baru yang baru

12.30.07 (8:10 am)   [edit]


Macam tradisi plak bila semua blogger akan membuat satu entry setiap hujung tahun. Ade ke orang buat entry setiap hujung bulan? Kalau ade confirm entry tu berbaur bila nak dapat gaji, ataupun berbaur teroverdos shopping. Well.. lets have a little summary about year 2007. Alang-alang tahun baru hijrah 1429H, maka termasuk sekali lah nih.

So, aku mengimbas kembali pada Januari 2004 dimana titik mula aku berjinak dalam area blogging nih. I had another account before this one, starting from Jan 2004, so includes skali lah. Why terminate it? That's another story. Ada sorang member kenalkan tblog nih, masetu baru lagi blog ni, so I found it was kinda cool and simple compare to the others.

Maka bermulalah sessi menaip diari di alam maya. Masetu zaman belajar lagi, so kebanyakan entry berbaur emosi terhadap assignment dan lecturer. Setiap entry sangat detail. Ketidak puasan-hati terhadap kucing yang bersenang-lenang tido kat kerusi foodcourt pun aku tulis. Bila baca balik nak tergelak pun ada. Macam poyo pun ade. Ada yang macam aku sendiri pun tak caye aku ke yang tulis nih? Dem! So tak payah nak mengenang benda yang dah lepas. yang baik jadikan tauladan. Yang tak baik jadikan sempadan. Apa project dan misi aku seterusnya? Meningkatkan skill multimedia? menghafal peta dunia mungkin? Atau meningkatkan pesta download Movie dan TV Series?

Ape yang aku achieve selama setahun ni? Well, December ni genap 2 tahun aku keje kat Cyberjaya. Anak ikan aku pun berusia setahun dah. Perkara yang membanggakan.. yang baru.. yang lain? Macam takde. Wishlist yang aku tulis pada Januari 2007 tidak berjaya dan ditunda. Kene buat balance bring forward untuk tahun 2008. Life must go on. Lupakan perkara-perkara yang tak bes. Semoga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberkati dihari yang mendatang.

Ekonomi: Alhamdulillah semakin bijak berbelanja. Tengah kumpul duit nak beli kapal selam
Fizikal: Misi diet gagal je. Mungkin tahun 2008? Maybe
Mental: Matang berkadaran dengan usia. Cuma mungkin kadar sensitiviti semakin menaik. Tapi tetap cool. Hik
Percintaan: Masih heartless
Kerjaya: Ada bakat baru, bakat yang hilang, bakat berendam lama sangat, bakat terpendam dan ada bakat tumpul.
Kehidupan sosial: Sibuk kot so ramai kawan terhilang.
Rohani: Masih sama :(

10 Comments

Jumaat..

12.29.07 (9:20 am)   [edit]
Bergunung mana pun harta,
bukanlah kaya namanya,
jika miskin budi bahasa..

Segagah mana pun diri,
bukanlah namanya pahlawan,
jika nafsu tidak dapat di lawan..

Secantik mana pun rupa nan ayu,
bukanlah namanya ratu,
jika buruk tingkahlaku..

Setinggi mana pun darjatnya,
bukanlah namanya mulia,
jika tiada iman di dada..

Melangit mana pun ilmu,
bukanlah namanya bijaksana,
jika tidak diamal & diguna..

Sealim mana pun warak,
bukanlah namanya ulama',
jika takbur & riak..

1 Comments

25 years, 5 months, 2 weeks, 5 days

12.27.07 (10:58 pm)   [edit]

Ada ketika kita kehilangan kata-kata untuk dituturkan, ditaip, direpekkan, dicarutkan. Kehilangan kata-kata untuk diisukan dan dan dibawa ketengah. Maka ketika inilah diam adalah lebih baik.

1 Comments

bila terbit rasa benci..

12.25.07 (11:51 pm)   [edit]
Benci. Sifat mazmumah yang paling dijaga dari mencambah di dalam hati. Bila terbit rasa benci, menyampah dan meluat mula menempek sama. Sakit hati menyusul kemudian. Tak puas hati, resah dah gelisah menghantui diri. Cepat marah mula jadi kebiasaan. Tak disedari mula menyakitkan hati orang yang tidak terlibat sama. Akhirnya menyesal. Semuanya berpunca dari rasa tidak puas hati dan marah yang tak mampu diluahkan. Ini adalah kisah peribadi yang tiada kaitan dengan sesiapa pun.

