eh?

01.31.09 (11:37 pm)   [edit]

Ha! lately banyak benda yang perlu aku pertimbangkan dan perlu dikerjakan. 2-3 perkara yang memerlukan tenaga otak aku dah rasa stress. Maybe sebab selama ni aku jenis pemalas.. malas nak berfikir perkara yang susah. Semua nak pikir senang je. Tapi aku bukan jenis yang amek mudah semua perkara yeh.

Kebanyakkan perkaranya adalah serius. Perkara yang ke arah memerlukan masa yang lebih, penggunaan otak yang lebih dan mungkin aku kena korbankan sikap malas sikit aku tu sikit sebanyak. Dan mungkin perlu korbankan masa berfoya-foya? Arghh nape takde yang mengoffer perkara yang melibatkan hiburan dan keseronokan tanpa memerlukan wang yang banyak? You know what? Maybe this time I have to give it a try. No more predictable me.

Oh ya congratulation kat Puan Siti kerna selamat menikah di Temerloh 2 minggu lepas. Juga Enchek Yusnizam yang menikah hari ini di Shah Alam. Sape plak menikah minggu depan? Kita tunggu dah lihat.

0 Comments

sunshine

01.30.09 (10:20 pm)   [edit]
Natasha Bedingfield - Pocket Full Of Sunshine

I got a pocket, Got a pocket full of sunshine
I got a love an' I know that it's all mine
Oh, oh whoa oh
Do what you want, But you never gonna break me,
Sticks an' stones are never gonna shake me
No, oh whoa, oh

Take me away (take me away)
A secret place (a secret place)
A sweet escape (a sweet escape)
Take me away (take me away)
Take me away (take me away)
To better days (to better days)
Take me away (take me away)
A hiding place (a hiding place)

I got a pocket,
Got a pocket full of sunshine
I got a love an' I know that it's all mine
Oh, oh whoa, oh

Wish that you could,
But you ain't gonna own me
Do anything you can to control me
No, oh No-o

There's this place that I go
Where nobody knows
Where the rivers flow
And I call it home
And there's no more lies
And the darkness is light
And nobody cries
There's only butterflies

The sun's on my side
Take me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright

Download here http://www.mediafire.com/down...

0 Comments

ikan dilanggar todak

01.29.09 (11:41 pm)   [edit]
Hari Rabu lepas dunia seakan-akan sedikit kucar-kacir, diulang.. sedikit sahaja. Dimulai dengan kebanyakan pemandu wanita memandu dengan lalai. Mungkin teroverdos makan limau 2 hari sebelumnya. Atau pun teroverdos cuti rehat yang melampau sambil menonton drama Korea di peti televisyen. Natijahnya, ikan saya telah disondol dengan kasar oleh seekor ikan todak.

Saya berasa amat marah sambil keluar dari perut kereta dan menghempas pintu dengan derasnya. Berbakul-bakul kata makian keluar dari mulut comel saya. Rakan cuba menenangkan saya tapi disuruh duduk diam-diam di dalam kereta. Orang ramai yang sedang membeli sarapan berhenti menyaksikan kejadian tersebut dan cuba memberi sokongan moral kepada saya agar tidak bertindak liar dan diluar kawalan. Akhirnya tragedi tersebut dapat diselesaikan dengan aman. Mujur ibu mengandung dan ibu-ibu yang belum mengandung tidak apa-apa.

note: 80% daripada cerita hanya rekaan semata-mata

2 Comments

lost is back!

01.24.09 (8:50 pm)   [edit]
Sawyer: And why is our camp gone?
Daniel Faraday: Your camp isn't gone. It hasn't been built yet.

Lost Season 5 - Epi 01

2 Comments

far far away

01.21.09 (5:05 pm)   [edit]
Far: kau ni unik
Far: satu dlm 1000
Ajurina: eh
Ajurina: jgnla puji camni
Ajurina: malu nak balek kang
Far: takkosermak uols
Ajurina: space bar ko rosak ke
Far: tak
Far: tp at least aku tak seteruk kau
Far: mila ckp tgn kau dan keybod takde chemistry
Ajurina: yeh
Ajurina: aku dulu fail kimia
Ajurina: tu pasal
Far: -__- <---- die dah malas nak layan aku

aku slalu silap eja pun die kate unik.. aneh

9 Comments

siapa aku?

01.20.09 (3:59 pm)   [edit]

siapa sebenarnya
aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku
padamu

0 Comments

baek..

