wak nyau vs fish mom
10.21.09 (11:02 pm) [edit]
Tetibe ada datang satu perasaan dimana aku rasa malu nak cerita apa aku buat and apa yang terjadi dalam hidupku ini. Haha. Sakit ape plak datang ni aku pun tah la tahunyer. Mungkin graf malu tengah naik. Apa nak dimalukan aku pun tahle tahu jugak. Malu sebab kurang uwang kot. Takleh cakap takde duit. Bayi yang baru lahir baru leh dikatakan takde duit. Yela die baru je tengok dunia. Abis kalau yang dah lama kat dunia ni tapi takde duit samalah macam bayi? Err.. ok simpan untuk kerja rumah. Ade sorang member kate aku dah macam yb parit jusoh. Aku rasa nak letak je jawatan tu sebab aku tak mampu nak memerintah kawasan parit jusoh. Hatta kawasan lain pun. Jawatan yang konon-konon saje nak pegang sebab bosan, lama-lama rasa membebankan plak. Tula orang kata jangan tamak. Walaupun orang tamak selalu untung, tapi untung tu dalam bentuk ape? Kalau duit takpe gak. Dapat nama dan letih je kan? Pastukan tetibe rase nak beli akuarium. Nak bela ikan tetra. Beberapa hari kemudian, aku dah lupa aku nak beli akuarium. Bila nampak ikan baru teringat semula tapi darjah keterujaan dah tak macam aritu. Tetibe aku rasa diri ni aneh. Mungkin tetiba banyak sangat pulak perkara yang memerlukan otak aku nak pikir. Esaimen research aku tak buat lagi, dah 3 minggu berlalu nih, macam nak lempang diri sendiri. Bisnes plak boleh tahan gak menyibukkan diri. Masalah yang paling utama plak pasal gaji. Duit 800 gaji Ogos 3 minggu lepas dah lame abis. Situasi dah tahap merah jingga. At last aku gi gak send resume di beberapa tempat. Tuka keje after 4 years, okla tu bagi experience macam-macam walaupun jika satu hari nanti aku resign gak, terpk pun dah buat aku rase sebak dan sangat berat hati meninggalkan sesuatu yang aku baru dapat. Lagi satu masalah baru bila aku overeacted kat sesuatu yang tak patut aku buat. Tim kai ya? Dan sapalah aku nak menipu diri sendiri walaupun bole je tipu. Ko je yang tak nak, so live with it. Dan.. eh ade lagi kekusutan lain rupenyer. Setiap kali mak call tanyer kabar, tanyer naik pangkat ke? tanya meeting ke? rase cem kene calar-calar hati ni. Rase cem nak lari ke gunung Everest, bertapa kat banjaran Crocker ataupun sembunyik kat celah semak-samun. Time ni la kalau ade orang yang datang kat aku sambil tepuk-tepuk perlahan bahu aku, masalah tu macam gugur satu demi satu. Eh lupe lak nak buat perenggan.
posted by: milla (reply)
post date: 10.22.09 (6:34 pm)
jiwa kacau sangat ni.
ko nak aku tepukČ perlahan bahu kau tak?
posted by: ajurina9 (reply)
post date: 10.23.09 (2:03 am)
ko jangan tepuk dengan kayu besball sudah
posted by: sarah (reply)
post date: 11.10.09 (7:55 pm)
ju.... :( betul2 simpati
