chiaki senpai..

04.29.09 (6:54 pm)   [edit]


Ah, comel dan kelaka sangat drama ni. Kalau nak baca details sila bace ini:
wiki.d-addicts.com/Nodame_Cantabile

Nak tengok streaming? Kelajuan dan kualiti gamba boleh tahanlah. Sila tengok sini:
www.mysoju.com/nodame-cantabile

Actually Enchek Remon dah lama bagi anime series ni tapi blom berkesempatan nak tengok. Nak dijadikan citer saja usha kat MySoju tengok citer drama jepun ape tengah high ranking. Nampak Nodame ni macam best je lalu layan lah. Sebenarnyer aku lebih prefer live-action daripada anime. Well it depends dengan lukisan katun dan animationnye. Citer ni aired kat Jepun tahun 2005. Special episode tahun 2008, berkisah Chiaki Senpai dan Nodame sambung belajar di Paris.

Drama ni worth watching. Dijamin. Yang bestnyer muzik okestra klasik Mozart, Beethoven dan lain-lain. Pelakon pun hebat-hebat. Masing-masing ada character menarik sebagai pelajar muzik. Jalan ceritanya adalah kisah pelajar-pelajar di akademi muzik. Watak utama lakonan Tamaki Hiroshi (Tada Kimi Wo Aishteru) dan Uenio Juri.



Chiaki Senpai:
Berkebolehan bermain piano dan violin. Bercita-cita nak jadi conductor okestra. Seorang yang serious, tegas dan perfectionist. Pandai masak. Mase kecik dulu die pernah tinggal di luar negara lepas tu balik ke Jepun. Disebabkan phobia dengan plane accident, he remain in Japan dan sepatutnya die boleh study abroad.

Noda Megumi (Nodame):
Berkebolehan bermain piano. Watak paling menarik dan kelakar. Sangat weird. Belajar muzik untuk suka-suka dan bercita-cita nak jadi cikgu tadika. Bilik bersepah dengan sampah dan suka curi makanan classmate. Happy go lucky dan unpredictable. Accidently jumpa Chiaki yang pengsan mabuk depan rumah die dan rupanya berjiran. Sejak tu Nodame jatuh cinta dengan Chiaki Senpai. Haha. Mereka sangat sweet. Tengok sendiri lah. Aku pun tak reti nak review camne. Ha tengok gamba-gamba ni je. Selamat mencuba menonton! Hee..

Dah berjaya menghasut Mila tengok. Bakal dihasut adalah Melal, Hanum dan Tasha. Haha


4 Comments

nah..

04.27.09 (4:13 pm)   [edit]
Puan Mamatun dah cuti nak bersalin. Jadi hari-hari memandu sendirian merempit di jalan yang sama. Busan juge takde rakan bergosipan bersama Temah berbicara tentang House, Lost, Abg Skopil dan Heroes yang dah hilang besnyer. Dan fuh, alhamdulillah dah settle perkara berwajib untuk bulan ni. Walaupun study last menet, kepakaran merepek terpakse dipakai disaat-saat genting. At least tukang kasi markah terharu sebab effort aku nak tulis gak walaupun agak lari dari soalan sebenar. Takdela merepek sangat. Agak-agakla kalau nak merepek dalam peperiksaan pun. Haha. Takpela yang penting menjawab soalan kan? Tu pun sempat lagi berangan lepas jawab satu soalan melibatkan virtual company. Tetibe berangan ada virtual company sendiri. Abis gak 20 menet berangan ke situ. So marilah berwayang sakan.

Oleh kerana cuaca kepanasan dan hujan sesuka hati, penyakit kepala aku meh kembali. Letih dah memeningkan kepala nih. Rase cam nak mengamok je. Sape ade petua paling berkesan sile kasi aku lekas! Dan buat mase sekarang jangan tanyer soalan berbentuk matematik tambahan kat aku sebab terlalu berfikir akan menambahkan lagi kesakitan ini. Antara soalan yang boleh ditanya adalah 'dah makan?' 'anak kucing sihat?'. Oh dah soalan berbentuk RM pun takleh tanyer sekarang. Timaseh.

