Hidup penuh dengan perkara yang mengejutkan dan yang mungkin kita tidak sangka. Tidak akan meriah hidup tanpa cabaran dan dugaan. Jika dugaan tidak diturunkan kepada diri kita, mungkin dugaan kepada rakan atau orang disekeliling kita. Secara tidak langsung menduga kita untuk respon dan dan bereaksi terhadap perkara tersebut. Kita boleh memilih untuk tidak melibatkan diri dengan tidak mengambil tahu akan perkara tersebut. Boleh memilih untuk terlibat sama, atau hanya menjadi pemerhati bebas. Input tersebut boleh dicerna, dihadam atau digunakan dimana yang perlu.

Adakah anda seorang yang sentiasa berada disisi rakan anda ketika dia mengalami kesusahan? Sanggupkah anda menjadi pendengar setia rakan anda yang ingin meluahkan masalah? Patutkah anda dijadikan teman ketika dalam kesusahan? Atau anda seorang sukarelawan yang membantu dimana saja bila-bila masa walau apa masalah yang dihadapi rakan anda? Atau mungkin juga sikap anda bak menuang air di atas daun keladi? Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. You don't give a damn about it. Well you choose what you want to be. Cuma dalam apa jua hal kedua-dua belah pihak hendaklah adil.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, aku nak mengambil kesempatan meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang membaca:

- pembaca setia blog aku, terutama yang dilinkkan di blogroll di sebelah.. kau tak bangga kalau ade orang cakap bace blog kau macam baca utusan?
- rakan sepengajian di MMU, samada yang masih berhubung atau jarang atau memang dah lama tak bersua muka.. aku tau ade yang baca tanpa meninggalkan komen.. apa jadi kat aku korang akan tau dengan baca blog ni
- rakan chat, samada yang telah bersua atau belum.. samada yang telah lama tidak chat online atau yang dah lama aku ignore.. sorry for that
- anonymous.. merujuk kepada sesiapa yang aku tak pernah kenal tapi baca blog aku.. samada terjumpa link time nak search lagu.. atau blog jumping
- rakan officemate.. blog ni dah tiada rahsia lagi.. ade yang tau.. baca jek la kalau rajin.. aku takde gossip terhangat dipasaran nak ditulis.. cuma bebelan tanpa perasaan yang kadangkala tak menarik langsung

Mungkin aku pernah termengata sesiapa kat sini pastu sembunyik keyboard. Ade yang kecik ati ke pasal aku tak update blog atau ade yang menyampah sebab aku taip entry dalam bahasa sarawak. Lagi menyampah asyik tulis entry lirik lagu pastu suke copy paste mana-mana artikel menarik sebab dan takde idea nak buat entry ape. Mintak maaf le.

Ramadhan ni bersama hosmet saye bercadang nak makan buka puasa simple je. Leh caye ke? Satgi pegi pasar malam semua nak beli. Sahur baru masak, masak? Leh ke bangun awal tu? Takpe dah berniat dah tu kire okla. Nak bukak puasa skali sangat dialu-alukan. Semayang terawikh kat mane plak masjid terdekat?

Oh ya sebelum balik bercuti raya aku kene give away anak-anak hamster tu kat orang. Nanti aku cuti raya 2 minggu takde sape nak jaga. So sape yang berminat aku kasi free dengan cage die sekali. Sayang sebenarnya nak lepaskan tapi tak baik menganiaya mahkluk comel kan?