------------------------- -----------------------

Cuti. Keje. Cuti Sabtu. Cuti Ahad. Keje. Cuti. Keje. Keje. Keje. Cuti Sabtu. Cuti Ahad. Keje. Cuti. Keje. Keje. Keje. Keje. Keje. Cuti Sabtu. Cuti Ahad. Malas nak jeles orang yang cuti. Kalau aku cuti pun nak pegi mane tah. Aku cepat hangin sekarang ni, so baik aku duduk rumah je jadi katak bawah kain lapik kaki. Mungkin aku perlu bercuti untuk bermuhasabah dan mendidik jiwa supaya lebih suci, aman, tenang, damai, cerah dan sejuk. (dalam misi mencari diri sendiri) Kalau nak ikutkan hati memang nak lenyap je buat sementara waktu, tapi aku ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan dulu. Bermuhasabah diri di Sabah. Macam menarik je.

------------------------- -----------------------

Salam Aidil Adha
Merry Christmas
Selamat Tahun Baru Masihi
Selamat Tahun Baru Hijrah

5 Comments

sedekah..

12.25.07 (5:19 pm)   [edit]
I got it from forwarded email:

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: 'Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.' Dia menyambung 'Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki'

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada RM2 saya sedekahkan RM1. Kalau ada RM40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

'Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.' (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., 'Sedekah yang mana yang lebih utama itu?' Nabi bersabda, 'Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).'

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, 'Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat.'

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

1 Comments

yeh?

12.23.07 (11:31 pm)   [edit]
Nilai sebuah PERSAHABATAN itu tidak hanya diukur dengan penampilan, kata-kata atau kebendaan, tetapi dengan penghayatan, keikhlasan dan kefahaman - A.Samad Saidc

2 Comments

tidurlah.. lupakan sajalah aku..

12.22.07 (12:02 pm)   [edit]
Huhu. Sesape yang gi tengok konsert Dewa 19 esok tolong sampaikan salam aku kat Once yeh. I am not a concert person. Bersesak dalam lautan manusia semata-mata nak tengok penyanyi kesayangan membuat persembahan. Baik aku gi layan mp3 or bidio klip saje. Boleh tengok dengan jelas dan dekat lagik.

So agak bosan sebab ramai yang bercuti sakan lagi, dari cuti raya aji sambung ke cuti krismes dan ade yang abiskan cuti sampai new year. Aku nak sambung cuti? Ke mane? Balek kampong? Public holiday pun tak kemana, ni kan nak mintak cuti lagi. Tak mainla cuti sehari je, baik cuti berminggu-minggu terus. Bosan sebab tak nampak orang ramai online. Ramai tak update blog. Dan tak ramai kereta di jalanraya menuju ke pejabat.

Tahniah kat Eton sebab dah jadi nenek kerana semalam mendapat 3 ekor cucu kaler kelabu. What makes me? Nenek angkat? Bolehlah. Belasah je. Cek beng plak jadi bapak, dapat 6 ekor anak 2 hari berturut-turut.

Sesape yang tak dapat KPLI tu jangan bersedihlah yer. Next time bleh cube lagik.

0 Comments

perasaanku tentang perasaanku kepadamu

12.20.07 (11:21 pm)   [edit]



hai cinta dengarkanlah
aku ingin bicara
tentang aku dan kamu
tentang cintaku padamu

BERSAMAMU KURASAKAN CINTA
BERSAMAMU KUMERASA RINDU
BERSAMAMU KU BISA JATUH HATI
BERSAMAMU KURASAKAN SESUATU
YANG TAK PERNAH KURASAKAN SEBELUMNYA

ini hanya teriakan perasaanku
tentang perasaan ku kepada dirimu
yang semakin hari semakin menjadi
jadi hatiku sudah memilih kamu
menjadi separuh nafasku
dan separuh jiwaku

kamu menjadi bagian hidupku
aku memang laki laki
yang pernah mencintai seribu wanita
dan misterinya
tapi memang begitu berbeda
bersamamu aku merasakan cinta yang lain

(dewa 19)

0 Comments

berkorban atau terkorban?

