Oh mata saya bengkak. Ada orang perasan walaupun saya telah mekapkan. Semalam ketika hendak tidur mata saya super gatal lalu menggosok mata dengan hebat. Kesannya? Pagi ini mata bengkak. Tangan kanan saya juga sakit kerana penat membakar ayam dan udang BBQ. Tangan kiri juga sengal kerana lense digicam enchek dome sangat berat. Giga gath kali ni memang best. Dapat tiset free. Makan kek. Gelakkan orang main kayak. Amek gambar pakai kemre hebat enchek dome punyer (www.digitaldome.org)



Saya mengantuk. Seharian penat bergumbira bersama kengkawan disambung pada malamnyer pula menonton bungapi bersama awek-aweks. Gambar? Tak sempat nak snap sebab kemre pun tiada. Huhu. Penonton tak seramai malam sebelumnya. Mungkin ramai yang membatalkan niat untuk menonton kerana setengah jam sebelum bungapi dibakar hujan renyai-renyai sejak siangnya.

Oh ya hari ini talian internet akan dipasang setelah mengomplen hangin dengan hebat. Satu lagi kemajuan selepas mendapat sebuah TV dan dapur gas. Haha. Yeyeyeyeye!

Oh ya entry merdeka saya telah lupa post Khamis lepas. TAHNIAH MALAYSIA ATAS KEMERDEKAAN TAHUN KE 50. Semoga kekal merdeka sampai bila-bila dan diberkati dunia dan akhirat. Dikurniakan keamanan dan kesejahteraan.

Walaupun kecik hadiah itu sangat bermakna. Yang penting dia menepati janjinya :).
Awek itu tak marah seperti yang aku fikirkan. Rupanya dia bizi amat.

Saje nak update kan TV series yang digemari.
Prison Break - Season 3 coming this September 17
Heroes - Season 2 coming this September 24
Lost - Season 4 coming Feb 2008 end 2010 (arghh lamenyer lagi)

Wishlist:
Bourne Ultimatum (Matt Damon)
The Invasion (Nicole Kidman)
Spongebob Squarepants The Movie
Rattouille

'Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan'