sila klik gambar untuk pembesaran

Waktu sekarang ni dah sesuai pasang lagu balik kampong kerana saye akan memulangkan diri tidak lama lagi. Yahoo yahuuu! Balik awal bukan nak raya awal. Kita sambut raya sama tarikh diseluruh dunia. So jangan jeles la ek. Hiks.

Rasa sik nyaman dalam ati tok ada banyak. Ney mikir masalah sidak disinun. Dah sik patut dipiker gik tapi hati tok mok nerimak apa dah dipolahnya susah gilak. Akua da ego kumpun. Ney nganok mala jak sik jadi. Banyak mok dipadah tapi sik terpadah gik. Sik kempang ati tapi dalam hati nang manas menar. Takut kelak lain jadi. Nok sik patut dikeluarkan kelak terpadah. Kita pun sikda masalah tapi orang lain molah kita mikir masalah nya juak. Ney la gaya.

Aku nak hargai masa lapang yang aku ada. Nak buat ape yeh. Meningkatkan prestasi diri. Belajar. Dah lame tak menghafal dan belajar ni. Aku nak gi berjalan-jalan ikut kemampuan. Meluaskan pemandangan. Nak afal jadual berkala kimia. Nak memahamkan balik subjek fizik yang aku tak reti nak paham mase sekolah dulu. Pasni mesti otak kene ligat. Makan kene jage. Mata kene jaga. Hati kena jaga. Nak jaga ilmu. Fuh.. boleh ke aku buat tu? Isu semasa kene amek tau. Pepagi kene bukak sotkaba. Kene belajar memberi respon yang bernas kepada isu semasa. Kes Altantuya, kes adik Nurin dan kes-kes yang sewaktu dengannya. Cara-cara membaiki computer kene advancekan lagi. Cara menghias cupcakes boleh belajar dari Cik Tun. Cara buat report jalan-jalan carik makan boleh belajar dari Pak Ngah.

Tetiap taun shopping di Jalan Tar adalah wajib. Sakan membeli pesanan dari orang. Aku punya pun adala sikit. Sikit je pasal hujung tahun bajet ketat. Dan aku takkan ajak jantan kerana mereka tidak sesuai dibawa bershopping. Kalau die kaki shopping pun aku plak yang tak larat nak ikut. Oleh itu ayah saya suka tido di dalam kereta dan parking di tepi jalan ketika ibu saya bershopping.
Ajuinc saya masih tidak dapat disembuhkan. Mungkin selepas raya saya perlu membeli HD baru kerana HD yang ada sekarang ni telah mempunyai 'wilayah jahat' yang berbahaya untuk sistem. Duit lagi? Erm. Blog saye juga kurang berupdate. Eh cemane leh terupdate ni? Adelah. Rahsia kerajaan. Hahaha.

So sempena Hari Raya ini saya nak buat ucapan sket la. Maybe ini entry terakhir sebelum balek bercuti raya. Saya ingin meminta maaf menyusun sepuluh jari kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Kepada teman rapat di Cyberjaya, Putrajaya, Sri Kembangan, Singapura (Cik Nun) dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Juga teman alam cyber yang baru dikenali, yang tak kenal, baru nak kenal, teman chit chat, teman pemblogan dan teman sekomuniti terutamanya Tokeikedai.net.my. Saya bercuti dari 5 Okt - 22 Okt. Semoga berjumpa lagi lepas raya. InsyaAllah aku bukak rumah. Jemputla datang rumah time raye kang. Hehe. Jangan nakal-nakal balik kampong. Jangan main mercun. Makan kuih raya berpada-pada ok?