Puan Mamatun dah cuti nak bersalin. Jadi hari-hari memandu sendirian merempit di jalan yang sama. Busan juge takde rakan bergosipan bersama Temah berbicara tentang House, Lost, Abg Skopil dan Heroes yang dah hilang besnyer. Dan fuh, alhamdulillah dah settle perkara berwajib untuk bulan ni. Walaupun study last menet, kepakaran merepek terpakse dipakai disaat-saat genting. At least tukang kasi markah terharu sebab effort aku nak tulis gak walaupun agak lari dari soalan sebenar. Takdela merepek sangat. Agak-agakla kalau nak merepek dalam peperiksaan pun. Haha. Takpela yang penting menjawab soalan kan? Tu pun sempat lagi berangan lepas jawab satu soalan melibatkan virtual company. Tetibe berangan ada virtual company sendiri. Abis gak 20 menet berangan ke situ. So marilah berwayang sakan.

Oleh kerana cuaca kepanasan dan hujan sesuka hati, penyakit kepala aku meh kembali. Letih dah memeningkan kepala nih. Rase cam nak mengamok je. Sape ade petua paling berkesan sile kasi aku lekas! Dan buat mase sekarang jangan tanyer soalan berbentuk matematik tambahan kat aku sebab terlalu berfikir akan menambahkan lagi kesakitan ini. Antara soalan yang boleh ditanya adalah 'dah makan?' 'anak kucing sihat?'. Oh dah soalan berbentuk RM pun takleh tanyer sekarang. Timaseh.

Maka tiba jugak 1 Mei. Kepulangan yang ditinggu katenyer walaupun kejap je. Memang buruh yuang berjaya aku nih. Balek kampung time cuti hari buruh lak tu. Takpala. Satgi dok tepon je tanyer bile nak balek. So balek ni pun sekadar menyukupkan syarat. Ongkos tiket pun tak sampai seratus. Macam naik rakit lak. Tapi kalau kapal selam ade lagi bes. Dan setelah segala urusan tu settle, looking forward lak nak settlekan nak memikirkan satu perkara lagik. Tengokla keadaan kepala aku camne. Mampu tak nak pikir mende tu. Nyawa kepala lagi penting nih. Diharapkan sekembalinya dikampung, sakit kepala aku tak bertambah. Mungkin pokok rambutan boleh membantu, atau ketua kampung atau mungkin kene mandi air sungai Sarawak. Uhurmm..