Kehidupan yang sibuk selepas cuti raya yang panjang begitu bermanfaat. Sekurang-kurangnya dapat memulihkan diri daripada kerinduan kampung yang telah ditinggalkan beberapa minggu lepas. Open house sudah selesai dengan jayanya, terima kasih kepada yang membantu, yang datang dan maaf kepada yang terlupa dijemput ke majlis yang serba sederhana tu.

Pesta makan sudah berkurangan dan bolehlah kembali fokus terhadap kehidupan. Cuba melarikan diri daripada hal remeh temeh yang tidak memberi manfaat kepada diri sendiri dan kembali memberi perhatian kepada pelajaran dan pekerjaan. (buat muke serious). Ok what I want to do next are.. membeli isi perut pc yang baru, menonton wayang, membuat kerja rumah, membeli ikan untuk hiasan dan bersenam untuk kesihatan. Hujung tahun bermakna sediakan uwang untuk renew roadtax dan insuran, review balik misi yang dah berjaya dan juga bersedia untuk sesuatu yang baru (ade ke?).