Weekend yang hidup minggu ni. Saje panjangkan kaki dan golekkan tayar jauh sket. Melihat keindahan dunia sementara masih berpeluang. Bermesra dengan rakan-rakan sementara ada masa terluang. Menghiburkan diri sendiri dengan menonton wayang. Walaupun penat balek lewat Jumaat malam, Sabtu bangun pagi sama waktu biase dan keluar ke Pjaya. Sarapan dengan awek dan anak buahnya. Pastu hantar anak buahnyer ke Bangi dan off we went to Mines to watch Shrek 3. Aku bagi 8/10. Most memorable moments are; (spoiler alert!)
- time king frog nak mati.. sengsara sangat tengok, kelaka!
- time puss say goodbye kat awek-awek die sebelum naik bot nak carik arthur, comel sangat kucing-kucing tu semua
- time puss menggeletar kesejukan keluar dari laut, comel!
- time puss (yang dan berbadan keldai) buat aksi comel tapi tak menjadi

Nampak sangat aku attract part Puss In Boots je kan? Hehe. Overall memang menghiburkan because aku enjoyed every part of the story. Quite unpredictable and different. So! Sarah came and we makan-makan dinner kat Taman Warisan. Dapat gak makan roti john kegemaran. Sembang-sembang dan lepak. Balek rumah layan Remp-It kat tv lak (yer! aku baru tgk). Tido kol 2 pagi esok Ahad off we went to mines again to watch Fantastic Four. Quite fantastic and i give 7/10. Power sangat la kan Silver Surfer tu. Aku tengok movie superhero sekarang ni melampau sangat power die macam nak lawan kuasa Tuhan.

Kuar Mines terus melencong ke Balakong. Rumah baru Elm is kewl. Nak jugak sebuah rumah sendiri. Neighbourhood nice and ok. So lepak-lepak jap umah die. Makan speghetti mak die yang sedap sangat (2 kali tambah), pastu makan lagi kopok goreng sambel minum teh kat beranda rumah. Main ngan Betty si kucing hitam. Lewat petang back to Cyberjaya, sempat gi cuci anak ikan dan esok keje. Yey!?

Oh ya, selamat hari bapak. Buat bapakku, semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik. Jasa bapak akan dikenang selamanya. Dan juga selamat bertunang buat adik lelaki yang telah selamat bertunang hari ini. Cepatnya masa berlalu kan?