my boss my hero

06.01.09 (1:48 am)   [edit]


Title: My Boss, My Hero
Genre: High School Drama and Comedy
Episodes: 10
Cast: Nagase Tomoya (TOKIO) as Sakaki Makio
Tegoshi Yuya (NEWS) as Sakurakoji Jun
Tanaka Koki (KAT-TUN) as Manabe Kazuya
Aragaki Yui as Umemura Hikari

Sakaki Makio, also known as "Tornado" is a tough 27-year-old high school drop-out. By academic standards, he's pretty dumb. His father decides to force Makio to return to high school to receive his diploma and he asks an old friend who happens to be the principal of a nearby school to admit Makio. If Makio doesn't graduate, the position of boss will be given to his younger brother, Mikio.


Sakura-something


27 years old high school student


the funny pudding fight

2 Comments

bye bye Scofield

06.01.09 (1:30 am)   [edit]


Dengan kematian Micheal Scofield, maka abislah drama Prison Break sampai season 4. Aku tak rasa patut sambung season 5 sebab takde penjara dah nak dipecahkan lagi. Wentworth Miller pun dah bosan asyik lari dari penjara. So biarla die berlakon drama lain plak. Kematian die dalam drama ni berbaloi dengan selamatkan bini dan anaknya daripada dia mati cemtu je sebab sakit barah otak. Bye bye Scofield. Sobs

1 Comments

alive

06.01.09 (1:18 am)   [edit]


Rab Ne Bana De Jodi (A Match Made by God)
Adakah sebab Shah Rukh Khan aku menonton filem ini? Haha. Mungkin. Lagipun dah lama tak layan Hindustan. Faktor pilihan aku yang utamanya adalah pelakon, disebabkan ceritanya lebih kurang sama je. Preditable. Filem ini kisahnya Taani yang terpaksa berkahwin dengan Surinder atas permintaan bapanya selepas lelaki yang bakal dikahwininya mati kemalangan pada hari perkahwinan mereka. Disebabkan jarak umur yang jauh beza, Taani tidak dapat mencintai suami yang terpaksa dikahwininya. Manakala Surinder sudah jatuh hati pada pertama kali berjumpa dengan Taani. Adakah mereka pasangan yang ditentukan Tuhan? Berjayakah Surinder menawan hati isterinya? Boleh agak endingnya kan?

The Other Boleyn Girl
Lakonan mantap Portman dan Johansson. Kisah adik-beradik yang berebut menawan hati Raja Henry dan kepentingan keluarga dengan memberikan waris tahta England. Menarik.

4 Comments

drama addict

05.25.09 (3:17 pm)   [edit]


Title: Ryusei no Kizuna (Japan)
Genre: Suspense and Comedy
Episodes: 10
Cast: Kazunari Ninomiya as Ariake Koichi
Ryo Nishikido as Ariake Taisuke
Erika Toda as Ariake Shizuna

Drama Ryusei no Kizuna (The Shooting Star Bond) adalah adaptasi dari novel oleh penulis novel misteri terkenal Keigo Higashino. Mengisahkan tentang tiga adik beradik yang ditinggalkan oleh ibu-bapa mereka yang telah mati dibunuh dengan kejam. Pada malam kejadian ketiga-tiga adik beradik itu keluar rumah untuk melihat hujan meteor tanpa pengetahuan ibu-bapa.

Mereka berjanji untuk mencari dan membunuh pembunuh yang telah membunuh kedua ibu bapa mereka apabila mereka besar nanti. Kes itu telah tertangguh apabila ketua polis yang menyiasat kes itu bercuti lama kerana anaknya sakit. Masa semakin suntuk untuk mencari pembunuh kerana selepas 15 tahun kes itu akan ditutup. Berbekalkan sekeping gambar suspek dan sekaki payung, mereka menyiasat sendiri kes tersebut tanpa bantuan pihak polis. Dapatkah mereka mencari pembunuh sebenar ibu-bapa mereka?

