Tangan kanan gatal. Bukan kurap yer. Mustahil dapat gaji dalam mase yang terdekat ni kan? Mungkin ade orang nak bagi aku duit kot. Atau mungkin seseorang mengirimkan aku hadiah dari seberang? Wow. Tak sabar tunggu Isnin. Hiks

Talian internet menguji kesabaran zahir dan batin. Aku hampir putus asa apabila tak dapat mendonlop CSI kegemaranku. Demet. Torrent pun lembap macam kura-kura kacukan siput. Tidak mengapa kerana abang Maikel berehat seketika setelah penat memecah penjara.

Bulan ni 2 wayang berjaya ditonton. CJ7 sangat kelaka, kelaka dan tibe-tibe sedey pastu kelaka balik. Filem jumper plak wow, oh shit, kewlness, pastu wow balik dan endingnya err.. tengok sendirilah. Next movie is Vintage Point tapi tatau bile time free nak tengok since sekarang tengah demam kura-kura.

Sekarang dah bulan dua. 2 roket yang aku lancarkan awal tahun gagal kembali ke bumi. Dem. Tapi bes sebab banyak aktiviti yang telah bersuka ria dijalankan. Melawat sanak sedara di zoo sudah. Piknik sudah. Karaoke sudah. Makan-makan sudah. Baeklah.