Maka tiba jugak 1 Mei. Kepulangan yang ditinggu katenyer walaupun kejap je. Memang buruh yuang berjaya aku nih. Balek kampung time cuti hari buruh lak tu. Takpala. Satgi dok tepon je tanyer bile nak balek. So balek ni pun sekadar menyukupkan syarat. Ongkos tiket pun tak sampai seratus. Macam naik rakit lak. Tapi kalau kapal selam ade lagi bes. Dan setelah segala urusan tu settle, looking forward lak nak settlekan nak memikirkan satu perkara lagik. Tengokla keadaan kepala aku camne. Mampu tak nak pikir mende tu. Nyawa kepala lagi penting nih. Diharapkan sekembalinya dikampung, sakit kepala aku tak bertambah. Mungkin pokok rambutan boleh membantu, atau ketua kampung atau mungkin kene mandi air sungai Sarawak. Uhurmm..

2 Comments

exam mode

04.25.09 (9:06 pm)   [edit]
Organizational Communication... 9-12
Multimedia Authoring... 2-5
wish me luck!

2 Comments

T T

04.25.09 (8:44 pm)   [edit]


Tamaki Hiroshi - Seasons

Soba ni iru mainichi wo
Itsu shika atari mae ni
Kanjite shimatta ka na boku wa
Iroaseta omoide wo
Bonyari to nagamete wa
Shizuka ni kagi wo kaketa

Ikikau hitonami mukou ni
Mada nokoru omokage ga
Tooku ukande kiete iku

Sukoshi zutsu kobareteku ai ni
Kidzukanai furi shite
Oikaketsudzuketa
Setsunasa wo furikiru you ni
"Tachidomaru tsuyosa ga attara"
Sonna yume no naka de irodzukuta hi wo
Miage boku wa tachitsukusu

Ikutsu mo no haikei wo
Nurikaeru you ni shite
Hito wa kisetsu wo meguru

Utsuri yuku sono kurikaeshi ni
Itsuka narete shimau darou
Anata wo wasureru kamoshirenai

Yasashisa wo kirinuita you ni
Motomeatta futari
Sonna kanashimi wo kurikaeshite wa kizutsuki
"Jibun yori anata wo negaou"
Haruka umai koro ni
Okiwasureteta
Yakusoku ga ima yomigaeru

Sukoshi zutsu kobareteku ai ni
Kidzukanai furi shite
Oikakeru hodo ni
Setsunakute mienaku natte
"Tachidomaru tsuyosa ga attara"
Sonna yume wo mae ni
Irodzuku ashita e mata ippo
Boku wa arukidasu

0 Comments

malam yang hangat

04.24.09 (11:29 pm)   [edit]
kipas berpusing pada kadar maksima
daun tingkap terbuka luas, langsir bertutup rapat
cpu menderam lagak jet pejuang
lampu kuning malap satu mentol seperti unggun api
tapi malam masih hangat
diluar angin menghempas dinding rumah
awan dan bintang berselerak dilangit
kereta masih menggelungur dijalan
tapi malam masih hangat
air oren dingin menerobosi tekak
punat remote ditekan-tekan mencari siaran
duduk masih gelisah
dan malam masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hujan

0 Comments

mph warehouse sale

04.23.09 (2:10 pm)   [edit]


sapo nak borong buku tu pegilah.. ape lagik!

3 Comments

er?

04.23.09 (1:57 pm)   [edit]
Fwd: NEED A PAINTER? TRY THIS GUY!

aku baca.. dan otak aku proses..

Fwd: NEED A PARTNER? TRY THIS GUY!

scroll gamba dalam e-mail tuh.. nampak orang tengah cat dinding.. baca lagi skali tajuk e-mmail.. oh painter rupanya.. ISKKKKKKK

0 Comments

thehe

04.22.09 (2:33 pm)   [edit]

kembali lagi

04.22.09 (2:08 pm)   [edit]
Malam ni internet adalah seperti anak siput yang baru belajar mengensot. Saat aku rasa nak bermain piano dengan keyboard, saat tu la ada cobaan dan dugaan tiba. Tadi rasa nak tido, bangkit smula sebab dah berjanji nak menaip sesuatuh malam ni. Oh drama! Dan sepatutnya aku perlu menghadap buku yang dah terbaring di depan mata. Tetapi mengapakah aku masih mengadap kotak nipis bercahaya nih? Sat la.. amek mood dulu yeh.