Drama ini telah memenangi 8 anugerah termasuk Best Drama, Best Actor dan Best Scriptwriter di 59th Television Drama Academy Awards Japan 2009. Bagi saya jalan cerita dan misterinya adalah menarik seolah-olah menonton siri penyiasatan Detektif Conan. Babak komedi diselang selikan dengan babak sedih dan dipenghujung drama, serius dan saspen. Kredit untuk Tasha kerana meminjamkan saya DVD drama ini.

Source: wiki.d-addicts.com/Ryusei_no_Kizuna






0 Comments

kemelut di muara kasih

05.25.09 (12:48 pm)   [edit]


Taken
Mengisahkan seorang bapa yang menyelamatkan anaknya dari penculik ketika anaknya bercuti bersama kawan di Paris. Kagum dengan bapaknya yang carik penculik anaknya sampai ke lubang cacing dan tembak tanpa pikir dua kali. Full of actions since Bourne.

Star Trek
Tengok trailer cem bes. Oh ade Sylar. Oh J.J Abraham yang direct. So ajak beberapa rakan dan tidak menghampakan. Walaupun tak minat dan tak pernah tengok Start Trek movies before but this one was not bad at all. Nice.

Angels and Demons

Sapa suka Da Vincci Code boleh la layan citer ni walaupun tak secomplicated tu. Kalau Da Vincci Code kene selesaikan riddle, citer ni ala-ala mencari harta karun.

Push

Dakota Fanning dah besar, hampir tak cam. Walaupun crite ni cem aneh sket, tapi okla. So-so je. Tak payah tengok kat wayang. Kisah die cam ala-ala heroes. Masa zaman perang kononyer derang ni adalah lab rat untuk dijadikan soldiers with abilities. Bila perang abis, so a lot of people mewarisi abilities ni has to survive daripada pihak yang mengelarkan diri mereka Divisions.

I'm a Cyborg, But That's OK
(Korea)
Oh cerite ni memang aneh. Kisah seorang pesakit mental yang takmo makan sebab die percaya dirinya adalah Cyborg. Seorang rakan sakit jiwanya telah berusaha memaksa dia makan dan berjaya dengan caranya tersendiri. Sakit jiwa gak tengok citer ni. Haha. Aku tengok sebab Rain berlakon dan filem ni menang award.

Twilight

Ya, aku baru tengok semalam. Walaupun aku berminat gak kisah vampire, tapi movie ni susah nak tarik minat aku untuk tengok time memule keluar wayang. But at last berjaya gak tengok. Sedikit bosan dengan banyak scene romantik, but for me, untuk intro movie, biasa-biasa saja.

Dragonball Evolution

As dissapointing as Legend of Chun Li. Takmo komen lebey dah.

The Covenant

Ha nih pun baru tengok. So-so. Tapi kalau die lebih highlightkan kisah sejarah family lagi best kot.

1 Comments

nah.. kecewa lagi

05.21.09 (2:20 pm)   [edit]

Kriss Allen, boy next-door sangat

Kecewa lagi tahun ni bila my fav tak menang, Kris Allen pun layak gak tapi aku prefer Adam walaupun die gay sebab gay die takde kene mengene ngan aku suka die nyanyi. Haha. But, both are winner actually.


Adam Lambert

1 Comments

taggy tag

05.21.09 (12:55 pm)   [edit]
The Rules :

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Dari Cik Ranuman

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Enuff crite pasal diri sendiri, lalu baik saya menyatakan hobi saja. Saya kan orangnya humble gitu dan kebawah bumi.

1) Surfing
Same cam Ranum gak. Suka surfing sampai tatau nak surfing ape lagik. Surf henpon baru, laptop terbaru yang design lawa-lawa dan berangan untuk memilikinya. Yeah memiliki gambarnya sahaja yeh.

