Title: Ryusei no Kizuna (Japan)
Genre: Suspense and Comedy
Episodes: 10
Cast: Kazunari Ninomiya as Ariake Koichi
Ryo Nishikido as Ariake Taisuke
Erika Toda as Ariake Shizuna

Drama Ryusei no Kizuna (The Shooting Star Bond) adalah adaptasi dari novel oleh penulis novel misteri terkenal Keigo Higashino. Mengisahkan tentang tiga adik beradik yang ditinggalkan oleh ibu-bapa mereka yang telah mati dibunuh dengan kejam. Pada malam kejadian ketiga-tiga adik beradik itu keluar rumah untuk melihat hujan meteor tanpa pengetahuan ibu-bapa.

Mereka berjanji untuk mencari dan membunuh pembunuh yang telah membunuh kedua ibu bapa mereka apabila mereka besar nanti. Kes itu telah tertangguh apabila ketua polis yang menyiasat kes itu bercuti lama kerana anaknya sakit. Masa semakin suntuk untuk mencari pembunuh kerana selepas 15 tahun kes itu akan ditutup. Berbekalkan sekeping gambar suspek dan sekaki payung, mereka menyiasat sendiri kes tersebut tanpa bantuan pihak polis. Dapatkah mereka mencari pembunuh sebenar ibu-bapa mereka?

Drama ini telah memenangi 8 anugerah termasuk Best Drama, Best Actor dan Best Scriptwriter di 59th Television Drama Academy Awards Japan 2009. Bagi saya jalan cerita dan misterinya adalah menarik seolah-olah menonton siri penyiasatan Detektif Conan. Babak komedi diselang selikan dengan babak sedih dan dipenghujung drama, serius dan saspen. Kredit untuk Tasha kerana meminjamkan saya DVD drama ini.

Source: wiki.d-addicts.com/Ryusei_no_Kizuna






0 Comments