Terima kasih kepada 70 lebih orang yang hadir. Setelah beberapa hari bersilat cekak, berteak-won-do dan berkarate-do di dapur akhirnya kami berjaya membuat satu majlis yang tak kurang gilang gemilangnya pada perayaan Deepavali lepas. Agak ramai dijemput terutama rerakan seunibersiti dan rerakan sepekerjaan. Tidaklah kami menjemput jiran dan orang kenamaan kerana rumah bujang kami yang tiada perabot. Hanya lantai beralaskan tikar mengkuang.

Mintak maaf jika ada yang terkurang.. termasen, tertawar or ape bende yang tak cukup. Alhamdulillah semuanya cukup dah abis licin tanpa bukti. Ada yang beria kata nak mai tak datang, ada yang tak datang sebab ujan, ada yang nak mai sesat plak walaupun dah print peta, ade yang langsung tak ingat nak mai, ada yang teringin sangat nak mrasa laksa tak kesampaian lak, ada yang sengaja dtg lambat.. segan katenyer, ada gak yang mai awal, mai lambat, dan ade datang 2-3 kali mai pun ade.. ops. Takpela kami paham.

Walopun makanan tak banyak mana, tapi korang kata sedap and abis lak tu bagus sangatlah. Thanks to hanum and mila kerana menolong mencabut rompot di depan dan belakang rumah. Thanks kepada yang tolong potong ape yang patot, tolong makan dan tolong layan tetamu. Thanks cik sue kerana jadi tukang hamek gamba, Capek sangat sampai demam dah ni. Huhu. Esok ada acara makan-makan lagi. Ah terasa mau menonton wayang secara berkampung.. marii!


menu utama laksa sarawak mari..


kueh mueh bukan beli tau..


ayam dendeng buatan cik tun, nasik hempet, bihun laksa dan isi ayam carik (sila padankan pasangan gambar yang sesuai)


antara jejaka yang hadir..


antara awek-awek cun yang datang.. eh yang baju oren adalah mak kepada salah seorang awek cun itu..


lagi awek-awek dan jejaka cun..


mereke lagi..


cewittt.. anak sapooo la nii..