Tips menghilangkan bosan bagi orang bujang..

1. Obsesi - Cari satu obsesi anda terhadap sesuatu, contohnya obsesi terhadap barangan antik, bermain outdoor game, menonton konsert dan jamming. Ini termasuk obsesi terhadap artis kegemaran anda, dengan menyertai fan club seseorang artis, anda berpeluang untuk mengenalinya lebih rapat dan juga mengenali peminat-peminatnya yang lain.

2. Kelas - Jika sambung belajar memerlukan kos yang banyak, cukupla jika mengambil kelas jangka masa pendek contohnya kelas bahasa, kelas tarian, kelas menjahit, kelas mengajar dan sebagainya. Setiap minggu sekurang-kurangnya anda mempunyai jadual lain selain daripada waktu bekerja.

3. Charity - Anda murah hati? Menjadi sukarela di tempat-tempat amal. Melawat rumah orang tua dan anak yatim. Mengumpul barangan terpakai untuk didermakan.

4. Hobi - Bagi yang tidak mempunyai hobi cari satu hobi yang sesuai untuk anda. bagi yang suka duduk dirumah, banyak perkara boleh dilakukan contohnya mengemas rumah, mencuci lantai, mencabut rumput, membersihkan longkang. membuang barang yang tidak dipakai, mencuci langsir. mencuci kereta sendiri atau rakan atau jiran sebelah rumah, membersihkan stor dan mengubah suai rumah. Bagi yang suka makan dan masak, cuba resipi baru.

5. Bercuti - Bercuti ke tempat yang terkenal pasti memerlukan kos yang banyak, tambang pengangkutan, sewa hotel dan shopping. Usah plan yang memerlukan kos yang banyak itu, cukupla jika anda merancang ke tempat rekreasi contohnya kawasan air terjun, tempat perkelahan atau fun fair. Plan untuk setiap minggu atau setiap bulan. Contohnya bulan ni anda ke tempat air terjun, bulan depan berkelah di tepi pantai

Tiada teman? Lakukan aktiviti yang tidak memerlukan teman contohnya berkebun bunga, bermain game, menonton DVD, bersukan. Pergi ke tempat ramai orang dan secara tidak langsung anda akan mendapat teman.

Tiada bajet? Lakukan hobi yang memerlukan kos rendah contohnya pergi ke tempat yang berdekatan dengan rumah anda.

Tiada pengangkutan? Ajak rakan-rakan lain yang mempunyai minat yang sama. Kongsi belanja minyak dan tol.

Malas? Sendiri mau pikirla..

0 Comments