12.19.07 (10:18 pm)   [edit]
Raya aji tah ke berapa tahun aku tak balik kampong. Kalau raya posa memang wajib balik, belom pernah miss lagik. Nampak macam tak sambut raya korban jek, tapi tetiap raya korban aku berkorban dan terkorban. Juga telah banyak yang aku korbankan. Lembu? Kambing? Biri? Kucing? Arnab? Hemster? Belum sekor pun yang pernah aku korbankan. Hehe. Biarlah Tuhan je yang tahu apa yang aku telah korbankan. Pape pun Selamat Hari Raya Aidil Adha. Eton juga telah balik ke kampongnya selama seminggu. Hari-hari yang kulalui tak seindah selalu. Tiada rakan gosip atau tukang membeli nasik lemak ketika aku menunggu di kereta.

Keputusan yang aku tunggu adalah negatif. Dapat takpe, tak dapat pun takpe. Tau takpe. Dan aku mengabdikan setahun lagi masa dan waktu kepada pekerjaan sekarang dengan penuh dedikasi, jitu, mantap, tertonggeng, hantuk pale kat bucu meja, kerat kuku jari, gigit hujung baju dan sebagainya.

Bercakap dengan dia tak semudah dulu. Tiap kali berbicara, harapannya tentang yang seorang itu terlalu menggunung. Aku nak seseorang itu rasakan ape yang telah aku lalui selama ni. Bukan riak atau takbur, cuma aku adalah susah nak bagi muka. Wakaupun seakan mengguris perasaan dia, tetapi aku kena tegas.

2 Comments

kau peluk aku, sebelum membunuhku...

12.18.07 (9:32 pm)   [edit]
Aku melalui hari-hari yang biasa dimana kepekatan oksigen di dalam darah adalah rendah terutama bahagian otak. Kata Dr. Fadillah Kamsah tadi dalam radio, kekurangan oksigen di dalam darah boleh menyebabkan kemarahan. Sebab tu kalau rase nak marah kene tarik napas dalam-dalam. Kapilari darah dibahagian muka juga mengembang kerana berlaku transaksi impuls berterusan. Liang roma permukaan kulit muka lebih giat merembeskan minyak. Erm.. patutla pompuan PMS suka marah-marah, sebab die kehilangan banyak darah yang beroksigen.

Lately aku rase sangat malas nak berfikir lalu bermain game sehingga mata mengantuk. Tak kesahla main game ape pun. Malas nak berfikir hal remeh temeh yang kelak akan membiakkan rasa benci dan menyampah di dalam hati.

Sambutan Krismes di opis tetiap taun macam biaserlah. Tengah pikir nak taruk gamba ape dalam frame tuh, ermm.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Korban ape tahun ni pun tak tau.

Selamat Tahun Baru.

Aku sedang menunggu satu keputusan esok. Keputusan yang merupakan titik tolak kepada decisions yang lain.

Lately aku nampak true colours sendiri. Rupanya aku adalah seorang prejudis.

Nampak sangat aku dah malas nak menulis kan?

3 Comments

i am legend

12.16.07 (2:45 pm)   [edit]

Mengenai virus, manusia yang menjadi ganas kene infected.. resident evil.. menakutkan.. rating 7.5/10

1 Comments

kawanku kawin..

12.15.07 (10:00 pm)   [edit]

Tahniah buat Noorazzahrawani dan Khairuddin - 15.12.2007, Tapah, Perak.

4 Comments

...

12.14.07 (11:07 pm)   [edit]
nyampah..

2 Comments

mencarut?

12.13.07 (10:28 pm)   [edit]
Pernah tak tercium bau busuk tapi tak tau kat mana puncanya? Puas salahkan benda lain tapi rupa-rupanya ketiak sendiri yang busuk yang amat. Pernah rasa asyik nak makan je keje? Baru lepas makan sepinggan penuh nasik ngan 3 jenis lauk, pastu gi tapau lak nasik ayam bawak balik rumah manelah tau kol 3 petang kang lapar lagi. Mungkin kadar metabolisma orang tu pada haritu adalah sangat tinggi. So tayah heranlah.

Pernah tak korang rasa terlalu sibuk, pastu sangat tak sibuk dalam satu masa. Mesti kompius kan. Sikit lagi boleh jadi gila sampai dah tak dapat nak bandingkan yang mana sibuk mane tak. Yelah Isnin sampai Jumaat sibuk sampai nak garu bontot pun tak sempat. Sabtu dan Ahad lak free gile sampai boleh cabut rumput sambil membaca novel. Tulah kan.. sibuk ke tak tu pilihan masing-masing.

