Tudiah, tangan dah mula menaip. Banyak sangat nak citer nih tapi tatau nak mula kat mana. Nak tulis lame dah tapi keadaan sangat tak mengizinkan. Turun dari perut kapal terbang jek dah kene keje keras. Balek KL pun delay. Sampai LCCT dah dekat kol 12 malam. Hujan lebat plak tuh. Sib baik ada orang baik ati tolong amek. Huhu. Esoknya keje sampai larut malam 3 ari berturut-turut. Bizi sangat sampai nak garu ketiak pun tak sempat. Kat atas meja dah siap sediakan first aid kit kot tetibe pengsan sambil pegang mouse. Gigih kan saya?

So sekarang ni aku nak updatelah ni gune pc cik tun. PC aku blom dibedah siasat lagi. Doktor baru jek balek beraye. Entry ni panjang. So sape nak gi berak tu, gi berak dulu. Yang blom mandi gi mandi dulu. Yang tengah makan abiskan dulu makanan tu. Yang nak tido gi tido dulu. Yang malas nak bace sila ke mukasurat yang lain.

Haha. Okla camnih mula dengan cerita perjalanan pulang ke kampongku di ober the sea. Buat pertama kali menghantar diri ke LCCT pagi Jumaat 2 minggu sudah iaitu seminggu sebelum raya. Taun sebelumnya aku balek lusanya nak raya dah, so tahun ni aku upkan lagi cuti kepada 2 minggu. Jeles ke? Tayahla sebab aku cuti tanpa gaji. Padan muka aku dapat gaji sikit bulan Oktober ni. Huhu. Tapi takpe, setahun sekali aje. Raya tahun ni best yang biasa-biasa je. Lain dari tahun lepas sebab bertambah ahli keluarga. Beraya dengan 2 ipar dan seorang anak buah. Makin tua raya rasa makin skema plak. Ditambah dengan hujan je manjang.

Beberapa hari sebelum terbang, AirAsia telah menghantar SMS berbunyi pembatalan flight. Nasib baik aku baca sampai abis SMS itu sebelum mencarut. Flight telah dibatalkan dan ditukar kepada flight lain beberapa jam kemudiannya. Memang tak sah kalau tak delay! So pagi Jumaat itu, 3 orang awek cun telah menghantar aku ke airport. Aku hampir tertinggal henpon dalam kereta sebelum mereka berpatah balek menghantar henpon kat aku. Hiks. Apa makna raya tanpa henpon? Tak dapat kad raya dpt SMS raya pun best. Oh ya tahun ni sekeping jek kad raya aku dapat iaitu dari Alumni MMU. Aku? Tak sempat pun nak kirim kad raya kat sesape. Dapat kad raya sekeping pun dah syukur.

Seminggu bukak posa kat umah sangatlah best. Pegi pasar Ramadhan mak aku beli kuih mcm nak buat pesta makan kuih je. Tanya aku nak makan ape die belikan. Wah sungguh best dilayan macam VIP sekali sekala. Tapi aku lebih suka bukak posa sederhana je. Adik aku pun siap perli ‘eh biar betul ko tak nak tambah nasik?’ Hampeh je. Aritu ngelat sket sebab bukak posa awal. 6.36 petang dah bleh bukak posa. 10 minit kemudian semua orang dah settle makan.

Tak macam tahun lepas aku sempat buat sejenis biskut jek. Tahun ni banyak jenis aku bleh buat sebab cuti lama sebelum raya. Selagi sempat buat biskut brapa banyak aku mau dari yang sedap sampai yang tak sedap pun ada. Dari yang simple sampai ke yang complicated. Dan pada hari raya biskut yang paling simple tula paling laku iaitu biskut cornflakes bersalut madu dan kacang tumbuk. So kesimpulannyer raye taun depan beli je kacang, biskut simple and buah-buah jeruk aje. Tayah sesusah wat kek lapis ada corak gamba muka sendirik kat dalamnyer yer dak. Hehe

Tahun ni baju raya aku 2 pasang. Siap sebelum bulan posa stat lagik sebab sepupu aku yang jahit. Part paling tak best adalah mencarik kaler tudung yang sesuai untuk baju kurung itu sampai 2 kali aku turun Jalan TAR dan sekali ke Nilai 3. So taun depan kene beli tudung dulu baru carik baju raya. Mak aku plak wat ayat kesian. Tayah beli tudung utk die sbb die takdak baju raya katenyer. Padahal banyak je baju kurung die tak pakai lagi. Adik aku cam biasala. Baju die mesti paling hebat dengan tudung lip lapnyer. Kakak aku tak wat baju sgt pasal die dah pregnant 5 bulan, so pakai baju lame yang dialter kainyer saje.