2) Game
Kalau dah addicted main satu game tu boleh bawak sampai mimpi. Satu masa dulu addicted dengan game itek yang disebarkan oleh PakNgah. Dah puas abes main dan sampai situ je. Carik game lain plak. Sekarang ni masih gigih dengan Pet Society. Oh dulu mase masih study pernah main Diablo sampai rosak mouse sebab nak bunuh hantu-hantu. Bila level makin susah dan asyik mati je aku tak main dah.

3) Lagu
Time tengah memandu, bila dengar lagu best trus download dan layan sampai muntah. Pastu dah. Carik lagu lain plak. Setahun kemudian baru aku akan dengar balik lagu tu.

4) Beg dan Kasut
Bukanlah pengumpul  barang-barang itu kerana bila perlu je baru aku beli, bermaksud bila beg atau kasut lama dah nak lusuh atau koyak atau dah tak muat. Namun bila window shopping suka plak tengok kekasut sebab comel, lawa dan cantik tetapi aku takkan pakai so wat pe nak beli? Nak wat hiasan?

5) Blog
Antara aktiviti yang masih gigih dibuat sejak 6 tahun lepas. Memule dulu segala aktiviti dirakam di blog termasuk mencabut rumput dan memberus jamban. Lately rase cem malas nak bercerita sangat. Dah makin tua kot. Lagipun penggunaan bahasa yang betul semakin lemah.

6) Drama
Bukan drama queen eh. Maksud aku melayan drama Jepun dan Korea. Bila dan syok tuh makan pun depan PC, mandi sekali sehari je. Tak gitu Mila? Haha. Hobi ni ikut musim gak. Musim tatau nak tengok apa, ataupun musim berdrama. Bukan aktiviti sepanjang tahun.

7) Makan
Bukanlah pemakan yang banyak. Tetapi kalau dah teringin nak makan mee goreng contohnya, aku boleh makan selama seminggu sampai rasa teringin tu hilang. Bukan seorang yang memilih makanan. Tapi suka makan masakan sendiri dan masih lagi menunggu orang masakkan untuk aku. Wow?

8) Masak
Suka rancangan memasak di AFC channel, Sugar, Chef at Home, License to Grill dan Naked Chef. Kalau dapat sebijik dapo macam dorang nih aku terus tuka profession jadi Chef. Bole memasak apa jenis masakan kecuali pastri yang melibatkan doh. Yang tu masih fail. Sekarang dah jarang memasak sebab tatau nak masak untuk sape. Kang bagi jiran-jiran kang kate aku nak ngorat anak laki depa.

9) Komputer
Tak boleh hidup tanpa PC dan internet. Bila PC rosak sanggup je repair walaupun tengah takdek duit. Selain PC adalah TV, selain TV? Aku pun tak sure, maybe anak buah kot. Tapi mereke takde kat sini. Wuwuwu.

10) Wayang
Antara aktiviti yang tak boleh ditinggal gak. Review dulu citer tu bagus ke tak baru pi tengok terutamanya action movie kecuali citer hantu, tikam-tikam kuar otak. Yang tu bukan sebab aku takleh tengok, cume tak tahan dengar orang jerit.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog:.

elma
melal
reza
izar
cikgu syikin
kelly tiza

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:.
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

3 Comments

season finale

05.19.09 (4:18 pm)   [edit]
Warning: Contains spoiler!


Heroes Season 3
Final episode yang  agak impressive. I would prefer Sylar in his own body to be a villian. Didn't expect that would be the ending of that season walaupun sambungan sejak episode 14 adalah agak mengecewakan. Too much powerful people muncul dan keterujaan tu dah kurang. Tak seteruja masa first time dapat tau power Peter Petrelli. Anyway, still standing and waiting for the next season.


House Season 5
Sejak Kutner mati bunuh diri, episode selepas tu become more interesting, scary and sad. The last episode shocking sangat. Didn't see it coming and happen to House. Behtu takde House ke pasnih? Saspen? Atau die jadi doktor kat hospital psycho lak? Anyway tak sabar tunggu next season.