Pernah tak korang cuba sebut satu perkataan berulang kali sampai korang rasa tak pernah dengar pun perkataan tu seumur hidup korang. Permainan itu dinamakan 'see a word with different perspectives' Cubelah.

Pernah tak rasa nak mencarut tapi takde idea nak carut ape? Nak berpuisi bahasa melayu plak fail. Nak buat lawak takde benda plak yang menggelikan hati. Nak bermadah satgi ade yang muntah. Nak membebel buang karan je. Nak bercakap pasal isu semasa? Cam poyo je.

9 Comments

alangkah..

12.13.07 (12:13 am)   [edit]

kepercayaanku jangan dicalari..
kelak sukar lagi diberi..
amarahku jangan dicari..
kelak bertemu sebenar diri..

ketenanganku usah dihampiri..
kemudian nanti biar bersendiri..
kegoaanku jangan dicabari..
yang nampak bukan sebenar diri..

0 Comments

12.11.07 (11:44 pm)   [edit]

3D sangat real, oh ada watak berlawan sambil bogel, dragon was cool, angelina jolie sangat seksi tapi lepas kat wayang sebab 3D, not real human (logik?) dynamic sangat cool, jalan cerita sesuailah untuk 3D.. 8/10 rating..

6 Comments

enchanted

12.07.07 (9:59 pm)   [edit]


really enchanted.. 9/10 rating

7 Comments

tag?

12.07.07 (9:50 pm)   [edit]

Another Friday today. Kat opis banyak keje. Masalah peribadi lagi. Nak wat decision lagi. Nak jaga hati keluarga. Hati sendiri. Ko ingat ko sorang je ade masalah? Oh abaikan, malas nak pikir. Baik gi main game. Game ape plak nak main nih. Oh yer sebelum main game nak jawab dulu tag dari majidul akmal sidek aka fernando ajib. Berani die tag aku. Takpa, jawab je. Layann..

"The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag 8 people at the end of your post and list their names (linking to them).
4. Let them know they’ve been tagged."

Ok ni random fact about me, random ni maksudnyer pape jek la kan..

1. 99% daripada orang yang baru first time jumpa/cakap/kenal dengan aku takkan sangka aku adalah orang Borneo.

2. Dah hampir 13 tahun aku hidup diluar pandangan keluarga untuk jangkamasa lame. Mase form 1-5 duduk asrama nun di Sabah. Lepas SPM, 5 bulan duduk umah pastu sambung belaja di Selangor selama 5 tahun terus keje sini sampai sekarang 2007.

3. Aku mudah diberi kepercayaan. Adala beberapa boyfren member, kalau cakap keluar ngan aku sure kasi nyer sebab yakin aku takkan menodai mereka. Haha.

4. Nampak je garang tapi? Jawab sendiri. Mase sekolah dulu cikgu lantik jadi pengawas sebab aku bengis. Bebudak junior takut, hatta berlanggar bahu turun tangga pun melutut mintak maap. Camni leh jadi ketua mafia la aku. Haha

5. Tak reti mencarut. Kalau mencarut gak memang dah hilang sabar abisla tu.

6. Susah nak surprise. Dulu aku kuat pikiran melayang dan cepat terkejut. Kucing lalu pun leh terkejut kalau tengah berangan. So dulu mase sek rendah abang aku suke amek kesempatan kejutkan aku tgh basuh pinggan sampai satu hari aku hempas mangkuk tu sampai pecah sebab geram. Cuci pinggan pun berangan? Pastu bila dah besar, orang kejutkan cemane pun aku dan takde perasaan. Malas nak terkejut dah.

7. Tak suke bersembang peribadi ditempat public. Aku tak suka apa yang tengah aku bualkan didengari orang yang tidak dikenali.

8. Susah nak marah. Kalau rasa nak marah tu aku walk away terus je. Kalau tengah stress aku tak suke tengok benda bersepah. Dulu mase belajar, lepas teruk kene kutuk masa presentation aku mesti tak lalu makan. So aku balik bilik. Tidur tutup muka dengan selimut. Bila bangun je aku rasa kepala ringan, tak ingat pun kata-kata nista lecturer kutuk projek aku present pagi tu. Oh ya satu lagi nak legakan stress, silalah nangis bawah shower. Korng tak pernah buat ke? Haha.

Nak tag: (pemilihan berdasarkan keupayaan mereka merespon)
cik tun
cik anuman
cik marina
cik teh
cik pidot
en reza
en sejuk
en perampok

4 Comments

tah pape..

