14th
Sindrom malas menulis datang lagi. Bulan posa ni mulut agak berat bercakap, menaip pun berat. Tu sebenarnyer tebiat yang dibuat-buat. Takat 14 hari berposa ni alhamdulillah semuanya elok belaka je, belom ade ponteng lagi. Tu pun nak cakap kan? Sahur adela dalam 3-4 kali tak jaga, terawih boleh kira berapa hari je pegi, berbuka dengan rakan-rakan beberapa kali, pegi bazaar ramadhan beberape kali, tu pun round 2-3 kali still tatau nak beli ape. Nampak makanan suma menarik tapi satgi tak larat nak makan. Suma mahal-mahal sekarang, rata-rata kueh 40sen sebijik. Ada tu sampai 50sen sebijik. Bukak posa malas nak pikir makan ape, bukak petias, bukak lemari ade je makanan yang boleh dmakan. Bagusla, bole jimat and kurangkan pipi aku yang banyak ni. Sungguh la bosan posa tahun ni.
Next week kelas dah start smula. Pastu ada majlis berbuka kat Titiwangsa. Pegila kalau tak jem and kalau aku tak sesat. Satgi berbukak dalam keta plak. Tambah lagi kalau ujan. 4 ari lepas tu aku dah boleh terbang balik. Yey. Setelah setaun tak balik mesti satu kampung dah rindu aku terutamanya ketua kampong. eh tapi aku pun tak kenal sapa ketua kampong aku sekarang. Abaikan.
Bajet raya tahun ni macam agak ketat. Adik aku dah remind awal-awal urusan kueh dan kek raya semua aku uruskan. Sukati jek pass kat aku kan? Bajet duit raya pun adela sket. Gaji belum tentu dapat awal. Huhu. Pastu dan-dan lak kete mau kene servis premium. Dah servis tu ade problem lak. Kete tak pick up. Hoh sungguh sakit ati. Cemane la derang ni buat keje. Suke bagi aku ngamok bulan posa ni.
Aku rase raya taun ni nak kirim beberapa kad raya. Tu pun kalau ade alamat. Sape nak kirim ekad tu boleh la melayari www.kedaikad.net. Kalau nak hantar design sendiri lagi bagus. So.. mari menjawab tag Badd yang susah nih, haih.
* State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.
* The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.
- Kadang-kadang aku suka menganehkan diri sendiri. Mata kasar nampak normal je. Aku je tau tang mana yang aneh.
- Suka indicate kaler dengan pilihan. Makanan dan minuman suke perise kaler pepel. Gadget suke kaler silver, stationary dan perhiasan suka kaler biru, perfume dan detergen suke yang kaler hijau sebab melambangkan fresh dan untuk yang susah nak buat pilihan, amek je kaler default.
- Mudah tertarik dengan barang yang berdesign menarik, comel dan packaging yang cantik.
- Kalau dah suke sesuatu barang tu, aku akan pakai sampai koyak, lusuh, atau sampai rosak.
- Agak kasar bila bercakap dengan stranger, terutama menjawab talipon. So aku tak sesuai keje customer care service.
- Sangat particular dalam bab susun barang. Pernah betulkan alas kaki kat kedai. Tak senang ati tengok meja senget, alas kaki senget atau pape yang senget.
- Kadang-kadang segan tak bertempat.
- Mudah kene sakit kepala yang melampau.
- Badan mudah masuk angin. So selalu jek la hangin satu badan.
- Mudah ngilu di gigi dengan semua barangan besi.
- Dalam perbualan informal, sangat banyak kesalahan ejaan.
- Lebih gemar kasut tapak tinggi berbanding tumit tinggi.
- Tak suke pegi konsert, kalau tak pernah pegi dan kalau boleh takmo pegi.
- Walaupun aku tak suka karaoke, tapi aku suka nyanyi untuk diri sendiri dalam kete jika memandu sorang. Rugila korang tak dengar. Haha.
- Tak pernah pegi IKEA. Cepat bawak aku oi.
posted by: cocoleo (reply)
post date: 09.18.08 (8:12 pm)
Jgn malas.
kena la rajin2 skit ek!
see u...
posted by: arhiderrr (reply)
post date: 03.01.09 (3:23 am)
Nice article
posted by: arhiderrr (reply)
post date: 03.01.09 (11:17 am)
Nice article