So, malam raya macam biasalah tukang masak tetap didapur pun dah tau. Aku anyam ketupat sehari sebelum raya. Sempat aku turunkan ilmu menganyam kat 2 adik laki aku tapi cuma seorang aje yang graduate dengan cemerlang. Malam raya adik pompuan aku masak kari ayam. Aku masak ketupat. Kakak aku masak daging masak kicap. Ayah aku masak rendang. Mak aku masak kuah kacang. Malam tu aktiviti masak siap cepat sebab sorang masak satu menu.

Raya Pertama: Lepas bersalaman dan snap-snap gamba ramai tetamu yang datang. Kawan bapak aku. Kawan-kawan opis adik aku dan ramai lagik. Raya pertama jek jamu dengan lauk-lauk raya sampai licin. Malam tu aku tido awal sebab kepenatan cuci pinggan dan melantak makanan raya. Tiba-tiba kol 11.30 malam aku terbangun sebab sakit perut yang amat. Maybe perut terkejut makan banyak lepas posa. Pastu kol 2 gitu aku ke jamban lagi. Pastu tido balek. Kol 5.30 pagi masing-masing bertembung depan pintu bilik. La.. ingatkan aku sorang jek sakit perut. Esoknya kecoh satu rumah sakit perut. Bapak aku saspek ayam cuci tak bersih. Aku la yang cuci, tapi cam mustahil. Aku tak makan sangat ayam. Ketupat pulut and kuah kacang je. Aku plak tuduh santan puncanya. Maka pagi tu kami lewat ke kampong ayah aku sebab masing-masing masih berlari ke jamban. Abis tu mesti semua tetamu yang makan lauk semalam tido lam jamban jugak?

Raya Kedua: Pagi hujan agak lebat. Beraya di kampong ayah 2 jam dari Bandar Kuching. Sebab bertolak lambat so tak semua rumah sedara mara kami singgah beraya. Ada sorang sedara kat kampong ayah citer pasal kuah kacang die seperiuk basi di hari raya pertama. So aku syak sebab cuaca makanan cepat basi. Malam nya hujan masih turun dengan lebat.

Raya Ketiga: Hujan tak berapa lebat. Masih ramai tetamu yang datang terutamanya kawan-kawan adik aku. Kawan aku? 2 orang je yang datang. Ijan datang petang raya. Eema datang malam raya ketiga. Sembang-sembang ngan Eema lame dah tak jumpe. Terkeluar citer pasal lauk ayam umah die pun basi. Ok sekarag ni keluar satu lagi teori kemungkinan ayam itu telah disuntik supaya tahan lama.

Raya Keempat: Demam dan raya seterusnya biaser je.

Cuti lame-lame seronok gak sebenarnya. Sebenarnyer ade kisah makan hati yang aku malas nak citer kat sini Kisah peribadi, tak elok plak nak mengeruhkan keadaan di bulan yang mulia. So as long mak ayah aku happy dengan tindakan mereka, aku sebagai anak menerima apa saja asalkan tak menyakitkan hati mereka. Adik aku paling tabah sebab die sentiasa ada dirumah. Orang harapan mak aku. Dalam ramai adik beradik tak semua yang boleh diharapkan mak bapak. Mesti sorang due yang akan jadi blacksheep. Itula dugaan ada ramai adik beradik. So kepada kawan-kawan di luar sana, apa pun tindakan kita buat sila piker elok-elok. Kita ada adk beradik ada mak bapak. Sila consider sekali perasaan mereka.

So kepada yang menagih kek lapis tu aku mintak maaf sangatla. Musim raya memang susah nak carik. Semua orang penat buat untuk tempahan raya. Sold out. Aku nak gi beli pun ade kedai tak bukak lagi. Nantila kalau aku rajin aku wat kek lapis biaser jek. Ramai dah sound bila nak wat open house. Kalau jadik kang adela aku menjemput. Tapi jangan expect aku nak wat open house macam Pak Lah wat tu.

Jejak kaki balik ke tanah semenanjung ni tengah malam ari senin lepas. Selasa pagi dah mai keje sampai lewat malam. Kepala sudah pusing. Culture shock org putih cakap. Daripada holiday ke kerja. Sape suruh cuti lelame kan? Aku punya cuti sukati aku la kan? Gegamba raya nantila aku update. Cd tinggal kat opis la plak. Kalau pc aku dah sembuh kang aku update lagik.

Takziah buat Kunta (Suraya, berkas officemate) sekeluarga kerana kehilangan kedua ibubanya dalam kemalangan jalan raya beberapa hari lepas. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.