Jam menunjukkan hampir pukul 1.45 tengahari. Jalan agak lengang. Waktu lunch hour hampir berakhir. Selesai shopping ringan di A aku merempit balik ke C. Ketika kaki menekan minyak dengan hebat, tiba-tiba ternampak ada beberapa lembaga berbaju putih di bawah jambatan dengan beberapa kon oren tersusun rapi menyempitkan laluan. Lek lek kewl je aku tak tekan brek masuk laluan sempit tu tetibe lembaga tersebut melambaiku. Kerana terpesona dengan ketampanan beliau aku hampir melanggarnya. Matilamak!

Terpaksa berhenti ditepi menunggu kene bebel. Dua lembaga tersebut menghampiri. Cermin diturunkan.

"Tak nampak ke sign board pemeriksaan polis?"
"Err.."

"Tak jumpe brek ke? Brek kat tetengah tu" sambel tunding lokasi brek.
"Tau"

"Patutla die tak jumpe selipar" sambel jenguk-jenguk (dem perli aku la tu, aku memang tak pakai selipar kalau memandu)
"Nak gi mane laju sangat?"
"C"
"Laa.. C je"

"Kalau langgar saye patah kaki tadi cemane?"
"Err"
"Bak lesen dan ic"

Pot pet pot pet ape tah ngan lembaga lagi satu. Catit-catit dalam buku. Arkk matila aku kalau surat saman sampai umah. Kene bebel ngan lembaga lagi satu.

"Tak nampak ke?"
"Siyes saye tak nampak. Tak pasan. Sorry sangat. Saye tak sangke plak" (dalam hati cuak gile sebenarnyer, pes time kene tahan polis.. dem sangatlahhhhhhhh)
"Saye mintak maaf la encek"

"Maaf diterima. Lain kali hati-hati" Sambel memulangkan ic dan lesen.
"Study lagi ke ni?" (muke student lagik kah? wakakakka)
"Takla nak balek opis la ni"

"Ni semua orang S ke?" (die mule nak berkenalan dah..)
"Tu kat belakang tu muke same je ingatkan adik awak. Cume sorang debab sket sorang kecik je" (aku lempang jugak kang)

"Kalau nak jadi adik boleh gak"
"Saye nak balik office ni. Okla encek"
"Lain kali hati-hati"
"Baek. Terima kasih"

Dem lahhhh... benci

p/s: jalan yang lengang jangan sangka tiada lembaga putih