saya sedang cuba belajar lembutkan hati,
belajar untuk berbaik sangka dengan semua orang termasuk diri sendiri,
dengan menghargai apa yang saya ada walaupun tak sama macam orang lain ada,

saya tidak punya wang ringgit untuk membeli hati orang lain,
tetapi saya doakan agar mereka diberikan kesenangan 
saya juga doakan agar mereka tidak lupa diri bila gembira,
tidak mencari Tuhan apabila sedih,

walaupun saya tidak bertanya kabar dengan terus,
tapi selagi saya melihat mereka mengirimkan kabar gembira di facebook dan twitter,
maka saya tahu mereka gembira dan senang,

saya mempelajari untuk berterima kasih,
meminta maaf jika membuat salah,
tidak sensitif atau cepat mengambil hati atas pekara yang remeh,

jika saya dihukum kerana satu perkara, saya telah pun meminta maaf
kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan menjagaNya..

0 Comments