shariza Shamsiri / Faizal Tahir
07) Kasih Tercipta / Ajai / Shuhaimi Baba / Faizal Tahir
08) Hilang / Audi Mok / Bash / Diddy
09) Paluan Rindumu / M. Nasir / Keon / Idayu
10) Ceritera Cinta / Ross Ariffin / Habsah Hassan / Jaclyn Victor & Lah Ahmad
Ramalan menang kategori: Harapan - Fazli Zainal
Kategori Pop Rock
01) Percayalah Sayang / Vince / M. Zulkifli / Vince
02) Farhana / Denai / Andy Rahman / Jinbara
03) Aku Pencintamu / Ajai / Ajai / Felix (yang aku nak terpilih)
04) Satu Harapan / Audi Mok / Nurfatimah / Jaclyn Victor
05) Itu Kamu / Estranged / Richael Gimbang / Estranged
06) Angan Dan Sedar / M. Nasir / Loloq / Mawi
07) Tiga Malam Tanpa Bintang / Master G / Azmeer / Fiq (yang aku nak terpilih)
08) Janjiku / Tass & Taja / Tass & Taja / Sofaz
09) Sembunyi / Aidit Alfian / Loloq / Misha Omar & Andy Flop Poppy
10) Destinasi Cinta / Lin Li Zhen / PSSN / Siti Nurhaliza
Ramalan menang kategori: Angan Dan Sedar - Mawi atau Destinasi - Siti Nurhaliza
Ramalah Juara Lagu: Harapan - Fazli Zainal
p/s: ni ramalan ikut minat aku je.. ahahaha
rerakan..
tak abis lagik?!
Kerana emo due tige menjak nih aku instol beberapa game yahoo. Pastu gi bace blog ngah ada game farm frenzy dimana anda perlu ada ciri-ciri pencinta binatang. So tak mati pun nak try game yang aku tak pernah main. So aku instol lah dan dah agak aku tidak layak untuk jadi penternak. Kurang dari 20 menet aku sudah bosan menjual telur itik sambil tunggu duit jadi banyak. Pastu kene siram rumput pakai air telaga dimana beberapa kali ceduk air sudah abis. Kene beli air lak. Air telaga kene beli ke? Pastu ada beruang buat onar dan membunuh sekot itik aku. Wahahahaha.. kesimpulannyer.. aku unintall game itu. Ajuinc aku pun dah tua nak main game. Game kecik camtu pun tersekat-sekat gak ape lagi nak instol Diablo?
So aku turun bawah masak sup ayam sambil menonton hindustan. Hum Tum. Lame dah citer nih aku nak tengok, tapi kuar kat TV3 so aku layan je. Lame tak layan hindustan. Sebab ada Rani dan Saif Ali aku pun layan sampai abis. Sedey la jugak kisah percintaan mereke. Ada orang sekali jumpa je boleh jatuh cinta. Ada orang amek masa berkali-kali jumpa baru boleh jatuh cinta. Tu pun tak paham lagi. Ada yang lagi malang hari-hari jumpa pun tak boleh nak jatuh cinta.
Dalam sotkaba semalam ada berita tentang 3 juta rakyat malaysia sakit jiwa. Semua orang berpotensi sakit jiwa kerana tidak semua orang dapat menerima dengan baik dugaan yang berlaku dalam hidup mereka. It is all about how well do you handle your problems. Mari mengkaji contoh-contoh ini:
Kes 1
Situasi: Kereta anda dilanggar oleh apek yang mereverse kereta keluar dari rumah dan enggan mengaku salah.
Jika anda seorang sakit jiwa: Memaki hamun apek tersebut dan mengugut membakar rumahnya. Mencarut dengan pelbagai bahasa. Membaling botol berisi najis itik setiap kali lalu dihadapan rumahnya.
