sekadar gambar hiasan

Sekali lagi aku sedar bahawa minat membaca aku sudah turun ke zero level. Apakah kerana mata semakin kabur? Skrin terlalu kecik? Buku terlalu tebal? Tiada isu yang menarik untuk dibaca? Haha. Tiada jawapan. Berkilo-kilo buku yang aku beli di Pesta Buku yang lepas hanya sebuah yang habis di baca. Itu pun buku nipis. Novel mengarut. Mungkin aku lebih suka belek buku yang lebih banyak gambar daripada perkataan.

Sebab buku aku berkaca mata. Sebab buku aku berkanta lekap. Sebab buku aku sampai ke tahap ini. Pernah digelar ulat buku. Masa aku sekolah rendah, bawah bantal mesti ada sebuah dua novel penyiasat remaja. baca sampai abis sebelum tido. I read my own bedtime story. Aku boleh ingat jalan cerita dan bercerita dengan adik-adik dan kawan-kawan beberapa kali. Kuat betul daya ingatan aku. Aku ingat setiap watak, setiap skrip dan boleh bercerita lebih dramatik daripada drama.

Pernah aku meminjam buku hampir 2-3 kali sehari di perpustakaan demi kerana minat membaca. Dulu buku hanya boleh dipulangkan dan dipinjam sebanyak 2 buah dalam masa sehari. Now I can't remember when was the last time I borrowed a book from the library. Ada apa dengan perpustakaan? Now you just can type it on search box of yahoo and google. Still aku masih malas membaca.

Adakah penurunan minat membaca berkadar dengan usia? Mungkin berkadar dengan teknologi. Mungkin jugak berkadar dengan pekerjaan. Marilah membaca. Sekian.