Misteri kehilangan aku di alam blog ni dah tak misteri dah. Memang tak misteri langsung pun. Cuma bizi. Malas nak isytiharkan diri ini bizi, tapi apakandaya bizi it normal bagi setiap manusia. Huh? Sebenarnya talian masih belum bersambung. Makanya aku memanjangkan waktu pembukaan mata selepas jam 12 malam untuk menulis secebis ayat untuk dipublishkan keesokan harinya di pejabat.

Kehidupan ini tiada yang menarik untuk diceritakan. Cuma kronologi ketidaksihatan diri yang tak perlu dipanjangkan lagi. Rakan-rakan sorang-sorang bercuti di pulau impian masing-masing. Aku? Masih menghambakan diri kepada hal duniawi. Dan baru aku sedar masa semakin singkat dengan singkatnya masa untuk diri sendiri. Tiada catatan harian. Semalam aku buat ape? Ntah..

Kehidupan bujang perlu diteruskan. Masih tidak mesra jiran. Bertempiaran lari masuk ke dalam rumah bila makcik sebelah bukak pintu rumahnya. Masih memandu laju mekdi bila malas masak. Masih macam dulu. Cuma waktu itu semakin lalu. Dan sedang cuba mencari titik perubahan supaya hidup semakin mencabar. Wow

Dia masih bertalipon bertanyakan hal yang sama dan dijawab dengan jawapan yang sama. Entah bila soalan atau jawapan yang akan bertukar. Mungkin ada twist menarik di hujung kisah. Tunggu jek la.

bersambung..