Saya sibuk. Sibuk dengan kehidupan. Saya terpaksa menggunakan perkataan sibuk walaupun saya tidak menyukainya. Sibuk untuk orang yang tidak sempat makan walaupun lima minit. Tapi saya boleh makan selama sejam. Sibuk untuk orang yang tak sempat nak berangan walaupun seminit. Tapi saya berangan setiap hari selama beberapa minit. Orang sibuk tak sempat pun nak cuci kereta sendiri. Tapi saya cuci kereta setiap ahad. Jadi saya tak sibuk la kan? Saya cuma menyibukkan diri sepaya tidak ada orang yang sibuk pasal saya. Tapi sesibuk mana pun anda, segala urusan yang melibatkan orang lain sila settlekan segera (saya sedang memperli seseorang)

So beberapa hari lagi sticker P akan selamat diturunkan dari cermin depan. Cepatnyer masa berlalu, macam baru je semalam buat test driving. Saya berjanji akan sentiasa menjadi pemandu berhemah walaupun sekali sekala terkeluar jugak carutan sopan santun dari mulut saya. Saya hanyalah manusia biasa.

Rupanya rakan-rakan zaman sekolah ada membaca blog saya. Hiks. Malu ai. Napa kamurang nda kasi komen? Teda sepa mau melawat sia disini ka? Nanti insysaAllah ada rezeki sia mo kembali ke negeri di bawah bayu sana.