Hari Sabtu. Pukol 5.38 ptg. Langit mendung. Hari boleh bangun lambat. Hari aku dirumah tanpa membuka mangga pintu rumah (kecuali tun keluar dulu). Hari tanpa aktiviti yang dijanji beberapa hari sebelum. Hari menyental daki jamban. Hari mencuci baju. Hari menyapu dan mop lantai rumah. Hari masak untuk makan tengahari. Hari menonton televisyen tanpa mandi. Hari berada dalam bilik lebih dari sejam (kecuali masa tido). Hari menonton hindustan di TV3 (umah aku takdek Astro lagik). Hari membaca blog sedunia. Hari dimana esoknya adalah Ahad. Pendek kata hari privasi lah.

Kerana emo due tige menjak nih aku instol beberapa game yahoo. Pastu gi bace blog ngah ada game farm frenzy dimana anda perlu ada ciri-ciri pencinta binatang. So tak mati pun nak try game yang aku tak pernah main. So aku instol lah dan dah agak aku tidak layak untuk jadi penternak. Kurang dari 20 menet aku sudah bosan menjual telur itik sambil tunggu duit jadi banyak. Pastu kene siram rumput pakai air telaga dimana beberapa kali ceduk air sudah abis. Kene beli air lak. Air telaga kene beli ke? Pastu ada beruang buat onar dan membunuh sekot itik aku. Wahahahaha.. kesimpulannyer.. aku unintall game itu. Ajuinc aku pun dah tua nak main game. Game kecik camtu pun tersekat-sekat gak ape lagi nak instol Diablo?

So aku turun bawah masak sup ayam sambil menonton hindustan. Hum Tum. Lame dah citer nih aku nak tengok, tapi kuar kat TV3 so aku layan je. Lame tak layan hindustan. Sebab ada Rani dan Saif Ali aku pun layan sampai abis. Sedey la jugak kisah percintaan mereke. Ada orang sekali jumpa je boleh jatuh cinta. Ada orang amek masa berkali-kali jumpa baru boleh jatuh cinta. Tu pun tak paham lagi. Ada yang lagi malang hari-hari jumpa pun tak boleh nak jatuh cinta.

Dalam sotkaba semalam ada berita tentang 3 juta rakyat malaysia sakit jiwa. Semua orang berpotensi sakit jiwa kerana tidak semua orang dapat menerima dengan baik dugaan yang berlaku dalam hidup mereka. It is all about how well do you handle your problems. Mari mengkaji contoh-contoh ini:

Kes 1
Situasi: Kereta anda dilanggar oleh apek yang mereverse kereta keluar dari rumah dan enggan mengaku salah.

Jika anda seorang sakit jiwa: Memaki hamun apek tersebut dan mengugut membakar rumahnya. Mencarut dengan pelbagai bahasa. Membaling botol berisi najis itik setiap kali lalu dihadapan rumahnya.

Jika anda seorang yang berakal: Melaporkan kepada pihak berkuasa. Menuntut insuran untuk membaiki kereta anda. Menyerahkan kepada undang-undang untuk menentukan sapa yang benar.

Jika anda seorang yang prejudis: Memaki semua bangsa apek tak kira teman sekelas atau sepejabat. Tidak membeli di kedai yang dipunyai oleh apek.

Jika anda seorang yang kreatif: Pergi ke fun fair menaiki kereta langgar-langgar tanpa memikirkan kerosakan yang ditanggung sebab anda langgar orang.

Jika anda seorang yang beriman: Menerima kejadian tersebut sebagai kesilapan manusia. Bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan ringan. Menganggap setiap yang terjadi ada hikmahnya. Berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan segala kesulitan.

Kes 2
Situasi: Bos anda telah memberikan kerja yang banyak kepada anda tanpa membayar kerja lebih masa

Jika anda seorang sakit jiwa: Memaki hamun sambil membuat kerja. Minum mabuk-mabuk demi untuk melepaskan stress selepas waktu kerja. Memukul anak bini untuk melepaskan marah kepada bos. Mencekik kucing ditepi jalan. Melanggar orang tua melintas jalan tanpa belas kasihan. Menghasut pekerja lain untuk berhenti kerja.

Jika anda seorang pekerja cemerlang: Melunaskan kerja tersebut dengan jayanya tanpa mengomplen atau mencarut dalam atau di luar hati. Menganggap kerja tersebut sebagai satu pengalaman untuk menambahkan lagi ilmu dan meningkatkan mutu kerjaya

Jika anda seorang yang profesional: Bercakap secara bersemuka kepada bos tentang kemampuan anda membuat pekerjaan tersebut. Meminta pembantu atau mencadangkan strategi bagaimana untuk meningkatkan mutu kerja dalam masa yang singkat.

Jika anda seorang yang beriman: Berdoa kepada Tuhan agar dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan


Kes 3
Situasi: Cinta tidak berbalas.

Jika anda seorang sakit jiwa: Menuduh gadis zaman sekarang ni materialistik. Lelaki zaman sekarang ni memilih.

Jika anda seorang prejudis: Menjadi gay atau lesbian. Bersikap anti kaum berlawanan. Menggangu gadis yang lalu lalang di stesen bas. Mempermainkan perasaan lelaki.

Jika anda seorang yang berakal: Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Meningkatkan prestasi diri dan disiplin. Bertukar imej supaya lebih kacak dan tampan, lawa dan jelita.

Jika anda seorang yang beriman: Berdoa kepada Tuhan agar dipertemukan jodoh yang baik. Sembahyang hajat tetiap malam.

Ni sampel yang aku leh kasik. Amacam? Leh jadi pakar kaunseling tak? Haha.