01.20.09 (12:11 pm)   [edit]

"kita harus heppi...baru la kite mampu heppi kan org lain" kata nun

timaseh nun.. :)

0 Comments

be right back

01.19.09 (10:22 pm)   [edit]
Hi pekabo.. lame tak dengar citer. Eh citer ape eh? Oh rupenyer aku yang lama tak mengkhabarkan berita. Takde yang sensasi cume letey je lately. Biaserla aku, kalau dah tak larat nak pk aku diam la tu. Tahun yang baru pun dah hampir 3 minggu berlalu. Takde misi khusus yang aku pernah gtau. Alah, misi anytime je bole mula, tengah taun? hujung taun? 3 taun akan datang? Haha, nampak cam orang takde wawasan jek. Eh ade, sape kate takde. Salah satunya adalah wawasan 2020. Yeah.. lagi 11 taun tuh.

Maafla kalau ade yang aku tak layan sejak due menjak nih. Aku tak sanggup nak menepis cas negatif atau menukarkannya menjadi neutral dengan tindak balas kimia. Banyak graf kehidupan aku menjunam turun macam kemelesetan ekonomi skg. Ramai pekerja kilang kene buang. Kilang kene tutup. Gaji lambat. Gejala sosial meningkat. Kepala diasak dengan persoalan baru dan isu semasa yang semakin hangat.

Takde aktiviti menarik yang terbaru aku buat selain berdarah idong layan citer drama jepun. Aritu addicted sangat ngan game kat facebook, tapi ilang dah. Game itek ade nombor 3 pun aku kurang teruja. Blom install lagik pun. Aktiviti berkebun pun dah berkurangan sejak bz sket kat opis. Kantoi la kan berkebun time opis. Isk. Bisnes parking kete masih lagik tapi lambat sangat nak kaya aku dah kurang teruja.

Ape yang aku leteykan lately? 2 minggu sudah kene entertain adik aku mai KL saje-saje. Nak menenangkan pikiran katenyer. Elok je masuk kete time jejak kaki kat sini dah dapat call bertalu-talu dari bos die. Baik tayah bercuti. Henpon sampai 3 bijik bawak sini. Konon kate tak berniat nak shopping. Aku rase kalau berniat mau patah kaki aku diheret sana sini. Oh ya, 14 Jan lepas mak aku dapat cucu ke 3. Tahniah lah yer dapat cucu lagi. Bz la mak aku jage cucu. Pastu happy besday kat adik aku 13 Jan, dan bapak aku 17 Jan. Elok la 3 orang sambut besday skaligus.

Sabtu lepas gi teman awek sorang tu gi Midvalley. Temankan die campak resume kat career fair. Manusia berpusu-pusu berhimpit dengan mesra sesak korang yang pegi je tau. Aku? tak bawak pape pun selain diri sendiri. Saje je join orang berhimpitan. Cam bes je kan. Tak lame pun kat situ lalu kami pun mengundurkan diri.

Lagi 2 minggu cuti aku bakal berakhir, pasnih kembali ke alam realiti dimana kita harus berpijak dibumi nyata. Bukan lagi tergilakan Nanba Senpai, Sawada atau Hanazawa Rui. Alamak kantoi lagi. Memandangkan Angkel Husen menang malam tadi, maka aku nak ucapkan tahniah sebab tak bagi Pezal Taher bolot semua hadiah malam tadi sebab aku dengki die jadi kaya lepas kene gam.

Dan kepada manusia yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian orang lain, samada kau sedar atau tidak silalah bangkit dari mimpi-mimpimu. Dunia tak selalunya indah. Nasib tidak selalu menyebelahi kita. Berbuat baiklah sesama manusia.

1 Comments

Boikot AS tidak bawa kebuluran

01.16.09 (5:04 pm)   [edit]

From Utusan today 13th January, 2009
Boikot AS tidak bawa kebuluran

KEKEJAMAN Israel terhadap umat Islam di Palestin bukan perkara baru. Namun serangan yang dilancarkan sejak 17 hari lalu di kawasan penempatan umum membuktikan rejim zionis sebagai manusia yang tidak berperikemanusiaan. Anak-anak kecil yang tidak pernah melakukan penentangan atau menyerang mereka pun menjadi mangsa kekejaman tentera zionis yang turut ‘direstui’ oleh sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS).

Benarlah kata Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu)...(al-Baqarah: 120)

Sebagai usaha membalas kekejaman ketenteraan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan kempen boikot produk AS dan Israel peringkat kebangsaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman bagi memperincikan isu ini.

Ada juga yang skeptikal tentang kesan kempen boikot produk AS yang dijalankan oleh PPIM. Apa pendirian PPIM?

Dr. Maamor: Bagi kita, ada di kalangan masyarakat Islam yang tidak dapat membezakan antara tanggungjawab dan keperluan. Kita melancarkan boikot ini sebagai tindakan ke atas serangan Yahudi ke atas penduduk awam Palestin yang amat tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah mereka boleh melakukan apa yang mereka suka ke atas rakyat Palestin.

