PERTAMA.
Bersedekahlah  kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan  penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah  lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran  berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih  penting pabila usia  semakin tua.

KETIGA.
Usahlah  mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang  ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu  berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila  mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah  sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu  diijabkabulkan.

KELAPAN.
Usah  tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KETUJUH.
Percayailah  cinta pandang pertama.

KESEMBILAN.
Cintailah  seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan  berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya  untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku  perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama  sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah  menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS.
Berbicaralah  dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS.
Apabila  seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah  senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPAT BELAS.
Ingatlah  bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan  risiko yang besar.

KELIMA BELAS.
Ucaplah  "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS.
Apabila anda  kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.  Rasa hormat  pada diri sendiri;
2.  Rasa hormat  kepada orang lain;
3.  Rasa  tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS.
Usahlah  benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS.
Apabila  menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk  perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH  SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.


0 Comments