12.05.07 (12:28 am)   [edit]
Baru dapat sebahagian gaji. Gi baya tu ini, klik sane klik sini kat maybank2u. Sejumlah duit tadi tinggal beberape hengget je. Patutla gatal tapak tangan kanan, tapak kiri pun gatal. Kurap ke sebenarnyer? Aritu aku ade main klik-klik tapi duit bertambah siot, sampai tak muat bank. Oh yer baru tringat time tu tengah main game itek. Duit masuk beb hasil jualan telur.

+++++++++++++++++++++++++ ++

Keputusan yang aku 2 minggu sangat menghampakan. Sangat. Malas nak pk. Mangsa keadaan? Mungkin.

+++++++++++++++++++++++++ ++

Keobsesan terhadap game itek sudah makin pudar. Dah abis level. Belum ada game lain dapat menambat hati aku selepas game itek. Tak seobses Ngah yang sudah menjadi chachat kerana game itek. Dia mengadu pening kepala salahkan game itek sedangkan sebenarnyer die sudah pregnant 2 bulan.

+++++++++++++++++++++++++ +

"aaahhh aku rindu juger sama Jurina.. walaupon dia nampak series tp dia sgt spastik.. rindunye nak shopping kat jalan Tar time raye.. walaupon dia emo, tp cam klaka jugak.. lame dah x usik ko ju :(" (dari blog marina)

huhuk terharu siot.. ko kate aku spastik tapi emo tapi kelaka tapi series? macam krisis identiti lak.. haha.. chachat kot..

10 Comments

bersama bintang

12.03.07 (8:54 pm)   [edit]

Drive - Bersama Bintang

Senja kini berganti malam
Menutup hari yg lelah
Dimanakah engkau berada
Aku tak tahu dimana

Pernah kita lalui semua
Jerit, tangis, canda, tawa
Kini hanya untaian kata
Hanya itulah yg aku punya

Chorus:
Tidurlah selamat malam
Lupakan sajalah aku
Mimpilah dalam tidurmu
Bersama bintang


Sesungguhnya aku tak bisa
Jalani waktu tanpamu
Perpisahan bukanlah duka
Meski harus menyisakan luka

p/s: thanks la kasi lagu ni.. ubat tido malam..

Aku dah ade akaun Multiply. At last! Wow! Hebatkah? Yela orang lain invite aku sejak 3-4 taun lepas baru sekarang aku gi subcribe. Lepas Frenster Maispes Hi5 tah pape lagik ramai yang invite bende pelik-pelik contohnya Jhoo? What? Facebook? Errr. Sebenarnyer aku subcribe Multiply ni nak donlop lagu jek. Haha

2 Comments

huh?!

12.03.07 (12:05 am)   [edit]
Esok adalah Isnin yang malas. Kene pi keje. Kalau tak pi keje nanti sape nak buat keje? Nanti takde keje cemane company nak dapat duit? Bila dah takde duit takleh nak bagi gaji Takde gaji nanti cemane nak bawa sewa rumah? Nak baya loan kete? Duit minyak lagi. Pastu segala jenis bil dan sebagainya. Kotla tetiba tingin mak makan kepsi sape nak belanje? Ade mekdi kasi free? Ade kedai nak sapot makan sarapan ko tetiap pagi? Kene plak ngidam nak makan pizza hut, sape baik ati nak belanje? Eh motivasi ke tu? Haha. Sesekali kene kasi laser sket baru sedar. Asyik nak komplen je keje, kan? ketuk kepala sendiri. Nite

3 Comments

2007 summary..

12.02.07 (2:16 am)   [edit]
Selamat hari Sabtu. Belum bergaji, penat, emo sket-sket masih, pening kepala.. so jawapannya perlu ada di rumah dan bermain game itek. Game itek pun dah abis semua level aku try kecuali belum semua dapat gold medal. Ngah pun dah rekemen game lain untuk stok di kala bosan. So new year ada sebulan lagi. Cam nak imbas kembali peristiwa yang berlaku sepanjang 2007 dalam hidup aku dan keluarga aku. Eh ade ke? Cam takde je. tayah la citer. tahun 2008 cam nak buat satu anjakan paradigma. Haha yang tu kemudian citer.

0 Comments

seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Bloglah.org : Malaysia Bloggers Community !

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com