Tindakan boikot ini juga dilakukan kerana sejarah membuktikan yang Yahudi ini memusuhi semua tamadun bukan hanya tamadun Islam sahaja. Inilah yang dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 120 surah al-Baqarah di atas.

Akhirnya, boikot ini bertujuan meningkatkan ekonomi orang Islam. Selama ini kita banyak menggunakan produk keluaran AS. Sudah sampai masanya untuk kita mengurangkan pergantungan itu dan mencapai tahap mampu diri.

Keadaan ini membuka peluang kepada usahawan tempatan terutamanya Muslim meneroka dalam menghasilkan alternatif bagi produk-produk yang kita boikot itu. Apabila mencapai tahap pengeluaran yang mampu diri, negara kita akan lebih dihormati. Sebabnya, kita tidak bergantung kepada import makanan dan bahan mentah.

Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan tahap keselamatan negara kerana negara mampu hasilkan teknologi, bahan bakar dan sebagainya sendiri. Kalau kita tidak mulakan sekarang sampai bila-bila pun kita tidak ada peluang.

Ada juga yang bimbang kita akan kebuluran jika boikot produk-produk AS. Adakah ini berasas?

DR. MAAMOR: Saya percaya, boikot yang kita lakukan ini tidak sampai membawa kepada kebuluran.
Yang lebih diharap, tindakan ini mendorong umat Islam menyokong produk-produk tempatan. Sebabnya, barang-barang yang kita boikot ini ada penggantinya.

Antaranya ialah dari segi hiburan. Kita berharap masyarakat Islam dan rakyat Malaysia amnya tidak lagi menonton atau menikmati hiburan yang dibawa oleh AS.

Demikian juga dengan petrol. Boikot mengisi minyak kenderaan di syarikat AS sebaliknya kita ada syarikat minyak tempatan iaitu Petronas.

Boikot juga minum di premis mereka seperti Starbuck. Kita ada banyak kedai dan restoran rakyat tempatan sebagai ganti minum di premis tersebut.

Kita yakin, insya-Allah jika tindakan ini berterusan akhirnya Israel dan AS akan akur dengan kesan kuasa ekonomi ini. Sekarang giliran Palestin tetapi apa yang kita takut selepas ini giliran kita pula.

Apa yang berlaku ke atas Palestin ada hikmahnya. Cuma kita perlu bergerak dan mempersiapkan diri membina kekuatan. Jika sebelum ini, kita beranggapan belum tiba masanya sekarang adalah masanya untuk umat Islam bangkit menghapuskan penjajahan dalam bidang ini.

Sebab itu, kita perlu bersiap sedia. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu. (al-Anfal: 60)

Persiapan ini bukan sahaja dari segi ketenteraan tetapi dalam semua aspek bagi menghadapi serangan musuh-musuh Islam. Pendek kata, umat Islam mesti mampu menjadi saintis yang hebat, sarjana ekonomi yang disegani dan pemimpin dalam segala bidang.

Adakah gerakan boikot ini turut disertai oleh negara-negara jiran?

DR. MAAMOR: Memang PPIM ada berhubung dengan rakan-rakan serantau. Buat pertama kalinya, kita termasuk di Indonesia, Singapura dan Brunei sepakat dalam hal ini.

Baru-baru ini di Indonesia, kita berjaya kumpulkan kira-kira 200,000 orang dan telah kenal pasti produk-produk yang akan diboikot.

Di London pun ada gerakan yang sama oleh para pelajar kita di sana. Malah, minggu lalu saya turut dihubungi oleh radio BBC. Nampaknya mereka sudah mula cemas terhadap tindakan boikot kita.

Saya melihat semua ini sebagai kesan positif kepada perjuangan umat Islam.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana tidak mencintai saudaranya sebagai mana ia mencintai diri sendiri. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Saya suka memberi contoh kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu dibakar oleh Namrud, burung pipit mengambil air dengan paruhnya untuk membantu memadamkan api. Perbuatan itu ditegur oleh burung enggang dengan katanya, usaha kau (pipit) itu tidak mampu padamkan api. Pipit menjawab itu benar tetapi aku lebih takut dipersoalkan oleh Allah kelak kerana tidak berbuat apa-apa untuk membantu kekasih-Nya (Nabi Ibrahim).
Gerakan kita umpama air. Semasa kecil ia tidak mampu mengelak debu tetapi apabila tsunami ia mampu mengubah semua. Sementara menunggu tsunami berlaku, kita kena bermula daripada sekarang.

Isu Palestin ini memerlukan sokongan kuasa besar untuk menyelesaikannya. Apakah desakan selanjutnya yang boleh dilakukan oleh PPIM?

DR. MAAMOR: Kita berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh membantu dengan beralih daripada menggunakan khidmat syarikat AS kepada negara lain antaranya China.