Jika anda seorang yang berakal: Melaporkan kepada pihak berkuasa. Menuntut insuran untuk membaiki kereta anda. Menyerahkan kepada undang-undang untuk menentukan sapa yang benar.
Jika anda seorang yang prejudis: Memaki semua bangsa apek tak kira teman sekelas atau sepejabat. Tidak membeli di kedai yang dipunyai oleh apek.
Jika anda seorang yang kreatif: Pergi ke fun fair menaiki kereta langgar-langgar tanpa memikirkan kerosakan yang ditanggung sebab anda langgar orang.
Jika anda seorang yang beriman: Menerima kejadian tersebut sebagai kesilapan manusia. Bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan ringan. Menganggap setiap yang terjadi ada hikmahnya. Berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan segala kesulitan.
Kes 2
Situasi: Bos anda telah memberikan kerja yang banyak kepada anda tanpa membayar kerja lebih masa
Jika anda seorang sakit jiwa: Memaki hamun sambil membuat kerja. Minum mabuk-mabuk demi untuk melepaskan stress selepas waktu kerja. Memukul anak bini untuk melepaskan marah kepada bos. Mencekik kucing ditepi jalan. Melanggar orang tua melintas jalan tanpa belas kasihan. Menghasut pekerja lain untuk berhenti kerja.
Jika anda seorang pekerja cemerlang: Melunaskan kerja tersebut dengan jayanya tanpa mengomplen atau mencarut dalam atau di luar hati. Menganggap kerja tersebut sebagai satu pengalaman untuk menambahkan lagi ilmu dan meningkatkan mutu kerjaya
Jika anda seorang yang profesional: Bercakap secara bersemuka kepada bos tentang kemampuan anda membuat pekerjaan tersebut. Meminta pembantu atau mencadangkan strategi bagaimana untuk meningkatkan mutu kerja dalam masa yang singkat.
Jika anda seorang yang beriman: Berdoa kepada Tuhan agar dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan
Kes 3
Situasi: Cinta tidak berbalas.
Jika anda seorang sakit jiwa: Menuduh gadis zaman sekarang ni materialistik. Lelaki zaman sekarang ni memilih.
Jika anda seorang prejudis: Menjadi gay atau lesbian. Bersikap anti kaum berlawanan. Menggangu gadis yang lalu lalang di stesen bas. Mempermainkan perasaan lelaki.
Jika anda seorang yang berakal: Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Meningkatkan prestasi diri dan disiplin. Bertukar imej supaya lebih kacak dan tampan, lawa dan jelita.
Jika anda seorang yang beriman: Berdoa kepada Tuhan agar dipertemukan jodoh yang baik. Sembahyang hajat tetiap malam.
Ni sampel yang aku leh kasik. Amacam? Leh jadi pakar kaunseling tak? Haha.
kul..
wtf?!
Bongok. Bebal. Bahlul. Ego. Makan B*** banyak sangat. Tak belajar undang-undang. Takde manners. Tak reti bahase (memang tak reti pun). (*&6^& )_)*&&^% $%%$##$$@@$ %^$# $^#***(( &*(&^%% ********* ********* *** ***** *********************
ape?!