Ah, aku rase dah pulih dari sindrom 'how can i put into words what i feel'. Btol. Ada banyak benda aku nak cakap dan ceritakan, cuma mesej tu tak mengalir dari otak dan keluar ke jari-jari. Ia stuck kat siku je. Patut aku rasa siku aku bengkak je. Ah, anyway.. hidup ini terasa sungguh kelakar. Ada orang yang kita dah berputus ada kat dia, tapi ada satu hari ni, kita lupa kita pernah putus asa kat dia. Nah! Kecewa lagi sekali. Saje je kan nak toreh luka baru kat luka lama.

Nah, aku terpaksa admit aku depress sejak kebelakangan ini. Tak sangka lak tahun 2009 nih banyak cobaan. Malas nak ngaku tak bersedia sebenarnya. Haha. Gelak kat diri sendiri sendiri jek lah. Pelbagai tekanan halus ditekan ke atas otak comel aku nih. Dah abis berpura macho, berlagak sopan, tidur berterusan dan juga memalapkan lampu tidur, tetapik ianya masih disitu. Lalu dihalau secara baik, dihantar pulang ke tempat asalnya. Semoga ia tidak kembali. Jika kembali juga datanglah melawat sekali sekala dengan buah tangan dan uwang yang secukupnya.

Menceritakan secara detail apakah yang dimaksudkan adalah tidak. Ashamed of how pathetic my little life turns out to be. Biarlah ia lesap dibawak awan ternoda dari pinggir kota cyber yang tak berapa nak berjaya ni. Disebalik garis-garis duka, dicelah-celah kesesakan kota batu ni, marilah sama-sama menangkis daki nakal yang tidak akan putus asa hinggap di kaki.

bersambung.. ZzzZzzzZzz

0 Comments

uhurmm..

04.20.09 (6:43 pm)   [edit]
ingin menulis..
tapi jari-jari masih luka..

1 Comments

adakah kita?

04.07.09 (12:34 am)   [edit]
sekarang bukan mase nak tunjuk sape pandai
bukan mase nak tunjuk sape hebat..
sape lebih kuat, lebih berkuasa..
sekarang bukan mase nak tunding jari kat sape-sape
bukan mase nak gaduh sesama sendiri..
disebabkan perkara yang semua orang pun sedang dan pernah mengalami

sekarang adalah masa untuk bertahan
masa untuk muhasabah diri
kaji semula apa yang berlaku di dalam dan diluar
sekarang masa nak luaskan pikiran yang sempit
masa untuk bukak mata dan minda
berfikir dengan akal dan bukan semata hati
kene kuat mental terutamanya
sekarang lah masanya bangun dari mimpi dan fantasi
bukan lagi hanyut dalam kemewahan dan kemanjaan diri

setiap kesulitan ada kemudahan
setiap dugaan ade hikmah disebaliknya
setiap kebaikan akan dibalas baik
setiap kejahatan ada hukuman
setiap kezaliman ada balasannya

hadapilah dengan senyuman..

renung-renungkan dan selamat beramal  :)

8 Comments

luka..

04.04.09 (12:27 am)   [edit]

Luka - Dayang Nurfaizah

Pabila ku kenangkanmu
Dunia ku gelap gelita
Oh sayangku mengapa kamu
Menghilangkan diri lamanya

Ku percaya suatu masa
Kau akan terjaga dari lena
Selamanyakah kan ku tunggu

Luka...
Pulanglah sayangku kembali segera
Luka...
Sampai hati menghilang tanpa berita
Luka...
Tegarnya kau biarku sendiri merana
Biarku terluka

Kembalikan sinar hidupku
Tanpamu ku hilang arah
Selama ini ku cekal hati
Hanya kerna semangatmu percayalah

Ku pasti suatu hari
Kau kan terjaga dari mimpi
Disini ku setia menanti

Luka...
Pulanglah sayangku kembali segera
Luka...
Sampai hati menghilang tanpa berita
Luka...
Tegarnya kau biarku sendiri merana
Biarku terluka

Luka...
Pulanglah sayangku kembali segera
Luka...
Sampai hati menghilang tanpa berita
Luka...
Tegarnya kau biarku sendiri merana
Biarku terluka

Selamanya ku setia
Walau ku sendiri terluka

0 Comments





seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com