tikus makmal
02.04.08 (11:06 pm) [edit]
Aku cuba men'tikus makmal'kan diri dengan hidup tanpa muzik. Banyak pengaruh muzik nih ketas diriku kerana aku seorang global listener. Bila dengar lagu jiwang terasa diri ini berlari-lari diatas awan. Bila dengar lagu rock terasa diri ini macam ketua mafia. Dengar lagu nasyid terus keluar cahaya kebenaran. Bebaru ni dengar lagu oldies terada diri ini tua. Memang tua pun dah. Haishh. Maka dengan ini aku ingin menjauhkan diri dengan segala alatan muzik, perisian muzik, folder muzik, headphone dan ahli muzik. Kecuali dalam keadaan memandu ketika mendengar radio, ringtone, bunyi perut lapar, loceng lif dan suara rakan-rakan. Sekian