ape tengok-tengok? nak kene lempang laju-laju? meh la.. berani lak nak melawan.. cabut bulu kaki tu kang.. ape? tak nak ngaku salah? meh la lawan sape paling cepat cabut rumput.. oo tau takut.. sebenarnyer aku lagi tension.. so jangan menambahkan megren kepale aku dalam beberape hari nih.. harap paham..
p/s: gambar sekadar hiasan (model: betty kucing elmo)
selamat pengantin baru
hoh?!
Lelaki A: Aku nak carik awek low-maintainance tapi ade kete. (sambil mengusha awek-awek yang lalu-lalang.
Wanita B: Nih ade nih (sambil memuncungkan mulut ke arah Wanita C disebelahnya). Low maintainance. Nak call 3 bulan sekali pun boleh.
Wanita C: Nak lupakan terus pun takpe!
marah..

gambar sekadar hiasan
Pernah tak rasa marah time tengah PMS, pastu campo sakit gigi, pastu plak tengah lapar time tu. Nak tambah lagi baru lepas kene marah ngan bos, keje berlambak dan pening kepale. Mak kat kampong dok call tanya bila nak balik. Kete plak asik meragam. Tapi itu bukan berlaku kat aku. Perasaan nak marah tu lebey kurang camtula aku rasa sejak dua tiga hari lepas. Pastu pulak connection internet slow, asyik dc je pastu lembap nak mampos. Bukan chat pun, tapi aku nak surfing, nak baca apa yang patut, nak download series, movies dan sebagainya.
Aku bukan jenis pemarah aku senang nak naik suara. Tapi kalau aku bebetul marah aku aku membebel merepek sampai semput napas. Tak caye tanyer mak aku. Pernah hangin yang teramat sangat kat sorang adik aku sebab die tak menepati janji. Time tu nak amek kawan aku kat airport. 2-3 ari sebelum tu aku dan pesan berbuih-buih mulut gtau kene ada kat umah nak mintak tolong amek member kat airport. Pastu malam tu bleh plak tak balek dari rumah kawan sampai pagi. Hangin aku orang tak menepati janji walaupun dah pesan banyak kali.
Aku pernah membayangkan aku tumbuk dinding sampai runtuh. Amek parang baling kat batang pokok. Hentak cermin dengan penumbuk. Tumbuk meja. Tapi boleh hilang ke geram tu? Puas hati? Nak mencarut? Sikit-sikitla. Not my type. Dulu cikgu pernah pesan, kalau kita menyumpah atau mencarut sebenarnyer kita mencarut kat diri sendiri. Kene kat diri sendiri balik. Marah cemane sekalipun diam lebih baik. Jangan pendam tapi buang kat tempat lain. Sukatila nak cara cemane sekalipun.
Marah ni sebenarnyer takleh diprovoke. Contohnya sebelum aku taip entry ni tadi aku kewl je. Tapi sekarang rasa cam nak tikam orang. Rasa je. Sebab aku rasa sangat marah. Bukan marah. Cuba bace lek lok ayat tu. So gi minum air sejuk. Setan-setan tengah bakar tu. Ermm.. aku rase kene install balek game Diablo, logik ke?
hanya lirik..
tahukah kamu kuciumimu
di saat terlelap
tahukah kamu kudekap kamu
saat kamu bermimpi
tahukah kamu ya cuma kamu
pemilik hatiku
tahukah kamu hatiku ini
adalah hatimu
tahukah kamu di setiap tidurku
ku kagumi wajahmu
nanti kau kan tahu
nanti kau dengar bahwa aku begitu
reff:
kamu, kamu adalah surga yang ada
dalam hidupku dalam kenyataanku
kamu, aku adalah penghuni surga
ucapkan salam pada hidup dan mati
tahukah kamu saat kamu menangis
adalah air mata ku yang jatuh berlinang
tahukah kamu saat kamu tersakiti
adalah aku yang pertama terluka
tahukah kamu ya cuma aku
yang punya cinta untukmu
tahukah kamu ya cuma aku
yang rela mati untukmu
p/s: jangan terlalu mengagungkan seseorang..
chenta..
btol kata pak ngah: chenta adalah satu perasaan yang hadir pada masa yang betul, dengan orang yang betul dan di tempat yang betul..
summary..
last sunday hari terakhir bulan syawal tahun ni. open house rumah elma dan rumah omar.
kendurik..
sori sesangat kat inaz sebab tak datang kenduri ko kat ipoh. kami janji mai kenduri kat ampang minggu depan. jangan marah k.
spm..
selamat menjawab ketas pekse SPM kat adik bongsu aku. jawab lek lok.
harijadi..
wat mama melor (11.11) dan teteh (12.11) selamat menyambut besday ke-25. semoga panjang umur dan murah rezeki.
entertainment..
sekarang ni tengah melayan heroes, prison break dan csi
Kugenggam awan kelabu
Kugapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan rindumu
Langkah kita makin hampir
Ku tahu kau menunggu ku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi
Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Mengisi hari-hari
Yang indah ini...
Gunung akan kudaki
Lautan akan kurenangi
Dengan memburu mimpi
Yang pasti...
Pintu kini telah terbuka
Kita pasti langkah bersama
Fantasia musim berakhir
Cinta pun berpadu
Hari hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring sehati dan sejiwa
cuba teka lagu ape?
rumah yang dibuka lagi..
Mintak maaf jika ada yang terkurang.. termasen, tertawar or ape bende yang tak cukup. Alhamdulillah semuanya cukup dah abis licin tanpa bukti. Ada yang beria kata nak mai tak datang, ada yang tak datang sebab ujan, ada yang nak mai sesat plak walaupun dah print peta, ade yang langsung tak ingat nak mai, ada yang teringin sangat nak mrasa laksa tak kesampaian lak, ada yang sengaja dtg lambat.. segan katenyer, ada gak yang mai awal, mai lambat, dan ade datang 2-3 kali mai pun ade.. ops. Takpela kami paham.
Walopun makanan tak banyak mana, tapi korang kata sedap and abis lak tu bagus sangatlah. Thanks to hanum and mila kerana menolong mencabut rompot di depan dan belakang rumah. Thanks kepada yang tolong potong ape yang patot, tolong makan dan tolong layan tetamu. Thanks cik sue kerana jadi tukang hamek gamba, Capek sangat sampai demam dah ni. Huhu. Esok ada acara makan-makan lagi. Ah terasa mau menonton wayang secara berkampung.. marii!

