ikan dilanggar todak
01.29.09 (11:41 pm) [edit]
Hari Rabu lepas dunia seakan-akan sedikit kucar-kacir, diulang.. sedikit sahaja. Dimulai dengan kebanyakan pemandu wanita memandu dengan lalai. Mungkin teroverdos makan limau 2 hari sebelumnya. Atau pun teroverdos cuti rehat yang melampau sambil menonton drama Korea di peti televisyen. Natijahnya, ikan saya telah disondol dengan kasar oleh seekor ikan todak.
Saya berasa amat marah sambil keluar dari perut kereta dan menghempas pintu dengan derasnya. Berbakul-bakul kata makian keluar dari mulut comel saya. Rakan cuba menenangkan saya tapi disuruh duduk diam-diam di dalam kereta. Orang ramai yang sedang membeli sarapan berhenti menyaksikan kejadian tersebut dan cuba memberi sokongan moral kepada saya agar tidak bertindak liar dan diluar kawalan. Akhirnya tragedi tersebut dapat diselesaikan dengan aman. Mujur ibu mengandung dan ibu-ibu yang belum mengandung tidak apa-apa.
note: 80% daripada cerita hanya rekaan semata-mata

posted by: zatix (reply)
post date: 01.29.09 (5:56 pm)
sangat 'genster' la makcik som, kesian ikan, kalau ai ada di situ pasti ai akan memaki lagi dengan dasyatnye
posted by: milla (reply)
post date: 01.29.09 (7:01 pm)
kenape mcm salah je konsep?
volume suare cam -10 e time tu.
chet.