Lost Season 5
The most impressive storyline for a TV series walaupun complicated. Well planned plot for each season. Season 1 kisah survivors bahagian depan badan kapal terbang yang putus dua. Season 2 kisah survivors bahagian ekor kapal terbang yang terhempas di other side of the island. Season 3 adalah kisah 'the others' yang menghuni pulau tu before they crash on the island. Season 4 adalah kisah rahsia pulau tu yang reveal sikit demi sikit dan how they will be rescued. Flashback hebat dan agak confusing. Season 5 adalah kisah kehidupan di mana 6 survivors yang balik ke real world suffering because they leave their friend behind. They have to go back. Time travelling yang hebat and end up they will have to blow the island supaya none of this happen dan flight Oceanic 815 selamat tiba di Los Angeles. Fuh!




Merlin Season 1
Tak sangka drama nih best plak. Magic and fantasy drama yang best sejak Xena Warrior Princess dan Hercules. Still not too late to become fan sebab baru Season 1. Hopefully season baru sebagus season 1. Watak yang dijangka berkembang adalah Morgana, mungkinkan die akan betray King Uther lagi dan join Seers yang lain? Cemane agaknyer kalau Prince Arthur kalau die tau Merlin ada magic. Dan cemane nasib Great Dragon yang ku sangka baik itu? Kasi cepat season baru yeh.

3 Comments

kegilaan apakah ini?

05.17.09 (4:24 pm)   [edit]
this is how i spend my weekend.. haha



Title: Boys Before Flowers / Boys Over Flowers (Korean Drama)
Genre: Romance, comedy
Episodes: 25

Koo Hye Sun as Geum Jan Di
Lee Min Ho as Goo Joon Pyo
Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo
Kim Bum as So Yi Jung
Kim Joon as Song Woo Bin

1 Comments

laskar pelangi

05.12.09 (5:05 pm)   [edit]

“Sebuah novel yang sangat menggugah … membuat siapa pun yang membaca akan merasa bersalah dan berdosa jika tidak mensyukuri hidup.” — Andy F. Noya

"Kisah yang terlalu sedey untuk direkemen" - Ajurina (eh perlu ke ade quote nih?)





Movie Link: Laskar Pelangi

1 Comments

pemain cinta

05.10.09 (5:39 pm)   [edit]
Pemain Cinta by Ada Band

Tak habis pikir ku jadinya
Kau bisa membuatku cinta padamu
Meskipun tlah berulang kali
Kau begitu asyik mendua
Sudah cukup saja, sikapi kegilaanmu
Sebelum sukmaku, kau cabik dan perih

Chorus:
Wahai dirimu pemain cinta
Penikmat nafsu dunia
Walau dirimu begitu indah
Maaf kau tak pantas bagiku

Direlung kalbu yang terdalam
Getaran asmara masih tersisa
Memang dalam bermain cinta
Kadang kau terlihat sempurna
Eloknya parasmu rabunkan mata batinku
Ku harus berpaling meski kau memohon

Apa yang kau dambakan
Dalam duniamu yang sungguh palsu
Terpikirkah olehmu
Untuk dapatkan cinta yang sejati

0 Comments

mau barang inih

05.10.09 (11:00 am)   [edit]

nak nak

0 Comments

thehe

05.08.09 (6:16 pm)   [edit]
Barang yang menanti ditonton oleh aku:

Boys Over Flower (korean drama) 26 epi.. T T
Good Luck (japan drama)
Attention Please (japan drama)
18 vs 19 (korean drama)
Merlin Season 1 (baru sampai epi 4)
Spa Q 2 (ahahahha?)
Seto No Hanayome (japan anime)
Full Metal Panic (japan anime)
Moyashimon (japan anime)
movies... (tak larat nak senaraikan nih)

0 Comments

movies

05.06.09 (5:44 pm)   [edit]
Becoming Jane
Anne Hathaway dan James McAvoy (dua-dua minat), jalan citer? biaser je..

Death Note
Movie jepun nih memang aku baru tengok. Menarik la jugak..

Igor
Animation bagus, jalan citer? bolehla..