Saya dimaklumkan bahawa ada sesetengah produk keluaran China yang dari segi teknikalnya diterima sebagai lebih baik daripada keluaran AS. Demikian juga dengan produk keluaran Jepun. GLC boleh main peranan yang signifikan kerana jumlah kegunaan mereka adalah besar.

Dalam penggunaan tongkang penunda yang digunakan oleh Petronas misalnya, saya difahamkan syarikat dari China menawarkan perkhidmatan pada harga yang satu pertiga lebih rendah daripada syarikat AS. Jadi tak ada sebab mengapa tak mahu beralih kepada China.

Pada masa yang sama, kita juga mendesak agar kerajaan melalui GLC bersikap tegas kepada syarikat-syarikat AS dalam pemberian kontrak dan sebagainya.

Kementerian Pelancongan juga boleh membantu dengan membuat rating semula kedudukan hotel-hotel yang terdapat di Malaysia. Bagi rating yang tinggi kepada hotel-hotel yang mengutamakan produk tempatan.
Sebabnya banyak hotel antarabangsa yang masih menggunakan barangan negara mereka. Untuk itu, kerajaan boleh memilih hanya mengadakan majlis atau acara di hotel-hotel yang ratingnya tinggi dalam penggunaan produk tempatan.

Barangkali kebimbangan paling besar adalah tindak balas AS terhadap boikot ini lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang merudum. Bagaimana mengatasinya?

DR. MAAMOR: Tidak dinafikan kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kita amalkan konsep walak wal barra. Konsep tolong menolong dan saling membantu sesama Muslim dan bertegas kepada golongan kafir.

Sebagai umat Islam kita hendaklah meletakkan pergantungan yang utama kepada Allah. Allah menyebut yang Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Sebab itu, kalau kita ada kecenderungan bahawa kekuatan diukur pada bilangan yang ramai kita terjerumus kepada jangkaan yang salah. Begitulah yang berlaku pada perang Badar dan Ahzab. Tentera Islam mencapai kemenangan walaupun bilangannya lebih sedikit berbanding musuh.

Sebaliknya, kita kena yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan itu akan diperoleh oleh golongan yang beriman. Golongan kafir pun tahu tentang ini. Sebab itu, sekian lama para orientalis menanamkan doktrin supaya umat Islam sentiasa bergantung kepada AS dan sekutu-sekutunya.

Pendapat mengatakan bahawa dengan menyokong produk tempatan maka pendapatan kerajaan berkurang akibat pengurangan kutipan cukai adalah tidak tepat.

Sebabnya, jika semua orang berbelanja pada jumlah yang sama cuma berpindah daripada produk AS ke produk tempatan ia juga akan meningkatkan perolehan kerajaan. Selain itu, boleh mewujudkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat tempatan. Soal syarikat multinasional gulung tikar itu hanyalah peralihan

0 Comments

bintang menjahit

01.16.09 (10:38 am)   [edit]
Siti Nurhaliza - Di Taman Teman

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku

Percayalah.. kau inderaloka
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini

0 Comments

aaa

01.12.09 (5:59 pm)   [edit]
i need a counselor.. huhu

4 Comments

adoi..

01.12.09 (1:50 pm)   [edit]
beramazing race pada weekend lepas..
sakit betis masih blom hilang..

1 Comments

tersirat..

01.08.09 (2:59 pm)   [edit]
kerana pulut santan binasa..
pastu sile la sambung sendiri..

5 Comments

tah pape

01.06.09 (4:51 pm)   [edit]
Kawan Makcik Som: http://farm1.static.flickr.co...
Kawan Makcik Som: utk itu
Kawan Makcik Som: hadiahku
Kawan Makcik Som: utk mu

Makcik Som: oh shit
Makcik Som: telinga berdarah

Kawan Makcik Som: hahahahhahaa
Kawan Makcik Som: rambut gitu
Kawan Makcik Som: nsem siut

Makcik Som: tula
Makcik Som: dem
Makcik Som: print
Makcik Som: taruk dalam wallet
Makcik Som: setiap kali nak baya berdarah idong

p/s: nama sebenar dirahsiakan untuk tujuan keselamatan

3 Comments

weekend

01.04.09 (5:05 pm)   [edit]

Hanazakari no Kimitachi e


Hana Yori Dango

4 Comments

new year?

01.02.09 (12:15 am)   [edit]
erm.. takde entry new year kot.. cuma teruja dengan pertukaran tarikh..
ketika jam menunjukkan tepat jam 12 malam..
dari sangkar bilik aku terdengar bunyi dentuman bunga api dari kejauhan..
ketika itu aku merenung jam pc..
pling! 31.12.2008 tukar ke 1.1.2009..
awesome!
eh ni bukan entry new year ke?

3 Comments





seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com