it's friday
02.02.08 (1:05 am) [edit]
Hari ini hari kedua bulan Februari. Ramalan gaji mengatakan sebelum raya cina pasti akan dimasukkan ke dalam akaun. Bagi menghiburkan hati kami semua, kami dijemput ke majlis teh tinggi di Cyberjaya atau dengan kata lainnya minum teh cicah biskut sambil bermain permainan bergelak ketawa sehingga pening. Kami makan sehingga kenyang dan lebih mengenyangkan lagi apabila sampul merah diberi setiap seorang seperti tahun-tahun sudah. Walaupun isinya nipis, tapi nilai sekeping nota tersebut mampu menampung kehidupan untuk beberapa hari lagi di kota yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Pada sebelah malamnya pula ada tournament futsal di tempat biasa. Seperti biasa juga sokongan kepada team merah sangat kecewa kerana tempiasnya kepada saya yang berjersi merah pada malam itu. Kesimpulannyer saya sangat penat. Penat makan, gelak, pening, menonton futsal dan penat aku dengan bosan. Eh? Weekend ini saya tidak mahu diganggu. Ada kerja pembersihan akan dilakukan di rumah baru.

posted by: cikanum (reply)
post date: 02.02.08 (9:25 pm)
seb baek aku xpakai merah.
posted by: sya (reply)
post date: 02.03.08 (4:10 am)
umah baru?? ang pindah mana?