Slumdog Millionaire
Gigih tengok sebab banyak sangat menang Oscar. So tak nak missed the boat utk tengok. Best

Sydney White
Typical Amanda Bynes movies. Teenage sangat. Oh Reza suka la tu. So-so

Da Vinci Code
Too complicated. SIb baik ending paham

Wanted
Actions melampau sangat. But sebab James McAvoy lagi, so berani la tonton.

X-Men Origin: Wolverine
Bagi aku bagus. Tatau lak Longan ade abang.

Confessions of a Shopaholic
Sebagus Devils Wear Prada.. Isla Fisher comei

Knowing
Saje tengok sebab aku suka citer ala-ala X-Files macam nih.. dan lebey kurang Day After Tomorrow.. so sayangilah Bumi kita yeh..

5 Comments

missing

05.06.09 (12:33 pm)   [edit]

'hello!, sape tu?" ahh.. miss them very much..

Banyak hal udah disettlekan. So giliran perkara lain plak yeh. one step at a time gitu. Baru-baru ni memulangkan diri ke kampong atas permintaan bunda sejak awal tahun haritu. So kebetulan pulang maka buat skali la kenduri kakak pindah rumah baru dan kenduri doa slamat cucu mak yang ketiga, anak buah aku yang latest. Lelaki lagi sorang, makin pening neneknyer kang. Dah namenyer pun cucu, kan?

Oh tahniah kepada Mama Tun kerana selamat melahirkan baby perempuan seberat 2.8 pada 19 April lepas. Namanya Ayna Zahra. Sweet!

Perjalanan pulang Jumaat lepas adalah bagus. Takde delay, cuaca baik sampai on time dan aku tak perlu tunggu adik aku amek kat airport. Oh Air Asia sudah bagus sekarang, selain upgrade airport jadi mahal sket dari low cost, ada seat no. dah! Ceh, baru nak ada. Pastu siap ada main game sementara tunggu landing time. Takdela sampai game tiup belon atau lari dalam guni. Gila kau. Sekadar mengisi masa lapang lah tu. Cem biasa aku malas nak participate, lalu purak-purak tido tapi tepuk tangan gak bila game abis.

Jejak je kaki kat bumi Kenyalang, aku rase sungguh gumbira. Tak sangka lak mak aku brani naik kete skali ngan adik aku. Tu pun jenuh tahan perasan, bak kate die, kol 7.30 bertolak 7.15 dah sampai. Balik ke masa lampau kah? Haha. Sesampai je trus ke rumah kakak tengok persiapan untuk masak-masak esoknyer. Lepas tengok ape yang patut, balek ke rumah mak, makan-makan lalu memengsankan diri kerna esok pepagi pisau dan bawang perlu dipegang sebelum berus gigi.

Maka esoknyer kerumah kakak lagi tolong ape yang patut. Settle masak malam tu trus balek pengsan lagi. Konsert AF aku sempat tengok part Hafiz dan Isma nyanyi je. Sib baik bagus. Dan penyingkiran kali ni paling drama dalam sejarah. Nampak sangat nak kaut duit undi. Kenape kuarkan kalau nak masukkan smule. Ceh. Abis kenduri esoknyer pun penat cuci pinggan dan kemas-kemas lak. Time camnila ade orang sound, sapa-sapa nak kawen lepas ni amek catering je! Tuju kat sapa tah aku pun tatau. Buat bodo je.

Isnin lagi kemas saki baki yang patut di kemas. Esoknyer dah nak pulang. Haihs kejapnyer mase berlalu dan aku kembali di ruang pejabat yang sama ini menunggu hari-hari yang bakal berlalu pergi tanpa aku buat apa-apa. Dengan kata lain 'berehat'. Oh anak buah semakin comel, rindu plak dengan mereke. Huu..

1 Comments





seorang gadis yang berusia suku abad menulis dengan ilham sendiri maksud tersirat dan tersurat hidup pinjaman ini..

Name :
Web URL :
Message :


Powered by IP2Location.com