menu utama laksa sarawak mari..

kueh mueh bukan beli tau..

ayam dendeng buatan cik tun, nasik hempet, bihun laksa dan isi ayam carik (sila padankan pasangan gambar yang sesuai)

antara jejaka yang hadir..

antara awek-awek cun yang datang.. eh yang baju oren adalah mak kepada salah seorang awek cun itu..

lagi awek-awek dan jejaka cun..

mereke lagi..

cewittt.. anak sapooo la nii..
haih..
kenape mereka?
lighter shades of blues
Izar rakan MMU. masih meneruskan perjuangannya di MMU. Seorang pakar pantun. Suka baca blog die sebab akan ada review mengenai anugerah secara detail. takyah tengok atau termiss pun takpe sebab boleh baca kat blog die.
mempunyai masalah obersiti
Jaa rakan MMU jugak nih. Kalau dok lepak ngan die harus dengar suara dia dalam lingkungan 5 kilometer persegi. Dengar kate die cakap sendiri die dah kurus sket sekarang kerana gigih berjogging. Syabas bete! Dulu pernah membiarkan blog die jadi hutan simpan kejap, pastu kembali menulis walaupun jarang. Entrynya selalu berkisar tentang makian kerja di pejabat, tak mencarut tak sah. Sekali update berkilo-kilo panjangnya.
hantu segala movie
Reza rakan MMU. Movie hantu semua die layan. Especially yang penggal-penggal kepala, siat kulit manusia, gigit kepala lutut dan sebagainya. Entry mostly berkisar tentang awek-awek gojes can meletop, kisah movie dan kisah dunia filem. He don't talk much about himself.
bunga berkembangan
Ina bakal ibu yang comel. Ex-roomate zaman belaja. Kaki shopping dan hebat main bowling. Jarang update blog sejak bergelar isteri. Takpe aku paham. Hehe.
pak ngah chachat
Saipun ini kenal melalui Palie luka dijiwanya. Berkenalan sebab entry blog yang sangat lawak. Seorang yang inesen (katenyer) dan sangat jujur. Single and abelebel lagi (katenyer). Nak layan merepek dan mengarut yang jujur sila lah baca blog die.
lana langsuir
Tiza rakan TKO. Pernah mengadmire aku di ruangan forum. Hiks. Sekarang ni dah tak aktif sangat berforum. Cik Tiza ini suka gelak mengilai kalah pontianak. So jangan buat lawak dengan die time tengah malam. Entry berkisar tentang hati dan jiwanya yang keliru lantas menyambung belajar. Seorang yang suka di ajak berjalan dan senang untuk berurusan.
you me alone
Cik Inaz bakal menjadi isteri orang beberapa hari lagi. Rakan MMU jugak. Pernah berjiran bilik. Seorang yang comel dan suka makan. Boleh ganti Maria Tungku Sabri nih. Bakal guru tadika. Good luck Inaz.
azreen uri ilgi
Cik Azreen rakan MMU. Sangat meminati drama Korea. Bleh tau memalui enrty blog die.
akak kuceng comel
Elma rakan MMU. Akak pencinta kucing sejagat. Pandai bermain gitar, melukis dan membuat flash. Kejap je demam tulis blog. Pastu senyap.
jintan kurang manis
Melal rakan MMU dan bekas hosmet. Berkongsi minat terhadap Maikel Skopil. Seorang yang inesen jugak dan berpotensi bercakap tak serupa yang dipikirkan. Kene sound baru update blog.
bidadari keseorangan
Diella bekas opismate. Juga gemar makan makanan masakan kami (ku dan atun). Pandai menari dan gemar bershopping.
new life bebeh
Roy rakan MMU jugak merangkap opismate. Suka mengusik rakan-rakan opis macam Badd.
basically
Anne rakan sekolah menengah. Sabahan. Lame tak jumpe. Minat sangat kat Siti Nurhaliza. Sekarang minat lagi ke tak sure lak. Suka menyanyi and she update her blgo regularly, so aku leh tau sikit-sikti jugak perkembangan rakan-rakan di Sabah nun.
mental kacau
Fiebie, tak pernah jumpa pun, tapi blog die worth reading walaupun die pondan. Tak caya cuba baca.
lucca dijiwanya
Palie luka dijiwanya dah jadi parut. Kenal melalui deviantart. Nasib baik die tak secacat Pak Ngah. Sekarang ni entry emosi jiwang yang skema dan berkias-kias tentang kehidupan. Gitlah Palie. Paham wei sebab kita sama zodiak. Hehe
aneh tapi spastique
Abah, teman cyber panggil die. Opismate juga student MMU. Suka tengok blog sebab die design sendiri, ada identiti.
perompak alam cyber
Nama sebenar tatau. Ape yang die dah rompak aku pun tatau. Kenal melalui blog Pak Ngah. Rasenyer die tak secacat Pak Ngah.
klik dua kali
Badd yang jahat. Bekas opismate yang sangat nakal mengalahkan Sin Chan. Blog ni die share dengan Eri tapi mereka bukan gay yer. Cuma rakan baik kembar sahaja.
kesejukan..
Nama sebenar pun tatau. Kenal melalui blog Pak Ngah jugak. Ape yang sejuk aku pun tatau. Mungkin die pernah duduk kat Kutub Utara beberapa tahun sebelum pindah ke Kutub Selatan.
life without limit
Encik Wanmus. Kenal sebab die pernah singgah blog. Baru nak berkenalan
me and you
Shamir, a desginer walaupun die belajar elektronik kat unibersiti. Keep up your good work.
rumah yang dibuka..
Time open house la baru jumpe kengkawan yang dah lame tak jumpa lepas grad dulu. Ade yang sibuk kasi kad kawen, ada yang bawak awek, bawak bini dan ada yang bawak anak dah. Ade yang masih macam dulu dan ada yang dah berubah. Ada yang dah tukar keje, ada yang dah jadi bos dan ada yang dah bukak bisnes sendiri. Ada yang telah menemui kebahagiaan, ada yang baru hilang kebahagiaan dan ada yang masih bahagia. Acara makan-makan bersambung esok. cuti Deepavali, Sabtu dan Ahad minggu depan.
henshin..
pagi yang karut
bacalah..

