Hujung minggu lepas aku menghabiskan masa merehatkan diri dan minda (tido). Menguruskan segala urusan yang perlu diuruskan secepat mungkin agar hidup aman dan tenteram untuk sebulan yang akan datang. Termasuklah memandikan anak ikan di kedai kerana sangat bahaya menyiang ikan di depan rumah seperti selalu. Risau mungkin tersiang jari dek kerana melayan astro. Jahat nyer aku ni.

Banyak ketidakpuasan hati berlaku yang tidak mampu aku luahkan. Kalau nak hitung tak puas hati itu. mungkin aku akan tergolong diantara mereka yang tidak tahu bersyukur. Maka aku perlu menjadi diri sendiri iaitu diam, senyum, buat tatau dan buat muke takde perasaan. Oh yer jangan pernah bertanya hal yang aku tidak berkatakan selagi aku mampu senyum. Oh ya, projek menjadi pelajar semula perlu ditimbang semula. Tak Mei mungkin September. Mana mampu.

Buat rakan-rakan yang pandai menghiburkan hati rakan lain.. trima kaseh. Baguslah. Tompang sengih. Hehe.

p/s: aku tak jawab tag superheroes sbb aku takde idea. aku bersyukur dengan powe yang aku ade skg ni.. haha boleh tak jawab camtu?