Rab Ne Bana De Jodi (A Match Made by God)
Adakah sebab Shah Rukh Khan aku menonton filem ini? Haha. Mungkin. Lagipun dah lama tak layan Hindustan. Faktor pilihan aku yang utamanya adalah pelakon, disebabkan ceritanya lebih kurang sama je. Preditable. Filem ini kisahnya Taani yang terpaksa berkahwin dengan Surinder atas permintaan bapanya selepas lelaki yang bakal dikahwininya mati kemalangan pada hari perkahwinan mereka. Disebabkan jarak umur yang jauh beza, Taani tidak dapat mencintai suami yang terpaksa dikahwininya. Manakala Surinder sudah jatuh hati pada pertama kali berjumpa dengan Taani. Adakah mereka pasangan yang ditentukan Tuhan? Berjayakah Surinder menawan hati isterinya? Boleh agak endingnya kan?

The Other Boleyn Girl
Lakonan mantap Portman dan Johansson. Kisah adik-beradik yang berebut menawan hati Raja Henry dan kepentingan keluarga dengan memberikan waris tahta England. Menarik.