sekadar gambar hiasan
Sekali lagi aku sedar bahawa minat membaca aku sudah turun ke zero level. Apakah kerana mata semakin kabur? Skrin terlalu kecik? Buku terlalu tebal? Tiada isu yang menarik untuk dibaca? Haha. Tiada jawapan. Berkilo-kilo buku yang aku beli di Pesta Buku yang lepas hanya sebuah yang habis di baca. Itu pun buku nipis. Novel mengarut. Mungkin aku lebih suka belek buku yang lebih banyak gambar daripada perkataan.
Sebab buku aku berkaca mata. Sebab buku aku berkanta lekap. Sebab buku aku sampai ke tahap ini. Pernah digelar ulat buku. Masa aku sekolah rendah, bawah bantal mesti ada sebuah dua novel penyiasat remaja. baca sampai abis sebelum tido. I read my own bedtime story. Aku boleh ingat jalan cerita dan bercerita dengan adik-adik dan kawan-kawan beberapa kali. Kuat betul daya ingatan aku. Aku ingat setiap watak, setiap skrip dan boleh bercerita lebih dramatik daripada drama.
Pernah aku meminjam buku hampir 2-3 kali sehari di perpustakaan demi kerana minat membaca. Dulu buku hanya boleh dipulangkan dan dipinjam sebanyak 2 buah dalam masa sehari. Now I can't remember when was the last time I borrowed a book from the library. Ada apa dengan perpustakaan? Now you just can type it on search box of yahoo and google. Still aku masih malas membaca.
Adakah penurunan minat membaca berkadar dengan usia? Mungkin berkadar dengan teknologi. Mungkin jugak berkadar dengan pekerjaan. Marilah membaca. Sekian.

